Menuju puncak .. gemilang cahaya .. eh tapi bukan akademi fantasia punya cerita .. ini Akademia Nyata!
Alhamdulillah ala kulli hal .. dua pelajar Sarjana saya dalam program Sumber dan Teknologi Maklumat telah berjaya menyempurnakan penyelidikan dan seterusnya menyiapkan Bab 1 hingga 5 dengan jayanya. Tahniah Nadirah dan Afiqah! Kedua2nya graduan UTM Skudai, datang ke UKM dan kebetulan pula sama-sama di bawah penyelia yang sama :) Saya kira kedua2nya punya banyak cerita yang boleh dikongsi .. suka-duka dan jerih-perih yang dilalui pasti menjadi kenangan abadi sebagai seorang mahasiswa sarjana. Gambar di bawah diabadikan sempena hari pembentangan kertas projek 2 baru-baru ini. Sesungguhnya. proses penulisan tidak akan semudah ABC - justeru, banyak lekok dan persinggahan (serta kadang-kadang memerlukan U-turn dibuat) .. namun saya bangga dengan pencapaian keduanya kerana tidak pernah merungut dengan permintaan saya untuk menambah, mengurang di sana sini. Semoga Allah memberkati hidup kalian berdua - Nadirah dan Afiqah. Nantikan foto berjubah oren pula November nanti :)
4 Comments
Afiqah
7/20/2016 12:29:25 am
Waaa...terharunya Dr siap tulis dalam blog Dr..semuanya atas bantuan dan doa dr Dr juga spanjang di UKM ni..baanyaaaakkkk sgt Dr dah bantu kami..hanya Allah yg dapat membalas..moga trus mendoakan kejayaan kami pd masa akan dtg..
Reply
Fariza
7/20/2016 05:29:33 am
Fiqah, tidak ada yang lebih membanggakan daripada melihat kejayaan anak-anak didik! Sama-sama .. dan terima kasih juga kerana menunjukkan kesungguhan dan daya tahan yang kuat meskipun banyak perkara yang perlu diubahsuai dalam penyelidikan .. daripada kuantitatif kepada mixed method .. dll .. semoga Fiqah terus berjaya dan kekalkan potensi yang cemerlang ini ye! xoxo
Reply
Nadirah
7/20/2016 02:18:25 am
Terharunye Dr 💞
Reply
Fariza
7/20/2016 05:31:59 am
Nad, sbgmana yang saya katakan dalam komen sebelum ni, tiada yang lebih membanggakan selain melihat kejayaan anak didik! Itulah hadiah paling berharga buat seorang guru!
Reply
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |