Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 RESEARCH METHODS
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Orang  kuat  siswazah!

10/22/2020

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture
Hasrat ini seringkali tertangguh-tangguh meskipun banyak kali disebut-sebut secara lisan! Sehinggalah akhirnya saya meninggalkan bilik Ketua Program PhD, baharulah akhirnya impian menjadi nyata haha! 

Alhamdulillah, dapat mengumpulkan semua orang kuat jawatankuasa siswazah FPend yang selama ini banyak menjadi tulang belakang kami dalam segala urusan berkaitan pelajar Sarjana dan PhD: Nad, Siti, Naza, Sue, Anaqhi, Zura, K.Mahani, En Nizam, K Sah dan tidak ketinggalan KJK Dr Fendi serta KP Sarjana Dr Suzi. 

Terima kasih banyak-banyak di atas komitmen dan sokongan kepada saya selama bertugas sebagai KP PhD malah tidak jemu mengajar saya segala perkara yang saya tidak tahu sehingga menjadi tahu :) 

p/s: Terima kasih juga di atas kek yang marvellous! 

#friendshipremainsandnevercanend
0 Comments

Bertahun lama rindu  terpendam!

10/21/2019

0 Comments

 
Picture
Picture

Benarlah kata orang .. kita sebenarnya bukan dipisahkan oleh jarak tetapi sering terpisah kerana waktu .. Begitu lama, ya .. tersangat lama kisah yang pernah kami pahatkan di kampus Lembah Pantai. Kami terpisah berpuluh tahun lamanya namun waktu juga yang mengizinkan pada kali ini, akhirnya dapat bersua muka. 

Sahabat lama saya, anak jati Sarawak, yang kini bertugas di PPD Mukah dan pernah bergelar Pengetua sekolah di daerah Daro Sarawak. Hebat orangnya. Besar auranya. Norhayati Sulaiman. Begitu nama beliau. 

Kedatangan saya ke Mukah tanpa sebarang agenda sampingan melainkan untuk mengendalikan bengkel; lalu tidak pernah terlintas akan bertemu dengannya lantaran saya sendiri lupa ada teman di Mukah. Secara rambang saya melontarkan maklumat ke group Telegram UM kami bertanyakan jika ada sesiapa di sana. Terus beliau membalas. Selang beberapa hari, saya dihubunginya untuk berjanjitemu. 

Alhamdulillah, perjalanan 2 jam dari Bintulu ke Mukah menaiki kereta Politeknik Mukah yang menjemput saya ke sana tidak terasa meskipun permukaan bumi tidak begitu rata. Setibanya di hotel tempat penginapan, dia datang menjemput saya untuk makan malam. Namun agenda utama tentulah untuk bersembang panjang! Hampir lupa dunia sekeliling apabila kami ralit membilang nama sahabat-sahabat satu persatu. Duh, memang asyik sekali. Di hujung bicara, banyak juga muhasabah yang dibincangkan - tentang hidup dan tanggungjawab, tentang usia dan kematian. 

Terima kasih K.Yati atas kenangan indah di bumi Mukah :) 
​Semoga panjang umur ketemu lagi! 
0 Comments

Kesedaran siber remaja sekolah

8/24/2018

0 Comments

 
Picture

Mungkin kerana telah ditetapkan rezeki saya untuk menyelidik hal ini, justeru permohonan geran FRGS saya berjalan lancar dan diluluskan setelah mencubanya buat pertama kali. Alhamdulillah thummalhamdulillah! 

Idea untuk menjalankan kajian tentang kesedaran siber ini muncul setelah saya mendengar ceramah daripada Brother Aaron yang ketika itu masih bertugas di Cyber Security Malaysia. Beliau dijemput ke UKM untuk memperkatakan tentang bahaya siber serta risikonya andai pengguna tidak tahu mekasnisme pertahanan diri. Sudah ramai menjadi mangsa. Tidak sedikit pula yang dipersia. 

Semua itu membuatkan saya mula celik mata. Betapa membarahkah keadaan ini? Sejauh mana ketagihankah anak remaja kita kepada media sosial serta komunikasi dalam talian? Tidak adakah mekanisme pertahanan diri? Apakah mereka akan merujuk ibu bapa, guru atau teman kiranya sesuautu kejadian tidak diingini menimpa diri? Itu antara perkara yang melingkari pemikiran saya kala menulis proposal kajian. 

Lalu apabila permohonan saya diluluskan, dan mendapat remark daripada penilai bahawa ini kajian yang sangat kontemporari dan diperlukan dalam keadaan semasa, saya menghela nafas lega. Namun cemas pula apabila memikirkan ini satu tugas yang berat dan panjang yang harus dipikul sebaiknya. 

Alhamdulillah, setelah proses pembangunan item dilaksanakan beserta pilot test yang menghasilkan Alpha Cronbach yang memuaskan, penyelidikan saya kini melangkah setapak lagi - iaitu pengutipan data sebenar. 

Negeri pertama tempat saya singgah adalah Sarawak Bumi Kenyalang. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih buat sahabat rapat saya Dr. Salmah yang telah sudi meluangkan masa dan tenaga untuk sama-sama mengharungi dua hari penuh makna itu. Saya membawa pulang lebih 200 soal selidik yang lengkap ditanda (berkilo-kilo beratnya!). 


Orang Sarawak memang hebat lagi penyantun. Hospitalitynya tip top. Di kesempatan ini juga ingin saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat pengetua di dua buah sekolah yang telah memberikan kebenaran untuk saya meluangkan masa bersama para pelajar. Jamuan makan tengahari yang enak pasti juga tidak dilupakan! Malah di salah sebuah sekolah yang kami lawati, menyediakan ruang masa yang begitu panjang sehingga sempat pula saya dan Dr Salmah menjalankan sesi ceramah tentang Kesedaran Siber. Semoga anak-anak yang bersama dalam sesi tersebut mendapat sedikit sebanyak maklumat tentang bahaya yang menunggu dalam talian kiranya tiada waspada. 



Di sebelah petang hari pertama juga sempat singgah ke UNIMAS untuk perkongsian kecil tentang CONDUCTING RESEARCH AND SYSTEMATIC DATA ANALYSIS IN CASE STUDY 

Warga UNIMAS juga begitu peramah menjadikan saya lebih selesa bergurau senda. Oh oh -- tidak ketinggalan ketemu pula dengan senior di UM dahulu - Pn Samsiah Jayos. Tidak dilupakan perkenalan penuh makna bersama Pn Nora .. sehingga terjebak saya dengan satu jenis obsesi hehe (rahsia). 

Salmah sahabatku 
Susuk yang kukenali di zaman bergelar pelajar PhD. 
Ternyata persahabatan ini masih terpatri dengan kukuh. 
Banyak susur galur hidup kita lalui bersama mate, dan semua itu kukenang dalam sangkar memori jua. 
Mate, masih banyak perkara yang hendak kita lakukan. 
Mohon titiskan doamu dari kejauhan. 
Mudah-mudahan segala perancangan dapat dilunaskan dengan redha Ilahi jua. 
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA MATE!
​
​Secebis kenangan di Nottingham dan Paris ^___^

 
Picture
Picture
0 Comments

Yang jauh dikenang jua

8/13/2018

0 Comments

 
Picture

Begitu lama, sungguh lama. Terpisah pula oleh jarak dan masa. Namun yang jauh itu masih dalam ingatan jua. Syukur jua dengan kesempatan yang diberi. Pemergian saya ke Kuching adalah atas tuntutan penyelidikan namun masa yang terluang tidak disia-siakan. Terima kasih Kak Bib dan Kak Edot yang sudi meluangkan masa untuk menemani saya makan lewat petang di Matang tadi. 

Kedua-duanya rakan sekuliah sewaktu di Universiti Malaya dahulu. Alangkah pantasnya masa meninggalkan kita .. tidak terasa bahawa zaman ijazah pertama telah terlalu lama dilewati. Dalam usia sebegini, banyak perkara yang menjadi kenangan. Perjalanan hidup dalam tahun-tahun yang panjang membina satu kefahaman tentang makna hidup yang tidak selalunya cerah. Namun, kerana rencah dan rasa yang pebagai itulah telah membentuk landskap warna-warni kehidupan. Penuh suka dan hiba. Sarat rasa yang berselirat. Hanya pergantungan kepadaNya jua menjadi penawar dan kapsul yang membekalkan tenaga buat jiwa. 

Mudah-mudahan sahaja silaturahim ini terus kukuh dan padu. 

0 Comments

Yang sentiasa di ingatan

7/31/2018

1 Comment

 
Picture

SM Teknik Kuala Lumpur - antara premis kerja yang sentiasa dekat di hati, ampuh dalam ingatan. Bukan hanya kerana persahabatan yang indah bersama rakan-rakan setugas, malah hubungan harmoni bersama pelajar tentu sekali menjadi penyebab kenapa SMTKL tempatnya begitu dekat dengan jiwa. 

Paling utama, di sinilah saya membentuk profesionalisme diri sebagai seorang pendidik sejati. Budaya kerja di sini begitu asing buat saya pada mulanya. Namun semakin lama, semakin banyak cara pemikiran dan kerja yang saya serap dengan bimbingan rakan-rakan senior. Pulang jam 6 petang bukanlah perkara pelik sewaktu kami bertugas di sini. Tiada istilah 'berkira' dengan jam kerja. Yang menjadi keutamaan adalah kepuasan diri dengan apa yang dicurahkan buat sekolah, anak didik pastinya. 

Di sini juga saya mempunyai ramai 'suri teladan' - Datin Hjh Jaminah Hj Hashim antaranya yang begitu memberi inspirasi dari sudut kekemasan kerja, disiplin serta kepimpinan. Datin Sharifah Asmah selaku Ketua Bidang, Datin Siti Hajar dan Puan Khatmi selaku ketua panitia, antara yang memberi banyak kesan kepada cara saya melihat diri saya sebagai seorang guru. Tidak dilupakan Kak Haslawati, Kak Roy yang sama-sama menjadi ahli panitia yang banyak memberi contoh yang begitu positif  buat saya. 

Terima kasih semuanya - rakan-rakan yang tidak tersebut namanya di sini. Empat tahun di sini merupakan satu tempoh yang singkat namun begitu membekas di hati. Dan apabila Cikgu Yati Sidek menghubungi saya untuk bersama-sama menyertai pertemuan semula bekas-bekas guru SMTKL pada Syawal nan lalu saya tidak berfikir dua kali dan terus mengatakan "YES". 

Kenangan indah ini kusimpan jua. Terima kasih atas persahabatan dan nilai murni yang menjadi nadi dalam silaturhim kita :) 
Picture
1 Comment

Amanat  dan azam 2018

1/12/2018

2 Comments

 
Picture
Tahun baharu, azam baharu, visi baharu dan semangat yang baharu! 
Maka 2018 disambut dengan rasa pelbagai, azam berwarna-warni. 

Selari dengan kedatangan tahun baharu ini juga, Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri KPT turut mengambil peluang untuk bersama-sama mengongsikan amanat beliau kepada semua warga kerja KPT agar setiap visi dan misi dapat dicapai seoptimanya. 

Saya menerima jemputan rasmi daripada JPT untuk menghadiri majlis yang penting lagi signifikan ini sebagai satu penghormatan terhadap diri saya selaku seorang penjawat awam di bawah naungan KPT. Soaring Upwards!

Bertempat di PICC, majlis tersebut dihadiri oleh ramai sekali tetamu. Dewan penuh dari bawah hingga ke atas! Selama hampir 2 jam dengan asyiknya mendengar celoteh beliau, yang jelas, bersahaja tetapi pernuh inspirasi. Sesekali mengangkat telefon bimbit untuk merakam momen penting khususnya paparan slide yang dirasakan perlu untuk rujukan semula. Seperti dijangka, isu 4IR merupakan intipati penting dalam amanat Dato's Seri. 

Saya turut mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama tiga wanita hebat dari tiga institusi berbeza: PM Dr Azidah (USM), PM Dr Wan Zuhainis (UPM) dan Dr Rosemaliza (UIA). Alhamdulillah, silaturahim yang terjalin beberapa tahun sebelum ini akhirnya melahirkan satu kesepakatan untuk sama-sama menjayakan satu projek merentas institusi.  
Picture
Beberapa minggu nan sudah, kami sempat ber Zoom.us untuk perbincangan lanjut tentang projek bersama ini.

Apabila dikelilingi tokoh-tokoh hebat ini, aura positifnya memang terasa. Benarlah hikmahnya pesan Rasulullah agar kita berdampingan dengan mereka yang baik dan positif kerana tempiasnya pasti ada! 

​Dr Azi, Dr Wan, Dr Rose - terima kasih atas persahabatan ini :) 
Picture
Picture
2 Comments

Anugerah Akademik Negara 2017

11/9/2017

0 Comments

 
Picture
Alhamdulillah meskipun dijemput bukan atas kapasiti pemenang (hahaha .. memang tidak pernah bermimpipun untuk mengisi borang pencalonan!) namun aura dan bahangnya tetap dirasakan. 

Bertempat di Hotel Mariott Putrajaya, acara gilang gemilang ini sememangnya memberi impak tersendiri kepada hadirin, apatah lagi buat pememang-pemenang yang merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam akademia! Sekalung tahniah diucapkan buat semua khususnya buat idola saya PM Dr Azidah Abu Ziden dari USM yang turut merangkul gelaran AAN bagi kategori Pengajaran. ​ 
Picture

Saya mengenali beliau beberapa tahun yang lalu apabila kami sama-sama menghadiri module e-Learning di AKEPT. Meskipun perkenalan kami begitu singkat, namun saya sentiasa mengingati Dr Azidah sebagai seorang yang berdedikasi serta satu contoh yang perlu dijadikan role model. I am so proud of you !! Yeayy!! 

Bersama-sama saya pada malam itu juga adalah para pelajar yang terlibat dalam showcase e-portfolio mereka kepada YBhg Dato Seri Idris ketika pelancanra e-portfolio pada 26 Oktober di UPM baru-baru ini. Terima kasih semua! 
Picture
Tidak terkecuali, di majlis ini berkesempatan juga bertemu rakan akademia yang jarang-jarang sekali dapat bersua! Terima kasih atas kenangan indah! 
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Antara dua benua

11/1/2017

0 Comments

 
Tiada yang marah untuk kita bersahabat, malah Deen Islami sendiri menggalakkan kita bermahabbah meskipun melibatkan mereka yang bukan Muslim. 

Jessica Gregson. Daripada hubungan profesional kepada seorang sahabat. 
Begitu perjalanan hubungan kami yang selama ini terpisah antara dua benua. 

Dia yang saya kenali ketika giat menyiapkan bab 5 kajian PhD tidak pernah terputus sehingga kini. Selama ini juga kami berurusan hanya melalui emel dan malah, saya tidak pernah sekalipun melihat wajah sebenar beliau. 

Pernah suatu ketika saya begitu ingin mengetahui siapa sebenarnya Jessica lalu saya mencari nama beliau di enjin pencarian Google dan yang terpacul di hadapan hasil pencarian adalah maklumat bawah seorang Jessica Gregson adalah penulis novel British. 

Hmm .. tetapi persoalan itu lama saya simpan. 
Sehinggalah awal September baru-baru ini (siaran ini tertunda sekian lama!!!) beliau menghubungi dan memberitahu hasratnya untuk ke Malaysia buat beberapa hari lalu mencadangkan agar kami bertemu empat mata. Saya mengajaknya datang ke Putrajaya lalu beliau bersetuju.

Tentulah ini peluang yang tidak akan saya lepaskan. Selama inipun, tiada terlintas bahawa kami akan ditakdirkan bertemu secara fizikal! Saya cuma sesekali membayangkan jika saya berpeluang ke Glasgow, saya ingin cuba mencarinya! 

Dan, benarlah hasil carian Google saya - beliau penulis novel-novel itu! Oh banyak sekali perihal yang kami koingsi. Namun kata beliau, dia kasihankan saya kerana dia banyak mengetahui tentang diri saya lewat penulisan dan bahan ilmiah yang saya hasilkan tetapi saya hanya mengetahui nama dan alamatnya sahaja hahaha! Memang benar. Ianya tidak adil. 

Sehari bersama sahabat saya tidak terasa. Kala petang dia dihantarkan ke KLIA kerana ada janji dengan rakan dari UK yang transit sekitar 8 jam di sana. 

Tiada yang jauh dalam hidup ini. 
Sekali aku menerimamu sebagai sahabat, selamanya kau dalam hatiku. 


Picture
Picture
0 Comments

Kuching punya cerita 

4/1/2017

0 Comments

 

Sudah beberapa minggu berlalu. Masa senggang sukar dicari. Baru saat ini saya bisa membuat catatan kecil ini. Alkisah di cuti persekolahan Mac baru-baru ini, saya diamanahkan untuk melaksanakan kuliah bagi kumpulan pelajar Master Eksekutif di Kuching, atau lebih tepat lagi di IPGKTAR Kota Samarahan. 

Kebetulan, sahabat lama saya di UM - Dr. Noraini Omar bertugas di IPGKTAR lalu beberapa hari sebelum ke Kuching kami sempat berhubung. Sebelum saya terbang ke Kuching, beliau menghubungi saya dan menyatakan yang beliau akan menjemput saya di lapangan terbang dan kami akan terus makan malam bersama Kak Edot - seorang lagi rakan sekelas di UM dahulu. Tentulah hati ini girang sekali kerana kesempatan bertemu sahabat lama amat jarang diperolehi! Pertama kali bersua semula dengan Kak Edot- lidah saya agak kelu. Maklumlah sudah berpulh tahun tiada ketemu, tahu-tahu kami sidah bertentang mata! Tentulah nama rakan-rakan meniti di bibir - satu persatu dan semua cerita lucu kembali diputar semula. Aduh! Kepenatan dari kelas semenjak jam 8.30 pagi sehingga ke malam tidak dirasakan gara-gara keterujaan bertemu sahabat lama.

Picture
Picture
Picture
Picture
K. Nor bukan sahaja meraikan saya pada malam ketibaan, malah keesokan harinya saya dibawa menjamah Laksa Sarawak serta mencari bekalan kek lapis Sarawak. Saya juga dibawa berkunjung ke rumah K. Nor yang cukup kemas dan rapi! Terima kasih yang tidak terhingga K.Nor atas budi baikmu itu. Akanku kenang dan mudah-mudahan kebaikan itu diganjari pahala yang tiada kesudahannya ameen! :) 

Pada malam ke-dua pula saya menemui sahabat akrab yang sama-sama bermusafir ke Nottingham sewaktu pengajian PhD dahulu - Sal, pensyarah di UNIMAS. Projek asal untuk dia bermalam di bilik hotel saya tidak kesampaian kerana menurut Sal, ada hal yang harus dilangsaikan awal pagi esoknya lalu termangu-mangu saya sendiri kerana saya sudah memasang angan-angan untuk ber'pillow talk' bersama Sal hingga pagi tidak kesampaian! Sal datang ke lobi hotel dan membawa saya menjamu selera makan laut di Top Spot. Duh! Terlalu banyak yang hendak ditelan sehingga tidak mampu untuk menghabiskan juadah di meja. Banyak juga yang kami bicarakan. Terasa seperti malam-malam di Hartley Road di mana kami sering berbual sambil menghabiskan berkole-kole teh! Terasa masa begitu singkat sedangkan masih banyak perkara yang hendak dibualkan. 

Terima kasih mate, atas kesudian bertemu buat kali ini. Semoga Allah membalas kebaikanmu jua dan mempermudahkan segala urusanmu ameen! 



Picture
Picture
0 Comments

Meraikan lebaran dan silaturahmi 

7/26/2016

0 Comments

 
Lebaran datang hanya sekali setahun. Saat ini saya kira menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu barangkali khususnya anak-anak kecil kerana lebaran bermaksud keraian dan pesta kegembiraan. Anak bujang saya tahun ini berjaya menjalani ibadah puasa penuh sebulan (kecuali hari terakhir kerana mengalami sakit perut dan cirit-birit). Alhamdulillah, satu pencapaian yang membanggakan untuk anak kecil seperti dia. 

Lebaran turut sinonim dengan duit raya serta ziarah menziarah. Ketupat lemang, rendang, nasi himpit dan pelbagai juadah menjadi senarai pilihan. Itulah budaya yang telah sebati dalam masyarakat. 

Tahun ini, permintaan anakanda jua, ingin menjenput rakan sekelas ke rumah. Sementelah tahun nan lepas tiada rumah terbuka diadakan, tahun ini secara sederhana atua kecil-kecilan saya bekerja di dapur untuk menyediakan sedikit juadah. Tetamu-tetamu cilik datang sempena undangan. Saya turut menjemput beberapa sahabat yang telah begitu lama tidak bertemu untuk turut sama di samping sekumpulan pelajar sarjana dan Phd. 

Alhamdulillah ala kulli hal .. memang seronok sesekali menerima kunjungan ke rumah. Di atas segala kekurangan saya menyusun 10 jari memohon kemaafan. Dari sudtu hati yang paling dalam, terima kasih atas kesudian untuk mampir ke perteduhan kami sekeluarga :) 

Semoga silaturahmi ini sentiasa terpelihara jua. 

Salam Syawal yang sudah mengensot ke penghujung!

Picture
0 Comments
<<Previous
    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Blogs that I follow:

    Edutopia
    Center for Teaching 
    Educators Technology
    Jendela Kamila
    Tinta Seorang Wanita 
    PhD Blog 
    Patter
    The Thesis Whisperer
    James Hayton
    ​
    e-Learning Acupunture 
    Mendeley Blog
    Let's View my Blog 
    Google Drive Blog 
    SuperWebsiteBuilder
    ​
    e-learning learning
    Brain Rules 
    Peter Pappas 
    Classroom 2.0 
    ​Scoop.it

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    APRS
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Lifo Long Learning
    Love
    Memory
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    Open Distance Learning
    Palestine
    Piety
    Pitching
    Praktkum
    Pray
    Project
    Publication
    Pusat Internet
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UNESCO
    Universal Design
    Wedding