Agenda yang telah tertangguh semenjak sekian lama.
Bukan tidak bersemangat untuk memulakan, namun masa dan kesempatan seringkali melingkari diri. Namun syukur, calon RA telah ditemukan. Dia umpama diturunkan dari langit, di kala saya mencari-cari. Lalu apabila dia datang, Aishah terus saya lamar :) Barisan ahli penyelidik adalah rakan-rakan think tank saya yang sama-sama memerah otak sewaktu ODL UKM mula-mula di rekabentuk dan dibangunkan - PM Dr Faidzul dan PM Dr. Zainol - dua rakan yang saya kenali di Pusat Kembangan Pendidikan. Turut sama adalah Dr Hazrati yang sering saya kepit ke sana sini. Perjumpaan awal sebelum research bermula telah berlangsung bulan nan lalu namun baharu hari ini berkesempatan untuk mencatat di sini. Banyak perkara yang perlu dilangsaikan sebelum data kajian dikutip. Semoga dipermudahkan setiap langkah ini.
2 Comments
Sememangnya saya rindu untuk kembali menekuni sesi pengajaran & pembelajaran pelajar-pelajar praktikum di sekolah. Setiap kali melalui sesi ini saya akan sentiasa terkenangkan pengalaman sendiri sewaktu menjalani praktikum selama dua kali semasa pengajian ijazah pertama di Universiti Malaya. Praktikum pertama di St. Mary KL yang praktikum kali kedua pula di SMK Sekinchan.
Kebetulan pula pelajar saya ini ditempatkan di SMK Bukit Kuang Kemaman. Lalu ia memudahkan saya untuk mengambil sedikit kesempatan untuk menjenguk bonda. Tahniah Suriati di atas prestasi yang amat cemerlang yang ditunjukkan. Selamat maju jaya buatmu. Meski arahan diterima dalam tempoh yang sangat singkat, tanggungjawab perlu dilunasi. Sabtu nan hening, saya memandu ke Parit Sulong. Mujur Double R sudi menemani. Dari jauh membawa harapan. Syukur, perbincangan ringkas memberi ruang dan jalan. Terima kasih Dato VC, serta Dr Zab yang baik hati. More to go! Tiba di Putrajaya perut menyanyi.
Singgah di Shaftsbury, mencari McD :D Syukur, kunjungan kerja ke pejabat PTPTN berlangsung lancar. Saya bersama team UKM-Care, Business Development serta Kewangan dan ODL membawa beberapa hasrat, antaranya untuk merundingkan potensi pelajar-pelajar dari program ODL untuk layak menerima pinjaman daripada PTPTN serta meneroka peluang untuk bekerjasama dalam penawaran sijil profesional serta program akademik.
Terima kasih tuan rumah di atas layanan yang baik serta masa yang diluangkan untuk pertemuan sebegini. Waktu rehat yang agak panjang memberi kesempatan untuk tiga wanita ini melarikan diri seketika sehingga ke Sama-sama KLIA. Menu pertama yang menangkap selera saya tentulah di seksyen Sushi dan rakan-rakannya. Tempura yang rangup serta miso soup dan sashimi yang enak sememangnya memenuhi selera Farizasan. Namun malang sedikit Futomaki dan Chirashi agak hambar.
Hidangan buffet seringkali menyebabkan kapasiti perut terlebih muatan. Apatah lagi dengan adanya banana pudding serta dessert yang lainnya tidak mampu diabaikan begitu saja. Sebagai penutup, secangkir teh tarik panas serta manisnya yang sedang-sedang melengkapkan hiburan kami pada saat itu. Perut kenyang hatipun senang. Alhamdulillah. Pulang sebentar menjenguk ranah asal tentunya satu momen yang sentiasa dinantikan semua. Kesempatan yang tidak selalunya datang ini tentunya dipenuhi sebaiknya. Selain pulang untuk berbakti kepada bonda yang kian uzur, sedikit masa diluangkan bersama sahabat lama, Yanti.
Perancangan asal untuk mencari satar dan otak-otak di Kuala Kemaman terpaksa dibatalkan kerana petang sudah agak lewat. Sebagai alternatif, beliau mencadangkan agar kami singgah sahaja di kedai kopi viral - Kedai Kopi Klasik Kemaman. Oh oh .. saya terasa seperti seorang pelancong di bumi kelahiran sendiri. Dalam keriuhan orang ramai dari segenap pelosok datang mengunjungi kedai unik ini saban hari, saya baru tahu kewujudannya pada hari itu! Masa yang ada terlalu singkat sedangkan perbualan saya dan Yanti rasanya baru masuk ke fasa intro! Terlalu banyak yang hendak dibicarakan. Namun, kerana waktu telah hampir menginjak waktu Maghrib, saya terpaksa memandunya pulang. Benar kata orang, sahabat yang kita kenali semenjak di bangku sekolah merupakan mereka yang paling memahami kita serta sukar dipisahkan. Petang itu, kami benar-benar merindui kehadiran Kamariah, seorang lagi rakan akrab yang seringkali bersama suatu ketika dahulu. Insha Allah .. di lain kesempatan mudah-mudahan ada rezeki untuk kita bersua bertiga. Hasrat untuk berkunjung ke BSTP telah sekian lama tercetus namun seringkali juga masa tidak mengizinkan. Alhamdulillah, kali ini hasrat tersebut telah dapat direalisasikan. Lawatan kerja ke BSTP KPM melibatkan team Business Development, ODL, Micro-credential & Sijil Profesional. Beberapa perkara telah dapat dicetuskan untuk kerjasama seterusnya.
Terima kasih BSTP di atas masa yang diluangkan untuk perbincangan pada hari tersebut. Mudah-mudahan silaturahim yang terjalin akan terus dikembangkan dari masa ke semasa. Di sini, berkesempatan juga untuk bertemu kembali dengan beberapa pegawai yang pernah saya kenali dalam program sebelum ini - en Faridzul dan rakan-rakan. Terasa seperti acara reunion pun ada :D Sudah beberapa kali terjadi apabila dia berhajat turun ke KL, saya akan menghubunginya - seolah-olah tahu akan perkhabaran itu. Saya anggap itu telepati yang kukuh antara kami. Kami menghuni rumah sederhana di pekan Nottingham selama berkelana di bumi ratu. Di hadapan rumah yang kami huni adalah sebuah bar - Colonel Burnaby namanya. Di sebelah barat rumah pula, ada sebuah kedai yang seringkali kami kunjungi untuk top up Lebara - telco murah yang kami gunakan di sana heh! Kenangan itu telah lebih sepuluh tahun berlalu namun alhamdulillah silaturahim masih utuh. Ralat juga kerana di pertemuan kali ini saya tidak berkesempatan untuk membelanjanya makan-makan - cuma secangkir teh adanya. Mungkin masa tidak mengizinkan. Namun sempat juga saling belanja santapan otak di Borders. Selamat menelaah mate .. aku belumpun sempat hehe! Semoga ada peluang ketemu lagi mate!
Syawal telah berlalu namun kami belumpun berkesempatan untuk beraya bersama! Lalu kesempatan yang ada pada Jumaat yang lepas tidak dilepaskan untuk duduk-duduk sebentar sambil menikmati santapan tengahari.
Yanti, Sha & Zul - team ODL yang sentiasa positif dalam setiap apa yang dilakukan. Meski banyak rintangan di sana sini, lompang di kiri dan kanan namun itulah adat dalam perjalanan sebuah program baru saja menapak. Let's make it to the end ladies! Terima kasih di atas persahabatan ini. #odlukm #odlforever Hujung minggu yang agak sunyi dipenuhi dengan acara mencari pengalas perut ketika mentari sudah mula condong. Usia kami tidak jauh berbeza. Malah kami sama-sama bekas pelajar di sekolah yang sama suatu ketika dahulu. Lalu faktor-faktor ini membina kedekatan. Pertemuan semula antara saya dan dia adalah di atas faktor kerja. Double R saya temui di Pusat Kembangan Pendidikan apabila ditempatkan di sana semenjak tahun 2020. Sudah agak lama merancang untuk mengeteh bersama. Acara yang agak adhoc rupanya berhasil. Terima kasih Ta!
|
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |