Masa berlari seperti belati. Terasa masih baharu saya dijemput memperketakan tentang strategi Bicara Tuntas di hadapan para pelajar di IPG Teknik Nilai, tiba-tiba hari Inovasi yang ditunggu mampir sekelip mata. Duh, memang kita manusia yang senantiasa berlari mengejar masa. Khamis nan lepas, saya seperti lipas kudung berlarian semenjak pagi. Selesai menghantar Irfan ke sekolah, kereta terus dipandu ke IPG Teknik kerana janji untuk tiba di sana sekitar jam 8.30 pagi untuk taklimat para hakim Pertandingan Bicara Tuntas. Syukur aliran trafik tidak begitu teruk, hanya terpaksa 'mendap' 15 minit di simpang Salak Tinggi. Para peserta hari tersebut merupakan para pelajar dari pelbagai semester dan bidang. Sebanyak 13 kumpulan berentap untuk memburu gelaran juara. Secara jujur, saya terhibur sekali dengan persembahan, idea serta lagak gaya para pembentang. Penuh seni, kreativiti, keyakinan serta mempunyai ciri-ciri pembahas yang baik. Namun tidak dinafikan di sana sini pasti ada ruang untuk penambahbaikan. Namun demikian, pujian harus diberikan kepada para pelajar yang megambil bahagian kerana berjaya menghasilkan 'tangible product' hasil proses pemikiran mereka secara kreatif dan inovatif. Sesuatu yang tidak dapat saya temui di Fakulti Pendidikan - di mana kebanyakan produk bukan berbentuk 'tangible' sebaliknya lebih kepada model/konstruk dan lain-lain. Syabas sekali lagi! Saya kira usaha mengetengahkan pertandingan Bicara Tuntas dan dalam masa yang sama menggalakkan pemikiran inovatif perlu dilaksanakan bukan lagi di peringkat mikro tetapi perlu dikembangluaskan. Pendedahan terhadap penyelsaian masalah dan penghasilan proses kerja yang lebih efisyen tentunya akan membangkitkan pemikiran dan rasa kebertanggunjawaban para pelajar secara lebih efektif dan bermakna. Misalnya, produk Jabakus yang dihasilkan misalnya mampu membantu mempermudah pembelajaran Kimia atau I-Think Map On membanut mengurangkan beban tugas guru untuk membina peta i-Think kerana penggunaannya yang mudah dan tidak memakan masa yang panjang. Generasi Abad ke-21 mampu berdiri sebagai tulang belakang dalam dunia perguruan. Dengan adanya kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah secata tuntas, pastinya akan memberi nilai tambah kepada bakal guru dalam mendepani arena perguruan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Sesuai dengan temanya 'Guru Inovatif Artikek Penyelidikan', pastinya pengalaman berinovasi memberi manfaat yang bukan sedikit kepada mereka.
0 Comments
|
Archives
December 2020
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|