Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GE2153 Educational Technology
    • GE1155 Komputer dalam Pendidikan
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

It's thought that counts!

1/5/2018

0 Comments

 
Picture
Duh, tidak terasa masa yang berlalu. Kiranya masih terngiang-ngiang bagaimana saya meluangkan masa bersama Syamimi untuk latihan praktikum serta penyelidikan ilmiahnya. 

Seorang pelajar yang tekun sekali dalam setiap aspek tugasan yang diberi. Malah berkaliber serta mempunyai 'roh' sebagai seorang guru yang tidak dapat disangkal lagi. 

Pertama kali saya melihat beliau mengajar di hadapan kelas, rasa kagum menguasai diri. Kepetahan berbicara, kebijaksanaan mengawal kelas serta kemampuan untuk membidik rasa bosan pelajar ternyata menjadi penawar mujarab sehingga setiap kali Teacher Mimi (panggilan  oleh pelajar-pelajarnya) melangkah masuk ke kelas, seakan menjadi satu saat yang ditunggu-tunggu. 

Syabas sekali lagi Mimi, kerana bukan sahaja berjaya mendaki pentas konvokesyen baru-baru ini, malah kerana berjaya merangkul gred A untuk praktikum mengajar - satu pencapaian yang harus dibanggakan, sesungguhnya. 

Mimi datang menjenguk saya di pejabat tengahari tadi untuk menghantar hardbound tesis beliau tentang TPACK. Sungguh manis sekali apabila dia sekaligus membawa pasta enak dari dapur hasil air tangannya sendiri untuk saya. Rasanya enak sekali - ternyata gadis ini bukan sahaja bijak sebagai seorang guru, malah sempurna pula di dapur :) 

Saya lalu mengajaknya mengisi perut kosong dengan beriyani gam sambil berbual panjang tentang kerjaya dan hidup. Semoga bicara tidak formal tadi memberi ilham dan suluh terang buat Mimi dalam mengharungi profesion keguruan. 

Kalian, 
Seorang pendidik bukanlah mahu disanjung dipuja. Namun sedikit ingatan ikhlas daripada bekas pelajar adalah satu hadiah yang paling bermakna! Di kala kalian telah berjaya merangkul segulung ijazah, tidak kira ijazah pertama, kedua atau ketiga, kenangilah mereka yang selama ini mendokong proses jatuh bangunmu. Janganlah menjadi menusia yang lupa diri serta tidak mahu mengenang susah payah sebelum kamu berjaya. It doesn't take you thousand dollars to be nice and grateful! Hanya sekeping hati dan sebuah ingatan, itu lebih daripada memadai. 

Seorang sahabat pensyarah di fakulti pernah menyebut kepada saya - ada dalam kalangan pelajarnya yang telah tamat belajar berubah seratus peratus seolah-olah dirinya tiada nilai dan bakti setitikpun. Sesekali dia menghubungi bekas pelajar-pelajarnya, tiada yang mahu membalas mesej atau panggilan. 

Ujar saya, usah dikenang usah dipinta kebaikan orang. 
Hidup ini umpama roda. Namun jeritnya - 'aku terasa!' lalu segera saya menarik tangannya mencari secangkir teh buat ubat penenang jiwa ^_^
Picture
0 Comments

Idul Fitr 

7/1/2016

0 Comments

 
Picture

Pantas sekali. Idul Fitri 1437H datang apabila tiba masanya. 
Kampus lengang seperti lepas perang. Semua warga telah berlari pulang penuh keriangan. Awas, jangan ada yang mahu cuba-cuba bermain mercun! 

Kesempatan ini ingin saya rangkul. Sepuluh jari disusun, mohon kemaafan buat semua jika ada yang terkurang atau terkasar bahasa. Adapun kita, manusia biasa. Khilaf itu mainan jiwa. 

Salam Idul Fitr. 
Maaf zahir dan batin :) 
0 Comments

Atifah-Hafifi

12/4/2014

0 Comments

 
Cuti hujung tahun selain sinonim dengan tengkujuh yang bermukim di Pantai Timur, juga sebaris dengan kenduri-kendara di sana-sini. Cuti kali ini, keluarga saya menerima seorang ahli baru, Hafifi. Saya pulang agak lewat kerana tuntutan kelas yang masih belum berpenghujung untuk semester ini. Tahniah Angah - Atifah. Mudah-mudahan saja dirimu bisa menjadi suri terbaik buat suami. 

Hidup berumahtangga penuh liku. Ombak sentiasa ada, besar atau kecil. Namun terpulang kepada kebijaksanaan kita mengoleng diri dalam busaran ombak yang datang. Parut dan luka, lambat laun, pastinya hilang. Di sini, kesabaran, iman serta rasional tinggi amat perlu. Bertoleransilah dengan pasangan. Berdiam diri apabila marah, tunggu teduh dahulu. Memang bercakap tidak semudah melaksanakan! Namun kemanisan berumahtangga pasti menjadi penawar jua bagi setiap dugaan yang melanda. Semoga kebahagiaan milik kalian :)

Picture
0 Comments

    Me 

    Picture
    I write whatever comes to my mind. I do write in English but most of the time I prefer to express my thought in Bahasa; just because I am Anak Malaysia :) 
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Blogs that I follow:

    Edutopia
    Center for Teaching 
    Educators Technology
    Jendela Kamila
    Tinta Seorang Wanita 
    PhD Blog 
    Patter
    The Thesis Whisperer
    James Hayton
    ​
    e-Learning Acupunture 
    Mendeley Blog
    Let's View my Blog 
    Google Drive Blog 
    SuperWebsiteBuilder
    ​
    e-learning learning
    Brain Rules 
    Peter Pappas 
    Classroom 2.0 
    ​Scoop.it

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    Announcement
    APRS
    Award
    Bandung
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    E Learning Training
    E-learning Training
    Friendship
    Google Scholar
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Infographic
    Innovation
    Japan
    Life
    Lifo Long Learning
    Love
    Memory
    Missing In Life
    MOOC
    Oath
    Palestine
    Piety
    Pitching
    Praktkum
    Pray
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    Wedding