Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Yang jauh, yang dekat

1/15/2023

0 Comments

 
Picture
Setiap kali pulang ke kampung halaman, saya seringkali berpesan dan berjanji - nanti kita ketemu. Namun sudah banyak kali janji tinggal janji. Bukan sengaja memungkiri, namun waktu yang terlalu melingkar akhirnya membataskan peluang untuk bersua muka bersama sahabat saya yang jauh di Binjai - Yanti. 

Seorang lagi sahabat saya Kay, tinggalnya di Teras Jernang - boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan melalui jalan di kawasan taman perumahan tempat dia menginap. Pun, situasi yang sama berlaku. Janji tinggal janji. Sementelah masing-masing hanyut dengan tugasan yang tidak pernah kunjung malap di kampus, akhirnya kami hanya berutusan di Whatsapp. 

Begitu janji Allah - akhirnya kami bertiga bersua juga Sabtu yang lepas. Kebetulan Yanti mampir seminggu di Damansara - kesempatan ini tentunya tidak dilepaskan. Meski menempuh kesesakan trafik pergi dan balik, hati tersenyum puas. Pertemuan semula kami bertiga merupakan detik yang epik dan perlu dikenang. 

Rasanya telah banyak kali saya mencatat tentang Black Cat. Lalu tidak betah lagi untuk mengulang tayang kisah yang sama. 

Benar, bertemu sahabat di bangku sekolah akan sentiasa mengembalikan kenangan penuh nostalgik. Perangai dan warna sebenar juga keluar semua! Aduh .. gamat riuh. 

Alhamdulillah terima kasih ya Allah di atas ruang masa yang dipinjamkan buat kami berjumpa. 
0 Comments

Penculikan di siang hari

9/6/2022

0 Comments

 
Picture
Alhamdulillah dalam banyak agenda makan tengahari yang tertangguh-tangguh bersama rakan-rakan yang lain .. akhirnya di suatu hari yang terang saya berjaya menculik dua orang bos kuat Pusat Jaminan Kualiti (PJK) - PM Roziah dan PM Ermi :D

Kami sekadar duduk-duduk sambil menikmati juadah serta sesekali di selang seli dengan perkongsian maklumat berkaitan tugasan masing-masing. Seronok bersemuka dengan dua figura ini kerana banyak ilmu yang diperturunkan dan dikongsi. Tidak terkecuali cerita besar kecil kehidupan yang tidak dapat tidak harus ditempuhi dengan semangat setinggi mentari ^__^ 

Terima kasih sahabat-sahabatku di atas silaturahim ini. Semoga ukhuwwah kita kekal terjalin selamanya amen .. 


0 Comments

Sahabat Kembara

2/1/2022

1 Comment

 
Picture
Picture
Picture
Salmah a.k.a mate. 
Itulah sahabat saya. 
Sahabat dalam kembara dunia akademia, malah kembara ke benua Eropah. 

Pertemuan kami bukanlah sesuatu yang diduga namun tentu sekali perancangan Allah itulah yang sebaiknya. 

Pertama kali kami bersua adalah pada tahun 2008 di sesi block Research Methods bersama Dr. Peter Gates di Chulan Tower -  city campus untuk pelajar-pelajar Doktor Falsafah dari University of Nottingham berkampung sebelum meneruskan aktiviti penyelidikan bersama penyelia masing-masing. 

Dari kelas hingga ke makan tengahari, malah membawa kepada minum petang di KL Sentral. Acara kebersamaan ini cukup untuk saya mengerti betapa secocoknya kami! Dalam santai berbual, pelbagai cerita lama dikongsi. Begitulah chemistry yang wujud antara dia dan saya begitu membuai rasa. 

Keakraban semakin terjalin tatkala masing-masing mengambil keputusan untuk pergi sendiri-sendiri tanpa keluarga ke bumi Nottingham. Lalu bermulalah episod sebagai housemate - dan itulah yang membawa kepada gelaran 'mate' antara kami sehingga kini. 

Banyak ceritera yang kami kongsi. 
Ada suka ada duka. 
Rencamnya pelbagai. 
Terlalu banyak memori yang dicipta bersama untuk dikenang. 

Alhamdulillah setelah lebih sepuluh tahun bersahabat ukhuwwah tetap terjalin. 

Kebetulan dia turun ke KL untuk urusan kemasukan anaknya Dina ke UPM lalu peluang ini tidak dapat dilepaskan. 

Saya terus mencarinya di Conezion lalu memandunya ke IOI untuk acara makan malam meskipun perut ketika itu belum terasa lapar. 

Duduk-duduk selama beberapa jam sambil mengupas pelbagai isu itu ini, begitu begini, tidak terasa masa yang terlalu pantas beredar. Tau-tau malam sudah larut lalu kami terpaksa berpisah. 

Mate,
Terima kasih di atas persahabatan yang dihulurkan. Tidak lupa di atas ihsanmu yang sudi mendengar setiap ocehanku dari dulu hingga kini! Banyak rahsiaku dalam poketmu mate! 

Semoga Allah memelihara persahabatan ini selagi hayat dikandung badan. 
Mudah-mudahan akan ada laig pertemuan antara kita. 
Di saat itu, aku berharap agar aku kelihatan lebih dewasa  dan berwibawa di matamu :D 



Picture
Picture
Picture
Picture
1 Comment

Syawal  1438H

7/12/2017

0 Comments

 
Picture
Picture
Mengekalkan tradisi tahunan, jamuan kesyukuran sempena Adil Fitri tetap meriah di rumah kami Fakulti Pendidikan. Perkarangan berbeza iaitu di Hub Inovasi Pelajar juga memberi sentuhan yang lebih manis kerana lokasinya yang agak redup dengan teduhan dedaunan di sekeliling. Para tamu dari luar fakulti turut sama menjadi penyeri kepada acara hari ini. 

Alhamdulillah thummalhamdulillah di atas segala nikmat yang dikurniakan buat kami insan-insan kerdil. Mudah-mudahan sahaja silaturahim menjadi lebih kukuh serta sebarang jurang dapat dirapatkan safnya. 

Di kesempatan ini masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan Salam Syawal buat semua. Mohon dimaafkan segala khilaf secara sengaja atau tidak. Lembayung rahmat Allah jua yang kita dambakan :) 

Oh oh .. ruang ini sudah banyak bersawang. Rupanya kali terakhir saya menulis adalah pada bulan April yang lalu. Duh, masa memang memburu. Mohon permisi semua! 


Picture
Bersama Prof. Dato' IR. Dr. Mohd. Marzuki Mustafa - orang ganu kite :)
0 Comments

Menyulam memori 

5/3/2016

2 Comments

 
Detik waktu datang dan pergi, meninggalkan setiap kita dengan bekalan memori yang menjadi ingatan abadi. Hampir pasti tiada seorangpun yang akan menyangkal keindahan musim kanak-kanak sehingga memanjat usia remaja. Pabila dikenang waktu yang telah berlalu, pasti ingatan dan rindunya pada musim itu mencengkam kabad dan hati. 

Kamariah, seperti yang sering saya war-warkan sebelum ini, merupakan sahabat saya semenjak di zaman kanak-kanak. Kami bertemu ketika di darjah empat, bila mana masing-masing merupakan pelajar baharu yang berpindah ke Sekolah Kebangsaan Binjai. Kami benar-benar akrab. Banyak cerita yang dikongsi, banyak rahsia yang disimpan, malah banyak jenis kegilaan yang menjadi memori kami. 

Lokasi kami tidaklah terpisah begitu jauh kerana Dr. Kamariah bertugas di UPM. Dekat tapi jauh. Begitu keadaannya kerana sukar untuk kami bertemu dan bersua muka. Alhamdulillah, akhirnya ada juga ruang senggang yang dapat dirancang untuk pertemuan ini.

Kesempatan masa yang tidak sampai berapa jam itu walau bagaimanapun, banyak memberi kekuatan, umpama bateri yang dicas penuh. Perbincangan dan bicara yang lunak itu banyak memberi semangat dan keazaman untuk memastikan setiap pekerjaan ini dijalankan dengan jiwa ikhlas dan diteduhi rahmat-Nya ... 

'Setiap yang baik, tidak semestinya baik .. setiap yang tidak baik tidak semestinya tidak baik' .. itu satu perkara yang perlu kita selami dalam hidup ini kerana pusaran hidup tidak pernah lekang daripada ujian, bukan? Namun hati yang dekat dengan-Nya akan memujuk dengan ungkapan sebegitulah .. Allahku, bersihkanlah jiwa kami agar sentiasa redha dengan apa jua kurnia-Mu kerana hidup ini bukanlah sesuatu yang abadi!
Picture
2 Comments

Projek Silaturahmi

12/1/2014

1 Comment

 
Picture
Persahabatan saya dan dia, Dr. Kay sudah lama terjalin. Seringkali juga saya menulis dalam blog-blog saya yang lain tentang dia. Kami bertemu ketika di darjah empat, namun silaturahmi ini masih kuat terjalin hingga kini, di kala usia makin meniti hari. 

Kebetulan, ada beberapa perkara yang mendesak pertemuan ini berulang. Lalu kami berpeluang bertemu lagi. Alhamdulillah. 

Kupasan tentang hidup serta refleksi terhadap susur galur hari, minggu, bulan dan tahun yang telah dilalui dikisahkan bab demi bab. Seperti menyelak lembaran kitab lama yang bersusun-susun jilidnya. Semua itu ilmu pengkisahan yang akhirnya membawa makna ke dalam diri tentang erti hidup yang penuh misteri. Pastinya perkataan ulul albab seringkali diulang dalam kitab suci Al Quran. Apakah kita tidak mahu mengambil makna dari hidup ini? Hanya orang-orang yang mahu berfikir dan meneliti, mengasuh hati mencari kebenaran serta menerima khilaf-khilaf yang lalu sebagai panduan untuk tidak lagi mengulanginya dalam hayat yang ternyata singkat sisanya ini. 

Dunia sudah terlalu tua. Kita pula gila mengejar dunia. 
Kontra ini membekas sebagai pedoman jiwa, serta peringatan akan tujuan kita dihidupkan. 

Oh oh, saya 'eksaited' sekali dengan dua projek silaturahmi kami ini! Allah .. Allah .. permudahkan urusan kami, mudah-mudahan niat suci ini dimakbuli ...! 



1 Comment

Doa untukmu, sahabat

7/18/2014

2 Comments

 
Picture
Manis.
Itulah apa yang saya rasa tentang perkenalan kami. Bermula di tahun-tahun awal pengajian di Nottingham University, dan akhirnya berlarutan sehingga kembara kami ke England, lalu menjejak beberapa negara Eropah lain. 

Sahabat saya ini bukanlah orang jauh. Asalnya dari Selangor, namun hijrahnya ke Sarawak memberi makna tersendiri tentang ketabahan dan jatidiri serta pengorbanannya buat keluarga. 


Banyak cerita-ceriti, masam-manis dalam sejarah kembara kami berdua - bukan sahaja kembara ke benua dan negara orang, malah kembara dalam perjalanan sebuah PhD juga. Mungkin kerana saya dan dia, sama-sama menjadi pelajar di universiti yang sama, kebersamaan itu banyak mengikat silaturahim saya dengannya. 

Satu perkara yang membuat saya sering kagum dengan beliau adalah kecekapannya dalam pencarian maklumat, malah tepat pula. Beliau banyak juga berkongsi pautan serta bahan-bahan yang dimuat turun daripada laman sesawang untuk faedah bersama. Malah, ketika kami di England, hati lebur kerana terpaksa beraya di negara orang, tanpa kehadiran suami dan anak-anak tersayang. Dialah insan yang paling cekap mencari maklumat penerbangan serta melengkapkan jadual perjalanan kembara kami di Perancis. Mana boleh saya lupakan hasrat beliau yang begitu berkobar-kobar hendak bersembahyang sunat Idul Fitri di Mosque de Paris. Kerana jasa beliau juga, akhirnya kami yang baru menjejak kaki di lapangan terbang Charles De Gaulle akhirnya sempat tiba di perkarangan masjid tertua di Paris itu untuk sama-sama merasakan semangat idul fitri bersama umat Islam di Paris, biarpun kami terlepas upacara solat sunat berjemaah. 

Kehidupan di Hartley Road bersama dia juga banyak memberi ruang untuk kami saling menyelami hati budi masing-masing. Semangat berdikari, toleransi serta kerjasama banyak mengajar saya tentang mualamat yang berkesan. Saya juga banyak belajar daripada kelemahan dan kekhilafan diri sendiri. Malah permukiman di England turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan baik seperti K.Faizah dan Zac. Kami pernah bertemu di Kampus Bandar di Chulan Tower Kuala Lumpur ketika menghadiri modul Research Methods bersama Dr Peter Gates. Lalu kedatangan kami disambut mesra dua sahabat yang pernah dikenali itu. Saya tidak akan pernah melupakan jasa K.Faizah sekeluarga yang datang menjemput kami di Birmingham, malah jaza baik Zac menguruskan rumah sewa daripada Symond, si tuan rumah yang baik hati itu. 

Banyak kisah yang boleh dicatat namun saya tidak berniat untuk bercerita panjang kali ini. 
Cuma ada bingkisan buat sahabat saya ini: 

Sal, 
Aku sentiasa mendoakan agar setiap usaha dan jerih perihmu itu akan membuahkan kejayaan sedikit masa lagi. 

Semoga Allah mempermudah segala urusanmu, mate. 
Persahabatan kita ini aku anggap sebagai satu anugerah; kerana melaluinya aku belajar banyak tentang erti kehidupan. 
Rabbi yassir wa la tuassir .. rabbi tammim bil khair ... 







2 Comments
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    March 2025
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    August 2023
    May 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKEPT
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Benchmark
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campus Life
    Campuslife
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro Credential
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Visit
    Viva
    Wedding