Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

CoachingĀ 

11/29/2015

 
Picture
Baru-baru ini saya berkesempatan mengikuti bengkel coaching yang dikendalikan oleh saudara Shanmugam seorang coach berpengalaman yang sudi datang ke fakulti. Meski banyak tugas lain menanti, saya memilih untuk hadir kerana saya tahu ada sesuatu yang bakal saya perolehi lewat pertemuan ini. 

'Coaching' merupakan satu perkataan yang tidak asing bagi kita, namun anehnya begitu sukar untuk mencari perkataan dalam Bahasa Melayu yang mampu menggambarkan maksud sebenar 'coaching'. Jika ada yang mengatakan 'jurulatih', ia masih tidak tepat kerana jika ditelusuri konsep 'coaching' itu sendiri, wujud perbezaan ketara dengan konsep 'kejurulatihan'. Oh, kasihan bahasaku!

Secara umumnya,  pendekatan 'coaching' memberi tumpuan kepada proses pencapaian matlamat serta objketif di mana seorang 'coach' perlu bertindak untuk menyoal, mendengar serta memberi cabaran kepada coachee ke arah pencapaian matlamat tersebut. Dalam hal ini, 'coaching' berbeza dengan 'consultation' yang lebih bersifat seorang pakar memberikan idea bagaimana mencapai sesuatu objektif mengikut pengalaman dan kepakarannya. 

Amat penting juga, dalam 'coaching', seorang 'coach' tidak boleh bercakap lebih banyak daripada 'coachee'. Ini bermakna, coachee perlu bertindak aktif dalam menyoal dirinya, bagaimana, kenapa, bila dan apa yang perlu dibuat untuk mencapai objektifnya itu. 'Coach' berintdak sebagai pendengar namun sesekali menyoal kembali tindakan atau perancangan anak buahnya untuk memastikan kelangsungan dalam tindakan. Walaupun ditekankan bahawa 'coach' tidak perlu bercakap lebih banyak, namun hal yang penting dalam proses ini juga adalah komunikasi dua hala yang harus wujud. 

Saya tertanya-tanya juga apakah perbezaannya dengan konsep 'mentoring'? Mungkin secara ringkas boleh saya simpulkan bahawa, dalam 'mentoring', seseorang mentor lebih banyak berkongsi pengalaman yang pernah dilalui atau mungkin juga 'the best practice' yang boleh dilaksanakan oleh mentee untuk mencapai kesan atau objektif yang sama. Mentor juga bagi saya berkonsepkan 'penasihat' dan 'mentee' menerima dan mendengar nasihat tersebut. Dalam 'mentoring' juga saya melihat konsep 'role model' - sesuatu yang belum tentu ada dalam 'coaching'. 

Saya juga tertarik dengan strategi yang dikognsi beliau iaitu yang melibatkan 'Will and Skill Matrix'. Pokok pangkalnya di sini, dua faktor utama adalah kesediaan (will) dan kemahiran (skill). Terima kasih kepada En Shanmugam atas perkongsian tersebut. Quite interesting and inspiring too. I started to reflect on my own style of supervision - am I currently coaching my students?  So much more to learn - that's my conclusion :) 

Anak kita; amanah kita

11/26/2015

0 Comments

 
Masa berlalu, usia bertambah, tanggunjawab juga berganda. Di Fakulti, tanggungjawab tertumpu kepada pengajaran, penyelidikan, penerbitan serta segala macam 'deadlines'  yang memburu. Pulang ke rumah, lain pula ceritanya. Karenah anak-anak, keperluan rumah, menu harian etc etc .. perlu diberi perhatian setiap hari. Ada yang berkata wanita itu 'superwoman' kerana banyak kerja dilakukan secara 'multitasking' .. sambil memandu kepala ligat memikirkan menu hidangan makan malam, sambil menyiapkan hidangan, sempat pula memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh sambil mengelap pinggan di rak. Usai makan malam, memantau kerja rumah si anak, sambil tangan ligat melipat kain-kain yang dibasuh. Mata tidak akan lena selagi anak-anak tidak beradu. Kadangkala, sebelum tidur sempat pula membuka komputer riba mempersiap bahan untuk tugas keesokan hari! 

Saya sesekali, lewat pertemuan dengan sahabat-sahabat rapat, berbincang tentang peranan kita sebagai ibu dan pendidik. dalam kesibukan membentuk anak bangsa, kadangkala, ada yang terlupa akan tanggunjawab membentuk anak sendiri :( 

Dalam riuh memperkata kebejatan sosial anak orang, kita lupa apa yang berlaku dalam diri anak sendiri. Dalam kesibukan mencari salah anak orang, kita buta tentang kesilapan anak kita di mata gurunya. Duh .. perasaan itu menyentap jiwa. Sesekali, muhasabah itulah yang perlu.  Jangan mudah mencari khilaf orang, sebaliknya cermin diri, perbetulkan peribadi. Sesungguhnya anak itu amanah lalu tunaikanlah haknya sebaik yang mampu. Allahku, tunjuki kami jalan yang benar, kekuatan yang padu untuk membina keluarga jannah amin ... ​
Picture
Picture
0 Comments

Scholarship of Teaching & Learning Symposium

11/19/2015

 
Alhamdulillah, dalam memburu masa yang seringkali berkejaran, saya sempat juga menyertai The 4th Scholarship on Teaching & Learning (SoTL) Symposium di AKEPT pada baru-baru ini. Para peserta terdiri daripada peserta bengekl e-Learning untuk Level 3 Fasa ke-2. Semasa Fasa Pertama dahulu, kami diminta menjalankan satu kajian berasaskan SoTL dan dikehendaki membentangkan dapatan tersebut pada simposium kali ini. 

Saya pada mulanya bercangan untuk menarik diri kerana merasakan tidak sempat untuk menyiapkan bahan persembahan serta penulisan bab dalam buku untuk simposium ini. Namun alhamdulillah, entah dari mana kekuatan itu datang akhirnya sempat juga menghantar penyertaan. Sebilangan besar rakan-rakan peserta dalam 'batch' yang sama tidak hadir pada simposium ini. Saya sedikit kesal kerana niat di hati agar dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan yang merupakan para pensyarah dari IPTA dan IPTS lain tidak kesampaian kerana hanya saya dan seorang lain rakan dari UiTM yang hadir mewakili 'batch' yang lepas.  

Saya membentangkan hasil kajian berkaitan pembinaan komuniti pengamal maya untuk pada pelajar tahun pertama universiti. Data saya kumpul selama satu semester melibatkan  para pelajar untuk kursus Komputer dalam Pendidikan. 
Syukur sekali lagi kerana tanpa duga saya, telah terpilih sebagai pemenang untuk The Best Presenter Award. Terlopong mulut beberapa saat ketika nama dipanggil. heh! Apapun, terima kasih semua .. terima kasih Tuhanku. 
Picture

Konvokeseyen dan kenangan

11/2/2015

 
gTiap kali musim konvokesyen kembali, kenangan pasti mengusik kalbu. Ingatan terhadap tahun-tahun di UM menjalani Ijazah Pertama tidak pernah dilupakan dan saya kira musim Ijazah Pertama merupakan tahun-tahun yang penuh ceria, malah sarat dengan pengajaran yang menjurus kepada makna kehidupan. Berbanding tahun-tahun menjalani Ijazah Masters, saya tidak dapat menikmati kegembiraan dalam persahabatan seperti mana yang dilalui di Ijazah Pertama. 

Silaturrahmi yang terjalin melekat di hati sehingga kini. Sesekali terjumpa rakan-rakan UM, pasti riuh sekampung, lupa dunia sekeliling. Indahnya persahabatan .. dan jika disebut semula peristiwa-peristiwa lucu pasti bergemuyruh gelak tawa memecah atmosfera! 

Saya menjalani pembelajaran Ijazah Masters di UPM. Berdiri sebagai seorang pelajar sepenuh masa yang ditaja UKM dalam bidang Teknologi Pendidikan, saya melangkah dengan hati penuh azam. Rakan-rakan satu program kala itu tidaklah ramai, seingat saya sekitar  9 orang sahaja dan kami sentiasa bersama-sama dalam kuliah lantaran pilihan subjek pula sama. Masih saya ingat beberapa nama seperti Simin Ghavifker, Sarugunan, Lili, Vighnarajah, Azlina serta beberapa yang lain. Pembelajaran di peringkat Master agak suram. Maksud saya, pembelajaran lebih berpusatkan kendiri. Hanya sesekali kami berkumpul, terutamanya di musim menyiapkan projek kumpulan untuk kursus Instructional Design. Saya berulang ke UPM hampir setiap hari meski tiada kuliah. Seronok berkurung di Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Saya melalui proses viva dengan tiga orang pembaca - dua pemeriksan dalaman, dan satu pemeriksa luar. Penyelia saya, Dr. Hj Mokhtar datang menjenguk muka sebelum sidang via dijalankan. Saya masih ingat kata-kata beliau: "Saya tak perlu masuk viva ni .. tapi saya mengirim doa untuk kejayaan Fariza. Saya datang ni nak beri semangat!". Debar hati sememangnya kencang untuk di'soal siasat' namun apa yang mampu di kala itu hanyalah doa kepada-Nya. Syukur dengan kurnia Allah, segala urusan dipermudahkan. Usai viva, pengerusi visa serta pembaca dalaman sempat meminta jasa baik saya menghatar mereka ke fakulti. Saya lalu dengan senang hati memandu menuruni bukit di mana bangunan GSO ditempatkan. Saya menyiapkan pembetulan keesokan harinya dan bertemu dengan pemeriksa serta pengerusi viva selang tiga hari kemudian untuk mendapatkan pengesahan pembetulan. Proses menunggu konvokesyen walau bagaimanapun, mengambil masa hampir setahun. Ketika saya sudah memulakan pengajian peringkat PhD, baharulah saya bergraduat sepenuhnya :)

Kisah PhD pula penuh warna. Agak panjang hikayatnya. Mungkin di lain masa saya mencoret. 
Tahniah buat semua anak didik yang telah bergraduat baru-baru ini. Wajah penuh kepuasan, syukur  dan bangga jelas terpancar. Kami para pensyarah tentu sekali berbesar hati melihat seorang demia seorang anak didik menaik pentas dengan senyum meleret dan langkah penuh gah. 

Semoga ilmu yang ditimba menjadi perisai dalaman untuk menjadi manusia yang sebenar2nya. 

Picture
Picture
Pelajar Fakulti Pendidikan
Picture
Salah seorang pelajar Sarjana saya, Puan Suzana Shaharuddin :)
Picture
Rakan-rakan fakulti
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    March 2025
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    August 2023
    May 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKEPT
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Benchmark
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campus Life
    Campuslife
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro Credential
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Visit
    Viva
    Wedding