Mungkin kerana telah ditetapkan rezeki saya untuk menyelidik hal ini, justeru permohonan geran FRGS saya berjalan lancar dan diluluskan setelah mencubanya buat pertama kali. Alhamdulillah thummalhamdulillah! Idea untuk menjalankan kajian tentang kesedaran siber ini muncul setelah saya mendengar ceramah daripada Brother Aaron yang ketika itu masih bertugas di Cyber Security Malaysia. Beliau dijemput ke UKM untuk memperkatakan tentang bahaya siber serta risikonya andai pengguna tidak tahu mekasnisme pertahanan diri. Sudah ramai menjadi mangsa. Tidak sedikit pula yang dipersia. Semua itu membuatkan saya mula celik mata. Betapa membarahkah keadaan ini? Sejauh mana ketagihankah anak remaja kita kepada media sosial serta komunikasi dalam talian? Tidak adakah mekanisme pertahanan diri? Apakah mereka akan merujuk ibu bapa, guru atau teman kiranya sesuautu kejadian tidak diingini menimpa diri? Itu antara perkara yang melingkari pemikiran saya kala menulis proposal kajian. Lalu apabila permohonan saya diluluskan, dan mendapat remark daripada penilai bahawa ini kajian yang sangat kontemporari dan diperlukan dalam keadaan semasa, saya menghela nafas lega. Namun cemas pula apabila memikirkan ini satu tugas yang berat dan panjang yang harus dipikul sebaiknya. Alhamdulillah, setelah proses pembangunan item dilaksanakan beserta pilot test yang menghasilkan Alpha Cronbach yang memuaskan, penyelidikan saya kini melangkah setapak lagi - iaitu pengutipan data sebenar. Negeri pertama tempat saya singgah adalah Sarawak Bumi Kenyalang. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih buat sahabat rapat saya Dr. Salmah yang telah sudi meluangkan masa dan tenaga untuk sama-sama mengharungi dua hari penuh makna itu. Saya membawa pulang lebih 200 soal selidik yang lengkap ditanda (berkilo-kilo beratnya!). Orang Sarawak memang hebat lagi penyantun. Hospitalitynya tip top. Di kesempatan ini juga ingin saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat pengetua di dua buah sekolah yang telah memberikan kebenaran untuk saya meluangkan masa bersama para pelajar. Jamuan makan tengahari yang enak pasti juga tidak dilupakan! Malah di salah sebuah sekolah yang kami lawati, menyediakan ruang masa yang begitu panjang sehingga sempat pula saya dan Dr Salmah menjalankan sesi ceramah tentang Kesedaran Siber. Semoga anak-anak yang bersama dalam sesi tersebut mendapat sedikit sebanyak maklumat tentang bahaya yang menunggu dalam talian kiranya tiada waspada. Di sebelah petang hari pertama juga sempat singgah ke UNIMAS untuk perkongsian kecil tentang CONDUCTING RESEARCH AND SYSTEMATIC DATA ANALYSIS IN CASE STUDY
Warga UNIMAS juga begitu peramah menjadikan saya lebih selesa bergurau senda. Oh oh -- tidak ketinggalan ketemu pula dengan senior di UM dahulu - Pn Samsiah Jayos. Tidak dilupakan perkenalan penuh makna bersama Pn Nora .. sehingga terjebak saya dengan satu jenis obsesi hehe (rahsia). Salmah sahabatku Susuk yang kukenali di zaman bergelar pelajar PhD. Ternyata persahabatan ini masih terpatri dengan kukuh. Banyak susur galur hidup kita lalui bersama mate, dan semua itu kukenang dalam sangkar memori jua. Mate, masih banyak perkara yang hendak kita lakukan. Mohon titiskan doamu dari kejauhan. Mudah-mudahan segala perancangan dapat dilunaskan dengan redha Ilahi jua. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA MATE! Secebis kenangan di Nottingham dan Paris ^___^
0 Comments
Menyahut jemputan daripada Pusat Siswazah minggu nan lepas, saya menghadiri satu majlis ilmu yang menyentuh tentang 'adab' sebagai pengguna Internet. Saudara Aaron dari CyberSecurity memberi contoh yang sangat menarik tentang bagaimana keterujaan kita atau kegilaan pengguna alam siber khususnya Facebook dalam berkongsi segala kisah hidup kepada dunia tanpa memikirkan implikasi di luar jangka - jenayah siber.
Tahukah kita bahawa pengguna Internet di seluruh Malaysia kini mencecah 25.3 juta orang. Jumlah ini yang merupakan 89% daripada keseluruhan penduduk di negara ini (28.4 juta). Pengguna di Malaysia melayari laman sosial sebanyak 14 billion kali setiap minggu, menghabiskan masa selama 20 jam seminggu melayari Internet. Pengguna Facebook di Malaysia adalah seramai 13 million (87.9% pengguna Internet secara keseluruhan di negara ini). Adab didefinisikan sebagai : “using the right knowledge in the right situation” (menggunakan pengetahuan yang tepat pada situasi yang tepat). Empat perkara dalam adab yang disarankan: a. Kenali peralatan - Kekuatan, kelemahan peralatan - Firewall? Antivirus? Password protection? b. Pastikan keselamatan jaringan (connection) - Kata laluan yang kukuh atau selamat - Kenalpasti sumber Internet c. Fahami platform yang digunakan - Kenalpasti tahap keselamatan platform yang digunakan - Talian peribadi vs talian terbuka (public) d. Berhati-hati dengan apa yang kita kata atau kongsi - Fikir sebelum berkongsi sesuatu (idea, buah fikiran, gambar dll) – apakah reaksi pembaca? - Jangan menulis sesuatu dalam keadaan beremosi - Pastikan gambar yang dikongsi tidak memberi sebarang ‘clue’ untuk penjenayah mengambil kesempatan - “Seringkali apa yang hendak disampaikan disalah tafsir oleh orang lain” Saranan untuk memelihara maklumat peribadi: a. Setiap kata laluan hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 10 aksara. b. Jangan sesekali menggunakan nama sendiri, nombor IC nama anak, pasangan, kereta, tempat kerja dan lain-lain dalam kata laluan. c. Jangan gunakan kata laluan yang sama untuk lebih daripada satu akaun. d. Gunakan emel yang berbeza untuk kerja dan peribadi atau sosial. e. Jangan melayari akaun perbankan menggunakan talian percuma atau wifi. f. Kawal maklumat peribadi (nombor telefon, kad pengenalan, alamat rumah, keluarga dll). g. Ubah kata laluan setiap sebulan untuk keselamatan. h. ‘Search’ nama sendiri di Google setiap bulan dan lihat apa hasilnya. i. Jika ingin berkongsi maklumat penting seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun, atau alamat rumah, hantarkan melalui SMS dan bukannya emel atau Whatsapp. j. Namakan folder penting dalam Dropbox, atau lain-lain penstoran menggunakan nama seperti makanan, haiwan dll untuk mengelakkanjenayah cyber. Elakkan nama seperti: Maklumat Penting, Akaun Peribadi, Top Secret dll. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya untuk semua .. Ramadhan Kareem :) |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |