Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GE2153 Educational Technology
    • GE1155 Komputer dalam Pendidikan
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Kembara

1/5/2018

1 Comment

 
Picture
Kembara itu satu perjalanan kata mereka. Bermula daripada satu titik ke satu titik perhentian yang lain mungkin bermula dan berakhir di dua destinasi yang berbeza. 

Hidup kita juga sebuah kembara sebelum kembali ke negeri abadi. 

Tugas di fakulti banyak menyaksikan kembara para pelajar saya yang pelbagai rencam dan warna. Daripada pelajar prasiswazah sehinggalah kepada pelajar doktof falsafah. Namun mungkin kerana saya punya satu keasyikan apabila bercakap tentang penyelidikan, menjadikan penyeliaan bersama pelajar sarjana dan PhD seringkali menjadi 'hiburan' dan 'makanan' minda. Bukan mudah mendaki sebuah gunung jika tiada kemahiran serta maklumat asas. Malah, kekuatan minda dan fizikal tidak terkecuali. Dan yang paling utama, resilience and determination are among the utmost important elements towards a success! 

Salah seorang pelajar PhD saya - Hairul, mempunyai cadangan penyelidikan yang agak unik kerana beliau ingin mengkaji ciri-ciri penghayatan nilai dalam pembelajaran subjek moral serta melibatkan penyelidikan kajian tindakan dengan menggabungjalinkan elemen teknologi dalam proses keseluruhan aktiviti tersebut. 

Semalam, beliau datang menyerahkan bab 1-3 kepada saya. Kami sempat berbual ringkas di bilik tentang pelbagai cerita. Apapun, teruskan momentum ini, mudah-mudahan dalam masa terdekat, bisa sahaja membuat pembentangan usulan dengan jayanya inshaAllah. 

Terima kasih atas titipan yang indah dan tahniah di atas penerbitan cerpen sebuah kembara! 
Picture
1 Comment

International Conference on Education and Regional Development

11/7/2016

1 Comment

 
Picture
Picture
International Conference on Education and Regional Development atau kependekannya ICERD, telah berlangsung di Universitas Pendidikan Bandung pda 31 Oktober nan lepas. Saya pada awalnya tidak berniat untuk turut serta namun memandangkan seramai empat pelajar sarjana di bawah penyeliaan menyatakan hasrat membentangkan kertas kerja, lalu semangat saya turut tercuit. Rombongan kecil kami hanya sejumlah enam orang. Namun kala menunggu pesawat di KLIA, kiranya lebih 40 peserta ICERD lain turut menjadi penumpang. Meriah! 

Universitas Pendidikan Bandung berlokasi di Setiabudi namun kami mengambil keputusan untuk menginap di Hotel Pasar Baru Square di Jalan Otto Iskandar lantaran jaraknya yang hanya memakan masa 2 minit untuk ke Pasar Baru. Bukan niat utama untuk berhabisan wang rupiah, namun memikirkan bahawa kawasan sekitar itu lebih nyaman untuk bersiar-siar berbanding Setiabudi yang agak jauh dari ribut kota serta sukar pula mencari tempat makan yang enak. Sementelah, saya simpati dengan hasrat anak-anak buah yang pastinya mengimpikan telekung serta segala macam hasil jualan di Pasar Baru (alasan!) lalu kiranya piihan kali ini memang tidak mengecewakan. 

Seminar ICERD yang dijadualkan berlangsung selama sehari setengah akhirnya dipendekkan menjadi acara satu hari. Entah apa penyebab sebenar, hanya pihak urusetia yang lebih mengetahui. Lalu hari kedua yang diperuntukkan untuk seminar harus diisi dengan agenda lain. Syukur kerana supir kami - Fazar sangat baik dan penyabar orangnya. Kami dibawa melawat Farm House serta Floating Market - dua tempat menarik yang belum pernah saya jejaki meskipun pernah dahulunya sampai ke Bandung sekitar tahun 2009. Sempat juga singgah sebentar di Jalan Cihampelas untuk mencari barangan kulit dan malamnya kami mengisi perut kosong di Kampung Daun. 

Kembara kali ini memang menyeronokkan. Mungkin kerana jumlah kami berenam membuat keadaan gamat dan kadangkala gegak gempita! Alhamdulillah, ala kulli hal .. saya kira ini satu aktiviti yang bermakna bukan sekadar untuk mengisi masa terluang namun yang jelas hubungan bersama supervisee saya yang happening sememangnya semakin erat serta membekas di hati. 

Tahniah semua di atas usaha yang diberikan untuk menghasilkan makalah, serta semangat yang tinggi untuk membentangkan hasl penulisan masing-masing dalam persembahan yang terbaik!!! I am really proud of you - Ila, Nad, Syaida, Fiqah! Good job! Terima kasih kasih juga buat En Yusoff selaku 'pengawas' rombongan yang sporting hehehe .. 

Ingatan indah ini akan saya kenang selamanya! 


Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
1 Comment

Menuju Puncak 

7/19/2016

4 Comments

 
Menuju puncak .. gemilang cahaya .. eh tapi bukan akademi fantasia punya cerita .. ini Akademia Nyata! 

Alhamdulillah ala kulli hal .. dua pelajar Sarjana saya dalam program Sumber dan Teknologi Maklumat telah berjaya menyempurnakan penyelidikan dan seterusnya menyiapkan Bab 1 hingga 5 dengan jayanya. Tahniah Nadirah dan Afiqah! Kedua2nya graduan UTM Skudai, datang ke UKM dan kebetulan pula sama-sama di bawah penyelia yang sama :) 

Saya kira kedua2nya punya banyak cerita yang boleh dikongsi .. suka-duka dan jerih-perih yang dilalui pasti menjadi kenangan abadi sebagai seorang mahasiswa sarjana. Gambar di bawah diabadikan sempena hari pembentangan kertas projek 2 baru-baru ini. Sesungguhnya. proses penulisan tidak akan semudah ABC - justeru, banyak lekok dan persinggahan (serta kadang-kadang memerlukan U-turn dibuat) .. namun saya bangga dengan pencapaian keduanya kerana tidak pernah merungut dengan permintaan saya untuk menambah, mengurang di sana sini. 

Semoga Allah memberkati hidup kalian berdua - Nadirah dan Afiqah.
Nantikan foto berjubah oren pula November nanti :)
Picture
4 Comments

Mutiara Masa 

4/26/2016

2 Comments

 


Alhamdulillah sykur kepada Allah jua di atas kurnia kehidupan serta ujian dan nikmat yang datang dan pergi. 

Syukur sekali lagi di atas kurniaan masa yang diberi untuk diisi dengan segala macam perkara - namun aku pohon keampunan dan taubat daripada-Mu ya Allah andai diri ini lalai dari memeprgunakan masa untuk jalan yang diredhai-Mu. 

Ah, April sudah menggulung tirai akhir. Mei bakal menjelma. 2016 sudah habis sepertiga kiranya. Banyak perkara yang berlaku dengan kehendak mahupun sebaliknya. Namun hidup perlu diteruskan jua! 

Saya kira dalam hidup ini, kita perlukan kepuasan kerana orang-orang yang tidak puas hatinya akan berasa kosong dan tidak bermakna. Alhamdulillah di atas kurniaan itu juga, saya mendapat satu hadiah nikmat - nikmat memberi dan kepuasan hati. 

Satu kumpulan kecil pelajar-pelajar saya berkumpul pada pagi ini untuk menelaah satu daripada CAQDAS  (Computer-Assisted Qualitative Data Analysis) yang bernama Nvivo. Kami berbincang tentang bagaimana proses penglahiran tema serta koding, falsafah di sebalik 'grounded apporach' serta bagaimana mengintepretasi data yang diperolehi. Masing-masing kelihatan fokus dan saya mendoakan semuanya berjaya dalam melaksanakan proses penyelidikan dengan bermakna serta membuahkan hikmah (wisdom), amin ...

NOTA BENGKEL BOLEH DIDAPATI DI SINI
2 Comments

Coklat 

1/8/2016

0 Comments

 
Picture
Saya bukanlah penggemar coklat yang tegar meskipun saya gemar membeli cokelat bar jika ke pasaraya namun kebanyakan waktu, cokelat tersebut akan dihabiskan oleh orang lain (suami dan anak!). Sesekali jika datang 'mood' saya juga gemar membakar kek coklat sendiri di rumah. Secara amnya, pengambilan coklat dalam kadar yang tidak berlebihan boleh memberi manfaat kepada tubuh badan kerana kandungan coklat itu sendiri boleh bertindak sebagai penyahoksidan, malah 'dark chocolate' dikatakan mampu merendahkan kadar kolesterol dalam badan dan membantu memperbaik tekanan darah! Di Jerman, satu kajian telah dijalankan di Germany’s Heinrich Heine University di mana peserta kajian dibahagikan kepada dua kumpulan; kumpulan yang diberi makan coklat dan sekumpulan lagi tidak. Kedua-dua kumpulan didedahkan kepada sinaran ultraviolet dan setelah enam minggu, data menunjukkan kumpulan yang diberi makan coklat menunjukkan kulit yang kurang kemerahan akibat pendedahan kepada ultraviolet tadi iaitu sebanyak 15%. Setelah 12 minggu pula, kulit ahli kumpulan kulit pemakan coklat didapati lebih lembap berbanding kumpulan yang tidak memakan coklat. Kesimpulannya, coklat juga baik untuk kulit! Walla! 

Fakta di atas mungkin tidak cukup kuat untuk mendokong aktiviti memakan coklat namun bolehlah digunapakai untuk menyedapkan hati untuk meratah coklat, apatah lagi jika ia percuma hehe .. terima kasih Lee! :)
0 Comments

    Me 

    Picture
    I write whatever comes to my mind. I do write in English but most of the time I prefer to express my thought in Bahasa; just because I am Anak Malaysia :) 
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Blogs that I follow:

    Edutopia
    Center for Teaching 
    Educators Technology
    Jendela Kamila
    Tinta Seorang Wanita 
    PhD Blog 
    Patter
    The Thesis Whisperer
    James Hayton
    ​
    e-Learning Acupunture 
    Mendeley Blog
    Let's View my Blog 
    Google Drive Blog 
    SuperWebsiteBuilder
    ​
    e-learning learning
    Brain Rules 
    Peter Pappas 
    Classroom 2.0 
    ​Scoop.it

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    Announcement
    APRS
    Award
    Bandung
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    E Learning Training
    E-learning Training
    Friendship
    Google Scholar
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Infographic
    Innovation
    Japan
    Life
    Lifo Long Learning
    Love
    Memory
    Missing In Life
    MOOC
    Oath
    Palestine
    Piety
    Pitching
    Praktkum
    Pray
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    Wedding