Benar kata orang, sahabat itu khazanah hidup dan mutiara keceriaan serta kebahagiaan.
Justeru kita tidak boleh hidup sendiri-sendiri karena fitrah kita dijadikan untuk hidup dalam komuniti serta sosial. Perjalanan hidup yang panjang memberikan kita variasi pengalaman tatkala berhadapan dengan manusia yang berpancawarna dan ragam. Sahabat. Kalimah keramat yang tidak mudah untuk dinobatkan kepada sesiapa sahaja. Sahabat bermakna mereka yang mengenali susuk hati dan nurani kita luar dan dalam - meski tidak dibicarakan, seorang sahabat akan dapat merasainya dengan tuntas dan jelas. Sahabat jugalah manusia yang bisa kita bergurau kasar tetapi tidak secalitpun melekat rasa tidak keruan di minda zihni. Kata orang, sahabat yang dikenali kala bocah tidakkan sama nilainya dengan susuk yang kita kenali di alam pekerjaan. Mungkin ada kebenarannya. Apapun hakikatnya, jika bersahabat, peliharalah hati budi sahabatmu. Hargailah keprihatinannya serta kebaikannya. Engkau tidak pernah tahu bahawa pada suatu masa nanti sahabat itulah yang bakal menjadi penyelamatmu dalam sesuatu keadaan. Justeru pesan seorang tua kepadaku suatu masa dahulu - buatlah baik kepada semua orang tanpa mengira apa yang boleh mereka berikan kepadamu kerana persahabatan bersyarat akan menyebabkan kau kecewa. Apabila seseorang yang kau anggap sahabat tidak memberikan hak kepadamu sewajarnya maka jangan sesekali engkau berkecil hati. Jangan harus ada pengharapan bahawa kebaikanmu disanjung dipuji. Tetaplah kau berdiri di sisi. Bujuk hatimu, katakan bahawa rajuk ini tidakkan kekal lama. ^___^
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2020
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|