Detik waktu datang dan pergi, meninggalkan setiap kita dengan bekalan memori yang menjadi ingatan abadi. Hampir pasti tiada seorangpun yang akan menyangkal keindahan musim kanak-kanak sehingga memanjat usia remaja. Pabila dikenang waktu yang telah berlalu, pasti ingatan dan rindunya pada musim itu mencengkam kabad dan hati.
Kamariah, seperti yang sering saya war-warkan sebelum ini, merupakan sahabat saya semenjak di zaman kanak-kanak. Kami bertemu ketika di darjah empat, bila mana masing-masing merupakan pelajar baharu yang berpindah ke Sekolah Kebangsaan Binjai. Kami benar-benar akrab. Banyak cerita yang dikongsi, banyak rahsia yang disimpan, malah banyak jenis kegilaan yang menjadi memori kami. Lokasi kami tidaklah terpisah begitu jauh kerana Dr. Kamariah bertugas di UPM. Dekat tapi jauh. Begitu keadaannya kerana sukar untuk kami bertemu dan bersua muka. Alhamdulillah, akhirnya ada juga ruang senggang yang dapat dirancang untuk pertemuan ini. Kesempatan masa yang tidak sampai berapa jam itu walau bagaimanapun, banyak memberi kekuatan, umpama bateri yang dicas penuh. Perbincangan dan bicara yang lunak itu banyak memberi semangat dan keazaman untuk memastikan setiap pekerjaan ini dijalankan dengan jiwa ikhlas dan diteduhi rahmat-Nya ... 'Setiap yang baik, tidak semestinya baik .. setiap yang tidak baik tidak semestinya tidak baik' .. itu satu perkara yang perlu kita selami dalam hidup ini kerana pusaran hidup tidak pernah lekang daripada ujian, bukan? Namun hati yang dekat dengan-Nya akan memujuk dengan ungkapan sebegitulah .. Allahku, bersihkanlah jiwa kami agar sentiasa redha dengan apa jua kurnia-Mu kerana hidup ini bukanlah sesuatu yang abadi!
2 Comments
5/4/2016 06:30:18 pm
Sahabatku Dr. Fariza yang dikasihi,
Reply
Fariza
5/16/2016 07:56:38 pm
Sahabatku Dr. Kay, Pertemuan manis bersari seringkali memberi inspirasi serta semangat untuk terus berlari! Terima kasih atas silaturahmi yang terpateri .. yang pasti tiada galang ganti! :)
Reply
Leave a Reply. |
I write whatever comes to my mind. I do write in English but most of the time I prefer to express my thought in Bahasa; just because I am Anak Malaysia :)
Archives
December 2019
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|