Meski sering makan-makan bersama staf UKMShape, namun acara khas yang dirancang sebegini jarang-jarang berlaku. Alhamdulillah meski dalam keadaan penuh kesederhanaan, acara ini mengukuhkan lagi ukhuwwah antara semua.
Inilah wajah-wajah hero heroin saya yang menjadi tulang belakang kepada kebanyakan urusan di UKMShape. Mereka ini jugalah yang sama-sama telah memerah tenaga secara 'terkejut-terkejut' apabila wahyu tiba-tiba turun tanpa diduga. Tahniah dan syabas buat semua rakan-rakan saya di UKMShape yang telah berjaya menyiapkan kertas kerta Pewujudan Kampus Satelit di Johor dan akhirnya diterima pihak menteri kita YBM Dato Seri Noraini Ahmad. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, dan mudah-mudahan kerja yang ikhlas ini diberi ganjaran kebaikan. Mohon dijauhkan kita semua daripada sifat mazmumah dalam pekerjaan ameen ...
0 Comments
Catatan tertangguh.
Semua pihak yang menyumbang kepada penjanaan universiti telah dijemput berkampung di Port Dickson untuk menyampaikan pembentangan masing-masing berkaitan strategi dan perancangan dalam menghasilkan penjanaan buat universiti watan tercinta. Antara SBU yang terlibat termasuklah UKMShape, UKM Holdings, UKM Pakarunding, UKM Kesihatan, UKM UNIPEQ, serta UKM-GSB. UKMShape atau Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional tidak terkecuali untuk memenuhi agenda. Malah kehadiran UKMShape tentulah merupakan sesuatu yang amat signifikan kerana SBU inilah yang saban tahun menyumbang kepada penjanaan pendapatan tertinggi untuk UKM. Agenda ini merupakan satu amanah yang berat dan perlu direalisasikan sebaiknya. Setiap SBU mempunyai peranan masing-masing serta skop yang tersendiri. Mendengar sendiri pembentangan daripada pihak lain banyak memberi insights kepada kefahaman saya sendiri tentang tanggungjawab dalam penjanaan ini. Saya juga mengutip beberapa mutiara berharga daripada pembentangan tersebut. Malah, setiap kelemahan dalam perincian dan strategi yang dikupas serta diberi komen untuk beberapa SBU lain menjadi satu sempadan yang perlu dielakkan. Lokasi bengkel juga menarik. Malangnya, keindahan tersebut tidak dapat dikongsi bersama keluarga. My other partner pada kala itu sedang sibuk berbengkel Pelan Strategik bersama pengarah-pengarah hospital universiti di Sabah. Begitulah. Masing-masing dengan komitmen sendiri. Semoga Allah permudahkan jua. Ameen. Kisah semalam. Dijemput ke Pengajaran UKM oleh orang kuatnya cik Jamilah a.k.a Cik Jem. Turut memeriahkan perbincangan adalah PM Dr Roziah - Pengarah PJK, Timbalan Pengarah Pembangunan Kurikulum yang baharu - PM Dr Zulkefli, Dr Laili dari GSB dan Pn Yanti, Project Manager untuk ODL UKM. Ada beberapa perkara yang diperhalusi dan cuba dihadam. Meski ada kesangsian tentang penggunaan istilah Semakan Kurikulum untuk program ODL (yang sepatutnya mengikut MQA adalah dianggap program baharu) kami sepakat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Seperti biasa bila group ini berkumpul, hal-hal lain lebih banyak daripada agenda utama! Namun slot petang semalam bagi saya adalah satu sesi yang bermakna buat semua PTj terlibat - UKMShape, Pengajaran UKM dan Pusat Jaminan Kualiti UKM. Alhamdulillah terima kasih semua, semoga apa yang kita kerjakan sebagai satu amanah diganjari dengan kebaikan dan redha-Nya jua. Setiap perkara yang hendak dilaksanakan perlulah dirancang dengan teratur dan berhemah. Sebagai persediaan awal sebelum pembentangan kepada Naib Canselor pada 12 & 13 Februari 2022, kami terlebih dahulu berbengkel seharian di Le Meridien IOI City bersama dengan semua Pengurus Projek bagi meneliti Pelan Strategik projek masing-masing di samping menyelaras bilangan unjuran pelajar serta pendapatan dapat dihasilkan secara sinergik.
Tahniah kepada semua pengurus projek yang jelas komited dalam tugas yang diberi. Terlalu banyak perkara yang hendak dilaksanakan. Too many thing yet too little time! Apapun, masa yang sempat diluangkan bersama rakan-rakan UKMShape tentunya memberi semangat yang lebih segar mudah-mudahan. Merenung kembali geran penyelidikan yang diperolehi masih belum digerakkan lagi sedangkan 2022 telah hampir mencecah bulan ke tiga! Semoga Allah permudahkan segala urusan kami ameen. Telah berlangsung beberapa purnama yang lalu namun seperti biasa, catatan tertunda! Bengkel Perancangan Strategik - sesuai dengan namanya menuntut pemikiran dan rasional agar selari dengan hala tuju UKMShape. Bengkel selama empat hari dihadiri oleh semua Ketua Projek dan ahli-ahlinya mengikut giliran penjadualan. Sebagai output, setiap projek perlu mengemukakan pembentangan bagi pelan strategik masing-masing sebagai batu asas dalam pelaksanaan dan pengoperasian. Sebagai salah satu project-based unit semenjak awal penubuhannya pada awal Januari 2021, ODL terus melangkah ke hadapan dengan pelbagai inisitaif bagi memastikan pengembangan dan pembangunan program dapat ditingkatkan. Syabas Yanti selaku Project Manager. Ada sesuatu yang menarik di sini. Lihatlah kreativiti mereka! Sarung tangan plastik yang dibekalkan semasa makan tengahari dijadikan bekas untuk menceduk jajan hehe ..
Maaf, catatan ini sudah terlebih dari basi. Namun kerana ini sahaja ruang yang ada untuk saya mencoret lalu hal ini perlu saya teruskan pengkisahannya.
Ya, kami kehilangannya. Instructional Designer pertama untuk Unit ODL - Sheril akhirnya meninggalkan UKM. Saya tidak mahu menghalang pemergiannya kerana pada hemat saya hijrah yang dilakukan adalah ke arah peningkatan profesionalism yang bermakna. Mudah-mudahan niat untuk menjadi seorang pensyarah yang penuh wibawa dan hikmah akan dapat digapai dengan jayanya! Saya juga mendoakan pada suatu hari kelak saya akan dapat bertemu dengan Dr. Sheril Syazwani! Begitu banyak baktinya buat ODL - satu program yang asing bagi kebanyakan orang khususnya di UKM ini namun kemasukan Sheril ke Pusat Kembangan Pendidikan bukanlah secara kebetulan. Proses temuduga yang berlangsung dari pagi hingga ke petang menuntut jawatankuasa pemilih (pada ketika itu dipengerusikan oleh mantan Pengarah PKP - Prof Norhamidi, dianggotai bersama oleh PM Dr Faidzul, saya, serta wakil dari Bendahari serta Jabatan Pendaftar) membuat pertimbangan yang teliti. Namun pengalaman yang berkait rapat dengan pengendalian LMS untuk program ODL akhirnya memancing kami untuk sebulat suara memilihnya sebagai calon pilihan. Alhamdulillah, beliau menerima tawaran lalu bermulalah perjalanan program ODL yang panjang lagi berliku. Unit ODL bertambah lagi keahliannya setelah Yanti, Pengurus Program melaporkan diri selang tidak lama selepas Sheril. Pada ketika itu kami bertiga bekerja rapat dalam hal-hal berkaitan ODL, disokong pula oleh Dr Faidzul dan Dr Zainol yang tidak jemu memerah otak untuk sama-sama mereka bentuk program ODL UKM yang julung-julung kalinya dibangunkan. Sebagai ID, tugas beliau banyak berkisar tentang penghasilan storyboard untuk bahan pembelajaran sokongan serta memberi penasihatan tentang penulisan modul bertulis kepada pakar kandungan yang terlibat. Ternyata pemergian Sheril yang belum diisi sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada keseluruhan perjalanan pembangunan program ODL. Mungkin apa yang terjadi ada hikmahnya. Tarikh sasaran untuk memulakan program ODL pada Januari 2022 tidak tercapai jua kerana faktor-faktor di luar kawalan. Tarikh-tarikh mesyuarat yang ditangguh beberapa kali di peringkat UKM mahupun KPT antara sebab perancangan awal terpaksa dilupakan. Namun seperti yang saya katakan tadi, semua yang terjadi ada hikmahnya. Di saat-saat kami kehilangan seorang ID, tempoh persediaan secara tidak langsung menjadi lebih panjang, lalu ada lah ruang untuk bernafas alhamdulillah. Sheril, Saya rakamkan ucapan jutaan terima kasih buat Sheril di atas segala kepakaran yang dicurahkan serta komitmen yang tinggi yang telah ditunjukkan. Sheril merupakan seorang pekerja yang tahu skop tugasannya, tidak menunggu disuruh berkali-kali. Sekali arahan diberi, pasti akan siap. Inilah nilai profesionalisme yang harus diikuti oleh semua. Punctuality, accountability serta tidak culas/curi tulang dalam waktu bekerja, menjadikan beliau mempunyai status tersendiri di mata saya. Semoga Sheril gembira dan tenang di tempat kerja yang baharu. Jarak yang jauh bukanlah pemisah. Semoga akan ada ruang untuk kita berjumpa lagi di lain masa Insha Allah. |
Archives
May 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |