Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

National Conference on the 4th Industrial Revolution Skills Development

12/26/2017

0 Comments

 
Picture
Alhamdulillah NC4IR akhirnya berjaya dilangsungkan dengan jayanya! Syabas buat kesemua ahli jawatankuasa kerja yang begitu komited dengan portfolio masing-masing. Ini kali pertama saya ditugaskan sebagai Floor Manager dan sesungguhnya sebelum acara berlangsung saya agak risau jika tidak dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. Maklumlah peranan Floor Manager amat berat kerana perjalanan keseluruhan majlis bergantung kepada lampu hijau kami!

Syukur, keseluruhan aktiviti dapat dilangsungkan mengikut jadual yang ditetapkan kecuali untuk agenda forum - atas sebab-sebab teknikal namun berjaya dihabiskan mengikut waktu jua. 

Seharian memegang walkie talkie ke sana ke mari sememangnya agak memenatkan namun apabila acara tiba ke garis penamat, semacam perasaan menyelinap. Alhamdulillah di atas kelancaran segalanya. Terima kasih Hazrati yang turut sama bertugas sebagai Floor Manager bersama saya dan tidak dilupakan Izwan yang berperanan sebagai JK Protokol yang sama-sama berganding bahu dalam memastikan segalanya berjalan mengikut tentatif. 

Oh oh .. saya mula sukakan tugas ini! Mungkin sudah agak bosan dengan tugas-tugas multimedia, rekabentuk serta buku program yang seringkali diberikan untuk seminar-seminar sebelum ini! Jika diberi peluang lagi untuk bertugas sebagai Floor Manager mungkin saya tidak akan menolak! 

Apapun, pengisian di sepanjang program sehari ini amat signifikan serta dibutuhkan semua. Lensa kefahaman tentang 4IR serta implikasinya kepada pembangunan kemahiran sumber manusia serta kepentingannya dalam kelangsungan perkembangan ekonomi serta bidang sosial dan kemanusiaan menjadi semakin meluas dan mendalam. Alhamdulillah di atas kesempatan yang diberi untuk menceduk maklumat serta menghadamkannya mengikut kapasiti serta bidang tersendiri. 

Syabas FPEND! 


0 Comments

Malaysia Higher Education Forum 2017

12/17/2017

1 Comment

 
Picture
anSiaran tertunda! 
Hampir sebulan lamanya MyHEF berlangsung tetapi apakan daya saya seringkali tewas dengan masa yang merantai dan mengheret sehingga banyak catatan terpaksa diketepikan. 

Saya menerima undangan daripada pejabat menteri MOHE untuk menghadiri forum yang bertemakan Redesigning Education for Industry 4.0. Tema yang sangat relevan dengan keperluan semasa serta perlu dihadamkan oleh semua khususnya akademik yang bertugas di institusi pengajian tinggi. 

Gelombang 4IR bukanlah sesuatu tersangat baharu justeru telah banyak penulisan dihasilkan yang mengupas bagaimana perubahan dan anjakan berlaku serta impaknya kepada ekonomi, malah sosial dan cara hidup manusia. Namun, sejauhmana gelombang 4IR ini dapat diserap dan diterjemahkan dalam bidang pendidikan sehingga outputnya kelak akan dapat sama-sama menyumbang kepada perkembangan industri? Isu ini amat penting untuk sama-sama dibincangkan agar setiap pendidik akan mendapat jawapan yang jelas tentang potensinya dalam pendidikan serta yakin dengan tindakan yang bakal diambil demi melihat elemen-elemen 4IR diintegrasikan dalam proses pembelajaran pelajar. 

Sekalung tahniah KPT kerana inisiatif ini yang saya kira sememangnya membuka mata tentang isu-isu sekitar 4IR kepada semua yang hadir. Seornok juga bila dapat ketemu kenalan lama yang jarang bersua dan pastinya maklumat yang diterima bisa menjadi bekal untuk terus berkarya dalam pendidikan ^___^

​
1 Comment

Harga silaturrahim

12/12/2017

0 Comments

 
Picture
Benar kata orang, sahabat itu khazanah hidup dan mutiara keceriaan serta kebahagiaan. 
Justeru kita tidak boleh hidup sendiri-sendiri karena fitrah kita dijadikan untuk hidup dalam komuniti serta sosial. 

Perjalanan hidup yang panjang memberikan kita variasi pengalaman tatkala berhadapan dengan manusia yang berpancawarna dan ragam. Sahabat. Kalimah keramat yang tidak mudah untuk dinobatkan kepada sesiapa sahaja. 

Sahabat bermakna mereka yang mengenali susuk hati dan nurani kita luar dan dalam - meski tidak dibicarakan, seorang sahabat akan dapat merasainya dengan tuntas dan jelas. Sahabat jugalah manusia yang bisa kita bergurau kasar tetapi tidak secalitpun melekat rasa tidak keruan di minda zihni. 

Kata orang, sahabat yang dikenali kala bocah tidakkan sama nilainya dengan susuk yang kita kenali di alam pekerjaan. Mungkin ada kebenarannya. 

Apapun hakikatnya, jika bersahabat, peliharalah hati budi sahabatmu. Hargailah keprihatinannya serta kebaikannya. Engkau tidak pernah tahu bahawa pada suatu masa nanti sahabat itulah yang bakal menjadi penyelamatmu dalam sesuatu keadaan. Justeru pesan  seorang tua kepadaku suatu masa dahulu - buatlah baik kepada semua orang tanpa mengira apa yang boleh mereka berikan kepadamu kerana persahabatan bersyarat akan menyebabkan kau kecewa. Apabila seseorang yang kau anggap sahabat tidak memberikan hak kepadamu sewajarnya maka jangan sesekali engkau berkecil hati. Jangan harus ada pengharapan bahawa kebaikanmu disanjung dipuji. Tetaplah kau berdiri di sisi. Bujuk hatimu, katakan bahawa rajuk ini tidakkan kekal lama. ^___^
0 Comments

Anugerah Pemikiran & Rekabentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017

12/8/2017

1 Comment

 
Picture
Anugerah Pemikiran & Rekabentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017 (APRS) merupakan satu agenda nasional di bawah anjuran KPT yang antara lain berhasrat untuk mengetengahkan perkongsian dan amalan terbaik pendidikan Tinggi Malaysia selari dengan perkembangan Revolusi Industri ke-4 yang menuntut pemikiran dan reka bentuk semula pengajian tinggi terutamanya dalam cara para pensyarah mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga kategori yang ditawarkan: 

1. Kurikulum Program Pengajian Inovatif
Anugerah ini bertujuan mengenal pasti program-program pendidikan tinggi (di semua peringkat) yang telah dirombak dan dijenamakan semula secara inovatif sehingga berjaya menghasilkan kumpulan graduan yang mempunyai kebolehpasaran dan daya saing yang tinggi.

2. Pengajaran Transformatif
Anugerah ini terbahagi kepada 2 sub-kategori iaitu: Pengajaran Transformatif Tanpa Syarahan
 Pengajaran Transformatif Syarahan Secara Interaktif

3. Pengalaman Pembelajaran Imersif
Anugerah ini terbahagi kepada 3 sub-kategori iaitu:
  1.  Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya
  2.  Pengalaman Pembelajaran Imersif Teradun (Blended)
  3.  Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka
 
Alhamdulillah, program ini telah selamat berlangsung dan saya telah menghantar satu penyertaan bagi kategori ketiga iaitu Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya. Ini merupakan pengalaman pertama mengisi borang penyertaan yang agak panjang lebar kerana setiap elemen dalam soalan yang dikemukakan memerlukan pembuktian yang kukuh serta autentik. Penghantaran borang serta portfolio juga perlu dipersembahkan dalam bentuk yang kemas dan professional. Terima kasih Puan Salini daripada Pengaran UKM yang membantu dalam menyediakan bahan untuk dijurikan pada pusingan pertama. 


Tidak juga saya duga bahawa penyertaan tersebut disenaraikan dalam lima finalis. Semua finalis dikehendaki mempersembahkan bicara tuntas di hadapan juri selama 10 minit serta perlu menjawab soalan-soalan secara spontan. Pitching tersebut diadakan pada 20 November 2017 di Hotel Istana Kuala Lumpur. Syukur jua kerana direzekikan tempat nombor dua dengan hadiah Geran Penyelidikan sebanyak RM15K. Alhamdulillah. 

​
1 Comment
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    March 2025
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    August 2023
    May 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKEPT
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Benchmark
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campus Life
    Campuslife
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro Credential
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Visit
    Viva
    Wedding