Saya anggap ini acara penutup tahun 2019 kerana pada minggu hadapan ramai yang akan mula bercuti panjang dan terbang ke sana sini. Lalu majlis Hari Kualiti 2019 adalah tepat sekali dijalankan pada minggu ini di mana masih ramai yang bertugas. Alhamdulillah, sekali lagi saya diberi kepercayaan untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang namun yang bezanya pada tahun ini ada majlis rasmi untuk meraikan penerima anugerah. Terima kasih dan tahniah di atas inisiatif ini, khususnya buat Yg Berusaha Dr Effendi, Ketua Jaminan Kualiti yang menggerakkan usaha ini. Selain penyampaian anugerah untuk perkhidmatan cemerlang, majlis turut meraikan beberapa kategori lain melibatkan staf pelaksana dan staf akademik. Tiada pernah terfikir oleh saya untuk turut menerima Anugerah Amalan Berkualiti dan hal ini merupakan satu kejutan juga. Bingung juga memikirkan amalan apakah yang dipertaruhkan untuk mengungguli kategori ini? Rupanya, saya baru dimaklumkan bahawa pencalonan dilakukan oleh Ketua Pusat masing-masing dan diadili oleh juri yang dilantik dari institusi luar. Apapun, saya anggap in sebagai sebuah rezeki untuk disyukuri. Diri ini sememangnya tidak pernah sempurna namun pengiktirafan ini tentunya menyuntik rasa insaf serta qana'ah dengan segala nikmat daripada-Nya. Cepatnya masa berlalu, lagi beberapa minggu tahun baharu akan menjelma. To-do-list saya masih panjang! Jadi saya perlu pendekkan ocehan.
0 Comments
Kehadirannya ke fakulti menemui saya untuk mendapatkan input tentang bahan pembelajaran berasaskan Augmented Reality yang telah dihasilkan untuk projek Sarjananya. Pelajar manis bernama Iffa merupakan pelajar sarjana dari FTSM yang kini sedang gigih menyiapkan produk untuk penulisan tesisnya. Beliau menghasilkan satu bahan pembelajaran berasakan AR dan diintegrasikan dengan elemen Artificial Intelligence yang melibatkan pengecaman mimik muka dan suara. Idea yang menarik serta sesuai dengan isu dan keperluan yang diutarakan. Bahan yang dibangunkan melibatkan pelajar darjah tiga sebagai pengguna sasaran. Tingkah beliau, bahan yang dibangunkan boleh membantu meningkatkan kemahiran ekspresi wajah para pelajar di samping dapat meningkatkan kemahiran penyebutan dengan lebih jelas. Namun, sudah pasti ada beberapa aspek yang perlu ditambahbaik dari kacamata penilaian saya - agar bahan ini kelak dapat benar-benar digunakan secara lebih meluas dalam kalangan pelajar yang memerlukan. Selamat maju jaya Iffa! |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |