Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Lawatan Penanda Aras UMK

12/21/2023

1 Comment

 
Picture
Picture
Picture
UKMShape telah menerima kunjungan hormat dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi tujuan penanda aras. Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk menimba pengalaman dan berkongsi ilmu dalam pengurusan UKMShape bagi meningkatkan jumlah pengambilan pelajar di Pusat Pendidikan Luar UMK (UMKCEE).

Delegasi dari UMK diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Razli Bin Che Razak - Naib Canselor UMK, Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Ashlyzan Bin Razik - Pengarah UMKCEE, Dr. Siti Bahirah Binti Saidi - Timbalan Pengarah UMKCEE dan En. Mohammad Firdaus Bin Nizam - Pegawai Khas Naib Canselor.

UKMShape diwakili oleh Prof. Datuk Muhammad Bin Hussin - Pengarah UKMShape, Prof. Madya Dr. Fariza Binti Khalid - Timbalan Pengarah I (Akademik dan Pengembangan Program) UKMShape dan turut serta adalah Ketua Bahagian UKMShape.

Semoga kunjungan ini memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dan membawa kepada terjalinnya kerjasama yang baik pada masa yang akan datang.
​
#UKM #UKMShape #UMK
1 Comment

Benchmarking Visit- Hanyang University

12/21/2023

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture
The delegation from Hanyang University, South Korea led by Prof. Dr. Sukjoo Bae (Dean of General Graduate School), Mr. Kunsoo Lee (Senior manager of General Graduate School Administration) and Ms Jiyun Lee (Associate Manager of International Affairs, Admission Program) arrived at the Center for Shaping Advanced & Professional Educational (UKMShape) on their first visit to UKM.

Hanyang University has intended this visit to learn more about how the Open and Distance Learning (ODL) program is conducted by UKM.

The session started with a welcoming speech delivered by Deputy Vice-Chancellor Academic & International Affairs, UKM, Prof. Dr Mohammad Kassim and was passed to Assoc. Prof. Dr Fariza Khalid, Deputy Director I (Academic and Programme Extension) to continue sharing more about UKMShape.

Mrs Nurziyanti Mohamed Khan (ODL’s Project Manager) also presented the process involved in developing the ODL’s programs and the journey until UKM is ready to offer the program to local and international students.

The session was continued by a presentation by Hanyang University on their first Online Program to be offered in September 2023.

Sharing the same method of delivery for both programs ODL UKM and Hanyang University welcomed any opportunity for collaboration between UKMShape and Hanyang University in the near future.
​
#UKM #UKMShape #ODLUKM #OpenDistanceLarning #HanyangUniversity
0 Comments

Benchmarking  Visit

11/4/2023

0 Comments

 
Picture
We received another benchmarking visit, and this time, it was from the Centre for Investment, Endowment and Wakaf (CIEW) and the UMS Centre for External Education (PLUMS). 
Among the delegates was Dr Lim, whom I befriended during our trip to Shanghai last September :) It's good to see you gain Dr Lim! 
We exchanged a lot of ideas on the operational issues, especially regarding the governance and human resources of a Strategic Business Unit (SBU). We were so glad to see more institutions coming to UKMShape. Well, sharing is caring, anyway :) ​

0 Comments

Jom  Masuk  UKM

10/20/2023

0 Comments

 
Picture
Acara tahun ini berlangsung di DECTAR, namun barangkali kerana acara berlangsung semasa cuti semester, kehadiran tidak semeriah tahun sudah. Anyway, syabas buat semua warga UKMShape di atas kerjasama erat semua dalam menjayakan aktiviti pada kali ini. 

"If you want to walk fast, walk alone. But if you want to walk far, walk together.”
0 Comments

Lawatan  Penandaaras  Universiti Malaysia Kelantan

8/27/2023

0 Comments

 
Picture
23 Jun 2023 | Jumaat

UKMShape menerima lawatan penandaarasan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi sesi perbincangan berkenaan sistem yang digunapakai, kawalan sistem, struktur penawaran program, modul, pengurusan pelajar dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Kunjungan diketuai oleh Ts. Dr. Hasnita Binti Che Harun, Pengarah Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ), diiringi Prof. Madya Dr. Noorul Azwin Binti Md Nasir, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ) dan Dr. Nor Hafiza Binti Othman, Ketua Bahagian ODL Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ).
​
Manakala, UKMShape diwakili oleh Prof. Madya Dr. Fariza Binti Khalid, Timbalan Pengarah I (Akademik & Pengembangan Program) dan disertai oleh Puan Nurziyanti Binti Mohamad Khan, Puan Ardilla Binti Muhammad Asri, Puan Zulfarina Binti Zulkeple, Puan Wan Nor Syahira Wan Ali dan Cik Normazwina Balqis Mokhtar dari unit ODL UKMShape.
0 Comments

Tamu di Tamu Hotel

2/21/2023

0 Comments

 
Picture
Picture
Meraikan tetamu yang datang dari jauh - TNCHEAA UNIMAS Prof Dr Hata dan Prof Puah dari UBS di Tamu Hotel semalam. 

Perbincangan banyak berkisar tentang program franchise lalu saya turut membawa team Pembangunan Perniagaan ke meja perbincangan santai agar lebih banyak info dapat dikongsi bersama. Meski mengharungi lautan kereta di sepanjang perjalanan di kala senja merangkak tiba .. alhamdulillah hidangan mee mamak yang saya pesan agak menyelerakan :) 

Mudah-mudahan perbincangan ini dapat disusuli dengan kerjasama strategik antara kedua belah pihak - UKM dan UNIMAS. 
0 Comments

Bengkel Pelan Strategik

1/11/2023

0 Comments

 
Picture
Bab 2022 telah selesai. 
Kini tahun baharu 2023 perlu diberi perhatian. 
Terlalu banyak impian dan harapan yang diletakkan untuk tahun ini khususnya dari sudut penjanaan dan kualiti program tentunya. 

Sinergi antara setiap projek amat perlu demi menjamin kestabilan dalam proses pengoperasian serta lebih penting adalah bagaimana semua bahagian dan projek dapat berjalan sederap ke arah pencapaian objektif yang disasarkan. 

Syabas buat semua team yang menunjukkan kreativiti serta daay saing yang tinggi serta iltizam yang kukuh. Mudah-mudahan momentum ini dapat dikekalkan sepanjang tahun 2023 :) 
#UKMShape  
Picture
0 Comments

Sijil  Profesional  Pendidik  Abad  ke-21

11/16/2022

0 Comments

 
Picture
Picture
Catatan tertangguh. 

Syukur alhamdulillah perancangan untuk melaksanakan Sijil Profesional Pendidik Abad ke-21 (21st Century Educators) akhirnya berjaya direalisasikan.

Apakah beza antara Sijil Profesional dengan kursus pendek biasa? 
Untuk makluman semua, Sijil Profesional merupakan program pendidikan bukan formal (non- formal education) berbentuk pembangunan pengetahuan dan kemahiran setaraf dengan Tahap 4-7 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) yang ditawarkan untuk memberikan nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran ikhtisas dan profesional individu untuk melaksanakan tugas tertentu. Dengan erti kata lain, mereka yang mengikuti Sijil Profesional dijangka akan dapat mempertingkat kemahiran yang khusus dalam bidang pekerjaan yang berkaitan. 

Kumpulan pertama yang mengikuti Sijil Profesional Pendidik Abad ke-21 ini adalah dalam kalangan pensyarah di bawah institusi MARA. Pelaksanaan SP ini telah dijalankan secara hibrid di mana kami bertemu secara bersemuka selama tiga hari dan seterusnya para peserta akan melalui proses pembelajaran kendiri di LMS yang telah disediakan. Sebagai tugasan yang melayakkan mereka dianugerahi Sijil Profesional Pendidik Abad ke-21, para peserta dikehendaki mendemonstrasikan kemahiran mereka dalam merancang, melaksana serta menilai semula keseluruhan proses yang telah di ambil. 

​
Picture
0 Comments

Makan  malam & pelancaran

10/19/2022

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture
Pelancaran International English Test telah disempurnakan di Bangi-Resort Hotel oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi. 
0 Comments

Tourism Malaysia Brunei

10/15/2022

0 Comments

 
Picture
Picture
Alhamdulillah, silaturahim yang dibina semasa perkenalan kami di Bandar Seri Begawan Ogos yang lalu akhirnya ditautkan lagi dengan perbincangan dengan satu projek khas - EduTourism. 

Projek ini akan dikendalikan oleh UKMShape di bawah projek khas namun akan dilaksanakan bersama dengan team marketing dan business development kami. Saya hanya selaku pemudahcara serta membantu aspek reka bentuk program serta pengisian yang ditawarkan. 

Pertemuan maya ini telah tertangguh kerana memberi laluan kepada persiapan majlis Pelancaran International English Test. Namun syukur perbincangan telah berjalan dengan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Latifah Dato' Hj Ismail, Timbalan Pengarah Malaysia Tourism Promotion Board yang turut sama sudi menjemput kami untuk menyertai Sabre Brunei Travel Fair 2022. InshaAllah UKMShape akan berkunjung ke sana untuk mempromosikan program Edutourism yang kami bangunkan khusus untuk pelajar-pelajar Brunei serta anak-anak ekspatriat di sana. 

#hasbunallahuwani'malwakil 

0 Comments

Brunei Darussalam

8/25/2022

0 Comments

 
Picture
Kunjungan ini merupakan kali kedua saya menjejakkan kaki di Brunei Darussalam. Kali pertama adalah pada tahun 2016, di mana saya terlibat sebagai jawatankuasa kerja untuk Wacana Pendidikan Islam anjuran fakulti. Dan kali ini saya bersama Jureena dari bahagian pemasaran UKMShape untuk acara Education Fair yang turut dijalankan di hotel yang sama - Centre Point Hotel. 

Sehari sebelum acara utama, kami berkesempatan mengunjungi pejabat Malaysian High Commision untuk minum petang bersama TYT Dato' Raja Reza bin Raja Zaib Shah.  
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
It was a long day, and we were so delighted to see many visitors coming to the UKM booth. It was rewarding when we managed to close the deal with three candidates who applied for UG and PG programs on the spot. Time flew extremely fast - I didn't realize it was 5.00 o'clock already when it was time to wrap up. But it was not the end of the day. We later had dinner with Malaysian University alumni. 
Picture
Picture
Esoknya berkesempatan untuk mencuba Nasi Katok. Terima kasih Steve, yng sudi membawa kami makan tengahari dan tak lupa hmm .. untuk singgah di kedai kain. 
Picture
Malam sebelum pulang menapak sedikit di sekitar hotel penginapan. hasrat untuk mencari ambuyat terkubur apabila restoran yang dituju tutup pula. Lalu rezeki kami di WyWy restoran. 
Picture
Keberangkatan pulang diiring acara makan pagi bersama Imam Wafi yang sudi mampir ke airport. Segak sungguh ustaz berbaju Melayu serba putih sebelum menyertai acara khatam Al-Quran jam 11 pagi. Terima kasih ustaz belanja murtabak. 
Picture
Picture
0 Comments

Meraikan kunjungan

7/2/2022

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture
Adat bersilaturahim, ziarah menziarahi.

Alhamdulillah, kami menerima kunjungan daripada Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA yang sudi menjejakkan kaki ke UKM untuk perbincangan lanjut tentang penawaran Sijil Profesional untuk tenaga pengajar institusi di bawah  MARA. InshaAllah, langkah selanjutnya akan dilaksanakan sebaiknya. 

Terima kasih Puan Yusnita -  
Timbalan Pengarah II Pengajian BKT dan YM Pn Raja Marini - Penolong Pengarah Pengajian BKT yang telah sudi mampir ke kampus Bangi. Harap tidak serik untuk berkunjung kemari :) 
0 Comments

Dari jauh membawa harapan

6/25/2022

0 Comments

 
Picture
Meski arahan diterima dalam tempoh yang sangat singkat, tanggungjawab perlu dilunasi. Sabtu nan hening, saya memandu ke Parit Sulong. Mujur Double R sudi menemani. Dari jauh membawa harapan. Syukur, perbincangan ringkas memberi ruang dan jalan. Terima kasih Dato VC, serta Dr Zab yang baik hati. More to go!
Picture
Tiba di Putrajaya perut menyanyi. 
Singgah di Shaftsbury, mencari McD :D 
Picture
0 Comments

PTPTN

6/25/2022

1 Comment

 
Picture
Picture
Syukur, kunjungan kerja ke pejabat PTPTN berlangsung lancar. Saya bersama team UKM-Care, Business Development serta Kewangan dan ODL membawa beberapa hasrat, antaranya untuk merundingkan potensi pelajar-pelajar dari program ODL untuk layak menerima pinjaman daripada PTPTN serta meneroka peluang untuk bekerjasama dalam penawaran sijil profesional serta program akademik. 

Terima kasih tuan rumah di atas layanan yang baik serta masa yang diluangkan untuk pertemuan sebegini. 
1 Comment

Bahagian  Sumber  dan  Teknologi  Pendidikan

6/21/2022

0 Comments

 
Picture
Picture
Hasrat untuk berkunjung ke BSTP telah sekian lama tercetus namun seringkali juga masa tidak mengizinkan. Alhamdulillah, kali ini hasrat tersebut telah dapat direalisasikan. Lawatan kerja ke BSTP KPM melibatkan team Business Development, ODL, Micro-credential & Sijil Profesional. Beberapa perkara telah dapat dicetuskan untuk kerjasama seterusnya. 

Terima kasih BSTP di atas masa yang diluangkan untuk perbincangan pada hari tersebut. Mudah-mudahan silaturahim yang terjalin akan terus dikembangkan dari masa ke semasa. 

Di sini, berkesempatan juga untuk bertemu kembali dengan beberapa pegawai yang pernah saya kenali dalam program sebelum ini - en Faridzul dan rakan-rakan. Terasa seperti acara reunion pun ada :D  
Picture
0 Comments
<<Previous
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    March 2025
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    August 2023
    May 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKEPT
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Benchmark
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campus Life
    Campuslife
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro Credential
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Visit
    Viva
    Wedding