Anugerah Pemikiran & Rekabentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017 (APRS) merupakan satu agenda nasional di bawah anjuran KPT yang antara lain berhasrat untuk mengetengahkan perkongsian dan amalan terbaik pendidikan Tinggi Malaysia selari dengan perkembangan Revolusi Industri ke-4 yang menuntut pemikiran dan reka bentuk semula pengajian tinggi terutamanya dalam cara para pensyarah mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga kategori yang ditawarkan: 1. Kurikulum Program Pengajian Inovatif Anugerah ini bertujuan mengenal pasti program-program pendidikan tinggi (di semua peringkat) yang telah dirombak dan dijenamakan semula secara inovatif sehingga berjaya menghasilkan kumpulan graduan yang mempunyai kebolehpasaran dan daya saing yang tinggi. 2. Pengajaran Transformatif Anugerah ini terbahagi kepada 2 sub-kategori iaitu: Pengajaran Transformatif Tanpa Syarahan Pengajaran Transformatif Syarahan Secara Interaktif 3. Pengalaman Pembelajaran Imersif Anugerah ini terbahagi kepada 3 sub-kategori iaitu:
Alhamdulillah, program ini telah selamat berlangsung dan saya telah menghantar satu penyertaan bagi kategori ketiga iaitu Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya. Ini merupakan pengalaman pertama mengisi borang penyertaan yang agak panjang lebar kerana setiap elemen dalam soalan yang dikemukakan memerlukan pembuktian yang kukuh serta autentik. Penghantaran borang serta portfolio juga perlu dipersembahkan dalam bentuk yang kemas dan professional. Terima kasih Puan Salini daripada Pengaran UKM yang membantu dalam menyediakan bahan untuk dijurikan pada pusingan pertama. Tidak juga saya duga bahawa penyertaan tersebut disenaraikan dalam lima finalis. Semua finalis dikehendaki mempersembahkan bicara tuntas di hadapan juri selama 10 minit serta perlu menjawab soalan-soalan secara spontan. Pitching tersebut diadakan pada 20 November 2017 di Hotel Istana Kuala Lumpur. Syukur jua kerana direzekikan tempat nombor dua dengan hadiah Geran Penyelidikan sebanyak RM15K. Alhamdulillah.
1 Comment
Sasha
3/20/2018 02:01:33 am
Congratulations Dr. It's nice to read about your journey through your web.
Reply
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |