Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Kunjungan dari dekat

11/26/2019

0 Comments

 
Picture

Sebenarnya sudah beberapa minggu saya dihubungi Rina, pelajar Sarjana Teknologi Pendidikan dari UPM yang menyatakan hasrat untuk datang bertemu saya di FPend UKM. Namun kerana komitmen yang lain, pertemuan ditangguh-tangguh pula. Hari ini akhirnya kami bertemu mata. Rina datang bersama rakannya Ari dari program yang sama. Mereka datang dengan hajat mendapatkan buku penulisan para pelajar Sarjana saya dari kursus Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat.

​Semoga pembacaan kalian membuahkan hasil dan boleh dijadikan asas ilmu dalam bidang yang diterokai! All the best buat kedua-duanya! 

0 Comments

UKM  di  Angkasa

11/23/2019

0 Comments

 
Picture
Picture

Floor Manager. Itulah amanah yang dipikul untuk acara peringkat kebangsaan ini. Sehari sebelum majlis rasmi, kami berkampung di DECTAR bersama Dato' Sheikh Muszaphar demi memastikan aturcara yang dirancang terlaksana dengan jayanya. 

Bukan mudah apabila ada saja isu teknikal serta persediaan yang tidak dapat disiapkan mengikut tarikh yang sepatutnya. Rehearsal penuh tidak dapat dilakukan pada petang 18hb kerana berkait rapat dengan pihak luar. Kami pulang dengan rasa sebu perut kerana kerisauan. 

Awal pagi 19hb, saya memasuki dada DECTAR dengan harapan satu raptai penuh dapat dilunasi sebelum acara perasmian sebenar, namun separuh dewan telah dipenuhi para pelajar menyebabkan hasrat itu terpaksa dikuburkan. 

Alhamdulillah, dalam debar yang bersenandung, acara perasmian berjalan lancar jua. Namun tugas berlarutan hingga ke petang. Paling penting adalah memastikan setiap acara dilangsungkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Syukur semua ahli jawatankuasa yang lain memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi. Tahniah buat semua! 

Acara ini merupakan sesuatu yang sangat bermakna khususnya buat para pelajar sekolah yang hadir membanjiri DECTAR. Dianggarkan 2000 hadirin memenuhi dewan pada tarikh itu. Saya kira bicara motivasi daripada Dato' Sheikh Muszaphar turut memberi impak kepada golongan ini. TIdak ketinggalan booth sekitar luar dan dalam DECTAR serta Mini Planetarium yang gah berdiri dan sentiasa penuh dengan pengunjung - sehingga kami pun tiada berkesempatan untuk menjengah masuk ke dalam perut planetarium lantaran kunjungan yang tidak putus daripada para peserta. 

Penat tetapi puas. Itulah perasaan kami apabila segala penat lelah membuahkan hasil yang memberangsangkan. Penghargaan juga buat rakan floor manager yang begitu berdedikasi - Dr Hazrati dan En Mohd Syazwan. Thumbs up to all of you :) 


Picture
Picture
Picture
0 Comments

Malaysia on the Cusp of Hyper-Connectivity Symposium

11/23/2019

0 Comments

 
Picture
Barangkali inilah penutup tirai 2019 buat saya menghadiri sebarang seminar atau simposium justeru jadual di sepanjang Disember nampaknya semakin padat. Undangan daripada pihak MCMC (Malaysian Communication and Multimedia Commission) saya penuhi kerana pengisiannya yang begitu menarik malah terkait juga dengan bidang kajian yang sedang saya jalankan iaitu Keselamatan Siber dan Digital Citizenship. 

Tidak ramai wajah yang dikenali dalam kalangan mereka yang hadir. Namun, rezeki juga saya dapat bersua dengan sahabat dari UIA, Dr Rosemaliza dan rakan-rakan, selain bersama Syaida, pelajar PhD saya yang juga sedang menjalankan penyelidikan berkaitan kesedaran Keselamatan Siber. 

Pembentangan selari di sebelah petang turut menarik minat. Tahniah kepada semua penyelidik yang membentangkan  hasil kajian mereka. Inilah yang saya gemari kala menghadiri majlis ilmu seperti ini kerana ia mampu meluaskan horizon pemikiran serta memberi ruang untuk networking serta penyelidikan!
Picture
Picture
0 Comments

Makan Malam Sarjana Eksekutif

11/5/2019

2 Comments

 
Picture
Tahun ini berkesempatan bersama-sama menghadiri majlis makan malam bersama para pelajar sarjana eksekutif Fakulti Pendidikan. Tempatnya tidaklah jauh .. di Hotel Puri Pujangga jua adanya :D

Mencari kelibat pelajar-pelajar yang pernah saya kenali. Masih ada yang ingat kepada saya meskipun pertemuan kami hanya satu semester sahaja. Terima kasih di atas ingatan :) 
Picture
Picture
Picture
Picture
Di majlis ini juga berkesempatan meluangkan masa bersama tiga jejaka di atas ini antaranya perihal menyambung pembelajaran di peringkat PhD. Kagum saya dengan semangat mereka yang membara. Ayuh anak muda, ambillah peluang ini sementara momentum masih ada. Bersembang lebat, hingga alpa akan masa. Tau-tau, rakan sekereta sudah membimbit beg saya mahu diajak pulang! 

All the best Fattah, Amizan dan Safuan! 
p/s: Terima kasih Fattah atas oleh-ole ingatan :) 
2 Comments

Majlis  Pengiktirafan  dan  Pemakaian  Jubah  2019

11/5/2019

0 Comments

 
Picture

ALHAMDULILLAH.
Selesai jua majlis Pengiktirafan dan Pemakaian Jubah Graduan PhD Fakulti Pendidikan untuk tahun ini. Seramai 48 graduan PhD dan seorang graduan Doktor Pendidikan Tinggi dianugerahi Ijazah. Empat orang daripada mereka turut menerima Anugerah Graduate on Time, manakala seorang menerima Anugerah Penerbitan dan seorang lain Anugerah Inovasi. Syabas dan tahniah buat semua graduan serta penyelia masing-masing. 

Sebagai salah seorang tenaga kerja untuk menjayakan majlis ini tentulah hati saya berdebar-debar jika ada sebarang ralat. Namun alhamdulillah, majlis berjalan lancar meskipun ada sedikit kekurangan di sana sini, saya merafa'kan syukur jua. 

Tahniah sekali lagi buat semua. 
Gelaran Dr. di pangkal nama bukan sekali untuk bermegah, namun itukah permulaan sebuah perjalanan yang panjang sebagai seorang sarjana dalam bidang masing-masing. Selamat maju jaya semua :) 
​


0 Comments

Di sebalik tabir  . . .

11/5/2019

0 Comments

 
Picture

Alhamdulillah ini tahun ke-2 saya ditaklifkan untuk menyelaras gerakerja Majlis Pengiktirafan dan Pemakaian Jubah Graduan PhD Fakulti Pendidikan. Tulang belakang utama tentulah staf yang menguruskan hal ehwal siswazah yang sentiasa komited dan tahan uji! 
Picture
Dari kiri: Siti, Sue, Fariza, Nadia, Zurah dan Anaqhi

Tahun ini kami turut melibatkan ahli jawatankuasa dalam kalangan pelajar siswazah di bawah naungan Persatuan Siswazah. Terima kasih semua di atas kerjasama yang sangat tip-top! Nanti kita belanja eh! :D 
PictureMesyuarat bersama Persatuan Siswazah yang sporting!

Jujurnya, perancangan majlis untuk tahun ini telah mula digerakkan sekitar bulan Julai lagi. Urusan mendapatkan sebutharga, serta keputusan yang perlu diambil berdasarkan hasil post mortem untuk majlis pada tahun lepas tidak lupa dirujuk. Meski dalam kesibukan mengendalikan urusan siswazah (viva, pemilihan pelajar, pendaftaran dan sebagainya) kami bergerak secara simbiosis. Hanya sedikit arahan yang perlu saya berikan - kerana mereka ini tahu apa yang perlu dibuat. Aahah!! Sukanya hatiku! ^___^ 

Gambar di bawah pula kejadian sehari sebelum majlis robing diadakan. Kami mengadakan raptai dan menunggu bunga-bunga segar yang ditempah siap disusun indah. Dalam masa yang sama, backdrop juga baharu dinaikkan. Bukan mudah walaupun acara esoknya hanya memakan masa beberapa jam! 
Picture
Menunggu hingga lewat petang .. tiasa masalah! yeayy!
Picture
Pemasangan backdrop
Picture
Gadis dan bunga :)
Tiada niat untuk bermegah, sebaliknya sebagai tanda penghargaan paling dalam buat semua yang namanya tercatat di bawah. Jentera yang sememangnya ampuh dan berkemampuan tinggi. Mungkin kerana pengalaman lepas yang banyak membantu, setiap perkara dapat dilaksanakan dengan lancar alhamdulillah .. mereka inilah tulang belakang saya! Tanpa mereka, majlis ini tentu penuh dengan kekurangan. My heartfelt thanks to all! 
Picture
Picture
Tahun ini juga, saya tiada anak PhD yang terlahir. Insha-Allah tahun hadapan, tujuh anak PhD akan naik ke pentas. Saya menunggu-nuggu saat itu sebagai hadiah buat saya pada tahun terakhir sebagai Ketua Program PhD, amin! 

0 Comments

Bengkel  Pelan  Strategik  FPend  2019 - 2021

11/5/2019

0 Comments

 
Picture
Ini acara fakulti. Saya sering diajar bahawa sebagai warga, adalah tanggungjawab setiap ahli untuk menjayakan apa jua aktiviti dan agenda fakulti yang dinaungi. Lalu dalam sesibuk manapun jadual peribadi, hal yang satu ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja. 

Sebahagian besar hadir dalam acara yang bertempat di Puri Pujangga ini. Kami terpecah kepada lima kumpulan kecil yang masing-masing bertanggungjawab menghasilkan pelan strategik bagi setiap aspek termasuklah Penerbitan, Akademik, Antarabangsa, Bakat dan Kewangan. 
Picture

Saya berada di kumpulan Penyelidikan dikepalai oleh Prof Kamisah  bersama beberapa ahli yang lain. Perancangan hendaklah strategik, selain bersifat logik dan boleh ditangani. Mudah-mudahan apa yang dirancang bakal dilaksanakan dengan jaya :) 
Picture
0 Comments

Round  Table Session

11/5/2019

0 Comments

 
Picture
Ini satu amanah yang berat. Bermula dengan penghasilan 'best practice model', kami beralih kepada pembangunan Model Kelestarian Pusat Internet sebagai respons kepada permintaan daripada pihak MCMC sendiri yang menginginkan satu model yang boleh diusulkan untuk kelestarian Pusat Internet. 

Untuk tujuan ini, para ahli penyelidikan bertungkus-lumus memerah idea dan pemikiran dalam beberapa siri perbincangan untuk menghasilkan satu kerangka model untuk dibincangkan dan dipersetujui dalam sesi Persidangan Meja Bulat. 

Kami meneliti beberapa sustainable models yang berkaitan dengan kelestarian sesebuah sistem khususnya yang ada kena mengena dengan Pusat Internet atau Telecentre. 

Kami turut memutuskan untuk menggunakan pendekatan 
Modified Nominal Group Technique (NGT) untuk menentusahkan elemen-elemen dalam model yang dicadangkan berbanding Classic NGT. Setelah selesai proses Modified NGT dijalankan di sebelah pagi, sesi undian (voting) menggunakan perisian Interpretive Structural Modelling (ISM) dilaksanakan di sebelah petang. 

Alhamdulillah, banyak input yang diterima malah tidak ketinggalan ada isu yang agak kontroversi terpaksa disentuh demi mencari jalan terbaik. Kudos kepada semua pakar yang sudi hadir dan berkongsi maklumat serta buah fikiran .. kami benar-benar menghargainya. Tanpa input sedemikian, tiadalah maknanya Persidangan Meja Bulat ini. 

Kudos juga buat semua ahi penyelidik serta team daripada TM dan MSD di atas kerjasama yang tidak pernah berkurangan semenjak dari awal penyelidikan! 



0 Comments
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    March 2025
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    August 2023
    May 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKEPT
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Benchmark
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campus Life
    Campuslife
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro Credential
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Visit
    Viva
    Wedding