Alhamdulillah, our ODL team managed to conduct another workshop to facilitate the module writing process to all subject matter experts from the Faculty of Education. This time around, we had a chance to have a face-to-face session at Bangi Resort Hotel. It was unfortunate that I had flu a day before the date :( I decided not to attend the workshop, as I know my presence might create an unease atmosphere for the attendees. Adhere to the SOP first, peeps! Time flies so fast, and I know that it is not easy to complete the module writing within a short period. For that, I admire the commitment shown by all the module writers; despite a hectic schedule - classes, supervision, plus research activities - they dedicated their precious and valuable time to sit down for a whole day to continue with the writing process. Bravo to our Program Manager -Yanti, and our instructional designer - Sheril, for your diligence and enthusiasm throughout the day! Let's have Japanese cuisine together after the Raya!
0 Comments
Masa yang pantasnya seperti belati membelah hari menjadikan kami manusia-manusia yang sering berkejaran tanpa menoleh ke belakang. Amanah itu satu tanggungjawab lalu tiada pilihan lagi melainkan terus mengayuh. Alhamdulillah bengkel penulisan modul untuk program ODL melibatkan kebanyakannya pensyarah daripada Fakulti Pengajian Islam telah dijayakan pada hari ini. Siri 1 ini akan disusuli dengan dua lagi siri pada 4 dan 8 Mac. Banyak yang dikongsi bersama rakan-rakan pakar bidang dan banyak juga soal jawab yang dikemukakan. Turut bersama saya adalah Program Manager - Yanti serta Instructional Designer - Sheril. Untuk siri bengkel seterusnya saya akan pass the baton to these ladies to fully conduct the session :) Maklumat tentang OER dan cara-cara mengenalpasti bahan OER turut dibentangkan. Semoga bengkel pada hari ini memberi manfaat dan panduan untuk pakar bidang meneruskan usaha menulis modul hingga ke penghujung. Selepas Zohor - bergegas pula ke PKP untuk perbincangan lanjut tentang projek studio rakaman. Hmmm .. projek yang menelan belanja yang besar tentunya tidak mudah untuk diberesi lantaran banyak prosedur kewangan di sana sini yang perlu dipatuhi. Lalu kelihatannya, batch pertama untuk program ODL tidak sempatlah merasa penggunaan studio serba lengkap dan sofistikated yang menjadi idaman kalbu saya. Namun, akurlah dengan keadaan. Jangan jadikan itu satu punca stress. Masih ada ruang dan alternatif yang boleh dijana. Minggu ini agak padat dengan susunan jadual yang tidak berkesudahan. Esok pagi, mesyuarat pengurusan manakala di sebelah petang bakal terlibat dengan konsultansi bersama BSTP KPM tentang projek AR pula. Khamis yang menanti dengan dua lagi siri mesyuarat yang masing-masing bersangkut paut juga dengan program ODL. Jumaat - saya melarikan diri dari bayang-bayang ngeri ODL untuk terbang bersama pelajar-pelajar IPG di Terengganu. Oh oh terbang secara maya sahaja ok. Pun bercakap tentang AR juga. Petangnya pula konsultansi NVivo bersama seorang sahabat lama! Apa lagi yang mahu dilaporkan di sini? Cukuplah. Sekadar meluah rasa agar beku jiwa dapat dikendurkan seketika ... Saya menerima undangan daripada seorang sahabat lama Dr Aznida yang kini bertugas di IPG Kampus Dato' Razali Ismail untuk berbicara tentang kemahiran dalam penggunaan teknologi Augmented Reality dalam pendidikan, sekaligus mencetus pemikiran inovatif dan kreatif para pelajar. Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar PPSIMP ambilan Jun 2020. InshaAllah saya cuba mengupas topik ini dari perspektif pre-service teachers and how they can actually create innovative ways to spark interest and learners' participation :) See you there! |
Archives
April 2022
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |