Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Bengkel  Pelan Induk  Pembelajaran Sepanjang Hayat

8/26/2022

0 Comments

 
Picture
Belum sempat bernafas, sepulang dari Brunei, saya dijemput menghadiri Pelan Induk Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2022 anjuran KPT di IOI Palm Garden. 

Berjumpa ramai rakan baharu daripada pelbagai agensi dan kementerian tentunya satu pengalaman yang mengujakan. Kami dibahagikan kepada enam kumpulan yang masing-masing akan mengupas aspek berkaitan Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat di Malaysia, tidak lupa tentang cabaran serta pelan strategik dalam menangani isu-isu yang timbul. 

Bercakap tentang PSH ini tentu tidak terlepas daripada peluang kemasukan ke program akademik berdasarkan pengalaman terdahulu seperti Apel.A, Apel.C, Apel.Q dan akan datang adalah Apel.M. Antara yang turut mencuri perhatian ada penawaran kursus secara micro-credential yang membolehkan calon membuat penukaran kredit. 

Acara penuh selama tiga hari tidak dapat saya tunaikan sepenuhnya kerana pada hari ketiga saya terpaksa menghadiri bengkel lain yang telah dipersetujui semenjak sekian lama. Anyway, I am glad with what I had contributed to this focus group discussion. Hopefully all the insights given will be beneficial to help the ministry to move forward with this agenda - the promotion of life long learning to a wider group of people out there. 
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Rehat Seminggu

8/26/2022

3 Comments

 
Picture
​Memang. 
Semenjak sekian lama rasanya jadual yang ada sentiasa penuh. Tiba-tiba sahaja ada acara itu ini, mesyuarat itu ini dan segala macam perihal yang diperturunkan untuk dilaksana sebaiknya. Namun kapasiti badan yang semakin diinjak usia barangkali memberi signal bahawa saya perlu slow down. Meski saya pernah merancang untuk memastikan saya ada cuti rehat sekurang-kurangnya sehari dalam sebulan, namun ia tidak pernah berjaya direalisasikan haha! 

Namun perancangan Allah sentiasa yang terbaik. 
Saya mendapat cuti kuarantin selama seminggu. 
Ya, akhirnya saya tewas juga kepada cik Covid 19. 
Patutlah demam teruk sehingga dua hari tidak mampu bangun.  Kepala terasa berat seperti dihempap batu. 
Double line terus muncul sebaik saya membuat saliva test. 
Lalu dengan segera menguzlahkan diri di bilik terpencil di rumah ini. 

Kata rakan-rakan saya yang mengetahui status saya yang bukan lagi C-Virgin - ini masa untuk kau berehat Fariza. Free up your mind. Forget about work. Focus on your own physical dan mental health. 

Terima kasih rakan-rakanku di atas calming words (you know who you are). 

InshaAllah tempoh ini akan saya manfaatkan sepenuhnya untuk berehat. Sekurang-kurangnya saya ada masa untuk mengupdate blog sendiri :D
 
3 Comments

Brunei Darussalam

8/25/2022

0 Comments

 
Picture
Kunjungan ini merupakan kali kedua saya menjejakkan kaki di Brunei Darussalam. Kali pertama adalah pada tahun 2016, di mana saya terlibat sebagai jawatankuasa kerja untuk Wacana Pendidikan Islam anjuran fakulti. Dan kali ini saya bersama Jureena dari bahagian pemasaran UKMShape untuk acara Education Fair yang turut dijalankan di hotel yang sama - Centre Point Hotel. 

Sehari sebelum acara utama, kami berkesempatan mengunjungi pejabat Malaysian High Commision untuk minum petang bersama TYT Dato' Raja Reza bin Raja Zaib Shah.  
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
It was a long day, and we were so delighted to see many visitors coming to the UKM booth. It was rewarding when we managed to close the deal with three candidates who applied for UG and PG programs on the spot. Time flew extremely fast - I didn't realize it was 5.00 o'clock already when it was time to wrap up. But it was not the end of the day. We later had dinner with Malaysian University alumni. 
Picture
Picture
Esoknya berkesempatan untuk mencuba Nasi Katok. Terima kasih Steve, yng sudi membawa kami makan tengahari dan tak lupa hmm .. untuk singgah di kedai kain. 
Picture
Malam sebelum pulang menapak sedikit di sekitar hotel penginapan. hasrat untuk mencari ambuyat terkubur apabila restoran yang dituju tutup pula. Lalu rezeki kami di WyWy restoran. 
Picture
Keberangkatan pulang diiring acara makan pagi bersama Imam Wafi yang sudi mampir ke airport. Segak sungguh ustaz berbaju Melayu serba putih sebelum menyertai acara khatam Al-Quran jam 11 pagi. Terima kasih ustaz belanja murtabak. 
Picture
Picture
0 Comments

Kunjungan dari  USM

8/15/2022

0 Comments

 
Picture
Ianya sudah dijanjikan agak lama. Hasrat Dr Norshafrin adalah untuk pengesahan pakar untuk aplikasi mudahalih yang telah dibangunkan di bawah projek PRGSnya. 

Satu mobile apps yang sangat menarik yang boleh digunakan oleh kaunselor dan klien secara lebih diperibadikan. Semoga sedikit cadangan yang diberikan akan dapat membantu meningkatkan kualiti dan kebolehgunaan mobile apps tersebut. Maaflah, hanya keropok lekor Rara yang sempat dihidangkan bersama teh bujang :) 

0 Comments

Kunjungan  dari Perwadik

8/12/2022

0 Comments

 
Picture
Saya menerima kunjungan daripada wakil Perwadik atau Persatuan Siswazah Fakulti Pendidikan untuk menyampaikan ole-ole sebagai  tanda ingatan di atas perkongsian saya tentang penghasilan proposal beberapa bulan yang lalu. 

Terima kasih diucapkan di atas ingatan yang manis :) 
Didoakan semua pelajar kami di fakulti dapat menyempurnakan pengajian dengan jaya. 

0 Comments

Bengkel  Pemurnian Instrumen

8/4/2022

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture
Siaran tertunda lagi. 

Alhamdulillah ala kulli hal - komitmen semua amatlah dihargai dalam menjayakan bengkel kali ini. Dua bentuk instrumen utama yang akan digunakan dalam penyelidikan ini : soal selidik serta temubual kumpulan berfokus. 

Menariknya kami didedahkan dengan ​Penalty Reward Contrast Analysis (PRCA) oleh PM Dr Zainol. Mendengar saja sudah teruja. Lalu sebulat suara kami memilih untuk mengadaptasinya dalam soal selidik yang dibina. Mudah-mudahan memberi satu makna yang signifikan kepada Research & Development ODL UKM. 
0 Comments

Apel .Q

8/1/2022

0 Comments

 
Picture
Selari dengan perkembangan dalam Pelan Induk Pembelajaran Sepanjang Hayat Kementerian Pengajian Tinggi yang menekankan peluang untuk melanjutkan pengajian bagi mereka yang mempunyai pengalaman terdahulu, kemasukan calon pelajar melalui Apel.Q juga merupakan  salah satu daripada fokus yang perlu diberikan perhatian. 

Satu perjumpaan ringkas tentang penawaran Apel.Q di UKM telah dilangsungkan bersama CEO MQA, Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar Sabran di Parlimen. InshaAllah lebih banyak program akan bersedia menerima kemasukan pelajar melalui Apel.Q ini. Yang penting, perlu wujud perancangan dan unjuran yang sistematik. 

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemasukan melalui Apel.Q, sila KLIK DI SINI. 

#apel.Q #ukm 
​
Picture
Sub-meeting di cafeteria yang menyentuh pelbagai isu
Picture
Sudah bertahun tidak menjejakkan kaki ke sini - satu foto untuk mengabadikan kenangan :)
0 Comments
    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Viva
    Wedding