Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GE2153 Educational Technology
    • GE1155 Komputer dalam Pendidikan
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 RESEARCH METHODS
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • GE6954 Penyelidikan Pendidikan Komputer
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

AkriĀ  2019

9/22/2019

0 Comments

 
Picture
AKRI hadir lagi! Tahun ini merupakan kali kedua saya diberikan amanah untuk membarisi kumpulan juri dalam pemilihan finalis untuk Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia. Kisahnya ada saya catatkan DI SINI. 
​
Tahun ini acara pitching dan majlis kemuncak diadakan di Everly Hotel, sepelaung dari rumah sahaja. lalu inilah kesempatan untuk menghadiri sepenuhnya acara yang dijadualkan. 

Sekalung tahniah buat semua pemenang yang menunjukkan kesungguhan serta prestasi yang memberangsangkan. Namun yang lebih penting adalah bagaimana praktis yang di kongsikan ini dapat memberi inspirasi buat para pendidik lain untuk memperkasa pdpc mereka? Saya kira inilah intipati utama yang perlu dihayati bersama, bukan sekadar menobatkan siapa pemenang saban tahun. 

Syabas juga buat jawatankuasa penganjur dan tentunya peneraju utama  AKRI - Pengarah Bahagian KecemerlanganAkademik JPT, KPM -PM Dr Wan Zuhainis yang saya anggap mentor saya sejak sekian lama. 

Perkenalan kami telah lama terjadi. Namun kenangan terindah bersama tentulah pada malam Anugerah Rekabentuk dan Pemikiran Semulan Pendidikan Tinggi 2017 di mana Dr Wan sebagai juara kategori Pembelajaran Imersif Maya manakala saya naib johannya :) 
​Catatan ringkas DI SINI 

Picture
0 Comments

Penjurian lagi ...

8/5/2019

0 Comments

 
Picture

Ini merupakan tahun ke-2 saya ditaklifkan sebagai juri untuk Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia (AKRI2019). Alhamdulillah tahun ini penyertaan keseluruhan semakin bertambah namun bagi beberapa kategori berlaku penurunan. 

Proses penjurian bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan akal dan budi. Meski rubrik pemarkahan ada di tangan, banyak fakotr yang perlu dipertimbangkan kerana jika silap memberikan markah, penyertaan tidak dapat mara sekiranya tidak mencapai titik ambang. 

Para finalis yang terpilih akan membuat persembahan pitching pula sebelum pemenang muktamad diumumkan. 

Apa yang menarik tentang anugerah ini adalah kesungguhan kreativiti serta ketelitian calon dalam mendokumentasi setiap aktiviti dan pembuktian. Bukan mudah, pastinya. 

Terkenang-kenang saat saya sendiri berteleku di meja untuk menyiapkan portfolio serta mengumpul segala bukti untuk dikemukakan bersama borang. Rasanya untuk kali ke-2 saya dah tak mampu untuk berbuat demikian! Justeru, apabila dilantik sebagai juri, saya tidak perlu berfikir panjang. Peluang harus diberikan juga kepada orang lain untuk merasa, tak gitu? Malahan, seronok sebenarnya bekerja sebagai juri ini. Selain dapat berkumpul dengan rakan-rakan daripada insitusi berbeza, proses ini menuntut kejituan dalam keputusan yang diberikan, sekaligus mencabar kewibawaan dan integriti diri. 

Banyak refleksi yang ada di dalam tempurung kepala, namun masa yang sering mengejar membuatkan susunannya sudah berterabur dan tak tersusun! Selamat maju jaya buat semua finalis! 
0 Comments

Akri 2019

6/20/2019

0 Comments

 
Picture
Oh oh! Pantasnya masa berkejaran! Tau-tau Anugerah AKRI sudah masuk tahun kedua (atau tahun ketiga jika mengambilkira Anugerah Pemikiran Semula dan Rekabentuk Pendidikan Tinggi - APRS yang mula-mula diperkenalkan pada tahun 2017). Mulai tahun 2018, anugerah ini diberi nama Anugerah Khas YAB Menteri Pendidikan Malaysia (AKRI) dan pada tahun ini, namanya masih dikekalkan. 

Sekali lagi saya diberi amanah untuk terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih. Dan kami berkampung lagi untuk sama-sama menelaah rubrik pemarkahan yang melalui evolusi dan penambahbaikan. Pakar-pakar dalam jawatan kuasa pemilih ini ternyata benar-benar memerah pemikiran serta rasional demi menghasilkan set penilaian yang lebih menyeluruh serta terbukti kesahannya insyaAllah. 
Picture

Anugerah ini terbuka kepada semua pensyarah dan institusi pengajian tinggi Malaysia yang merangkumi empat kategori utama iaitu:
a) Kurikulum Program Pengajian Inovatif
b) Pengajaran Transformatif
c) Pengalaman Pembelajaran Imersif (Maya, Teradun dan Bersemuka)
d) Pentaksiran Alternatif 


Rasanya tidak sabar-sabar lagi untuk melihat apa pula kreativiti dan impak positif yang bakal diketengahkan oleh calon-calon pada tahun ini. 

Selamat maju jaya buat semua ... ^__^

0 Comments
    Picture
    I write whatever comes to my mind. I do write in English but most of the time I prefer to express my thought in Bahasa; just because I am Anak Malaysia :) 
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Blogs that I follow:

    Edutopia
    Center for Teaching 
    Educators Technology
    Jendela Kamila
    Tinta Seorang Wanita 
    PhD Blog 
    Patter
    The Thesis Whisperer
    James Hayton
    ​
    e-Learning Acupunture 
    Mendeley Blog
    Let's View my Blog 
    Google Drive Blog 
    SuperWebsiteBuilder
    ​
    e-learning learning
    Brain Rules 
    Peter Pappas 
    Classroom 2.0 
    ​Scoop.it

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    APRS
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Lifo Long Learning
    Love
    Memory
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    Palestine
    Piety
    Pitching
    Praktkum
    Pray
    Project
    Publication
    Pusat Internet
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UNESCO
    Universal Design
    Wedding