Masa yang pantasnya seperti belati membelah hari menjadikan kami manusia-manusia yang sering berkejaran tanpa menoleh ke belakang. Amanah itu satu tanggungjawab lalu tiada pilihan lagi melainkan terus mengayuh. Alhamdulillah bengkel penulisan modul untuk program ODL melibatkan kebanyakannya pensyarah daripada Fakulti Pengajian Islam telah dijayakan pada hari ini. Siri 1 ini akan disusuli dengan dua lagi siri pada 4 dan 8 Mac. Banyak yang dikongsi bersama rakan-rakan pakar bidang dan banyak juga soal jawab yang dikemukakan. Turut bersama saya adalah Program Manager - Yanti serta Instructional Designer - Sheril. Untuk siri bengkel seterusnya saya akan pass the baton to these ladies to fully conduct the session :) Maklumat tentang OER dan cara-cara mengenalpasti bahan OER turut dibentangkan. Semoga bengkel pada hari ini memberi manfaat dan panduan untuk pakar bidang meneruskan usaha menulis modul hingga ke penghujung. Selepas Zohor - bergegas pula ke PKP untuk perbincangan lanjut tentang projek studio rakaman. Hmmm .. projek yang menelan belanja yang besar tentunya tidak mudah untuk diberesi lantaran banyak prosedur kewangan di sana sini yang perlu dipatuhi. Lalu kelihatannya, batch pertama untuk program ODL tidak sempatlah merasa penggunaan studio serba lengkap dan sofistikated yang menjadi idaman kalbu saya. Namun, akurlah dengan keadaan. Jangan jadikan itu satu punca stress. Masih ada ruang dan alternatif yang boleh dijana. Minggu ini agak padat dengan susunan jadual yang tidak berkesudahan. Esok pagi, mesyuarat pengurusan manakala di sebelah petang bakal terlibat dengan konsultansi bersama BSTP KPM tentang projek AR pula. Khamis yang menanti dengan dua lagi siri mesyuarat yang masing-masing bersangkut paut juga dengan program ODL. Jumaat - saya melarikan diri dari bayang-bayang ngeri ODL untuk terbang bersama pelajar-pelajar IPG di Terengganu. Oh oh terbang secara maya sahaja ok. Pun bercakap tentang AR juga. Petangnya pula konsultansi NVivo bersama seorang sahabat lama! Apa lagi yang mahu dilaporkan di sini? Cukuplah. Sekadar meluah rasa agar beku jiwa dapat dikendurkan seketika ...
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |