Kembara itu satu perjalanan kata mereka. Bermula daripada satu titik ke satu titik perhentian yang lain mungkin bermula dan berakhir di dua destinasi yang berbeza.
Hidup kita juga sebuah kembara sebelum kembali ke negeri abadi. Tugas di fakulti banyak menyaksikan kembara para pelajar saya yang pelbagai rencam dan warna. Daripada pelajar prasiswazah sehinggalah kepada pelajar doktof falsafah. Namun mungkin kerana saya punya satu keasyikan apabila bercakap tentang penyelidikan, menjadikan penyeliaan bersama pelajar sarjana dan PhD seringkali menjadi 'hiburan' dan 'makanan' minda. Bukan mudah mendaki sebuah gunung jika tiada kemahiran serta maklumat asas. Malah, kekuatan minda dan fizikal tidak terkecuali. Dan yang paling utama, resilience and determination are among the utmost important elements towards a success! Salah seorang pelajar PhD saya - Hairul, mempunyai cadangan penyelidikan yang agak unik kerana beliau ingin mengkaji ciri-ciri penghayatan nilai dalam pembelajaran subjek moral serta melibatkan penyelidikan kajian tindakan dengan menggabungjalinkan elemen teknologi dalam proses keseluruhan aktiviti tersebut. Semalam, beliau datang menyerahkan bab 1-3 kepada saya. Kami sempat berbual ringkas di bilik tentang pelbagai cerita. Apapun, teruskan momentum ini, mudah-mudahan dalam masa terdekat, bisa sahaja membuat pembentangan usulan dengan jayanya inshaAllah. Terima kasih atas titipan yang indah dan tahniah di atas penerbitan cerpen sebuah kembara!
1 Comment
|
Archives
March 2021
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |