Kami pernah serumah tika berkelana di Nottingham suatu ketika dahulu. Banyak suka duka dikongsi bersama. Kenangan itu membuat saya menghargainya sebagai sahabat rapat. Meski terpisah oleh Laut China Selatan - kerana beliau bertugas di UNIMAS, silaturahmi kami masih subur lewat panggilan serta mesej ringkas yang tidak kunjung putus.
Hari ini, syukur alhamdulillah rezeki saya dan dia untuk bersua muka setelah sekian lama tiada ketemu. Terlalu banyak cerita ingin dikongsi .. banyak babak tangis tawa sehingga lupa manusia sekeliling! Tidak terasa masa berlalu begitu deras .. sedar-sedar kami sudah di hujung hari lalu tiada pilhan terpaksa berpermisi. Sal, Semoga perjuangan kita dirahmati Allah selalu .. seperti apa kita ujarkan bahawa hidup kita ini penuh duga dan uji ... aku yakin kita mampu membina kuasa positif dalam diri untuk terus ampuh dengan apa juga uji-Nya. Selamat dan terus selamat sahabat dalam segala urusanmu. Jangan lupa hubungi aku kapan saja kau ke Semenanjung; pasti tangan ini sentiasa terbuka menerimamu! :) p/s: Kami merindui Dr Faizah untuk turut sama dalam acara ini!
0 Comments
Alhamdulillah .. thummalhamdulillah .. thummalhamdulillah
Itu rasa hati menyingkap rasa syukur yang tiada penghujungnya. Sebuah kembara ilmu bakal tiba di titik akhir, namun bisik hati, ini suatu permulaan! Tiada terfikir dalam kotak minda bahawa tempoh 12 bulan berjaya ditempuh dengan penuh keazaman dan bisik hati lagi ini semua tiada kan mampu digapai tanpa redha-Nya jua. Alhamdulillah .. thummalhamdulillah .. thummalhamdulillah! Pastinya ketibaan setiap Isnin bakal dirindui. Pertemuan mahabbah di 'rumah ilmu' pasti membungakan rindu yang tidak berpenghujung. Sendu mengiringi sebuah perpisahan namun bisik jiwa, ini hanya perpisahan jarak namun ukhuwwah fillah yang dijalin sepanjang 12 bulan kuliah ilmu pastikan kekal dalam bentuk yang utuh padu, mudah-mudahan. Ujar K. An yang kukenali di saf pertama "Pastikan selepas ini kita bertemu lagi di rumah ilmu ini .. mari kita tetapkan janji berkunjung lagi di sini, dan mudah-mudahan tuan guru kita kekal sihat untuk mengemudi tazkirah hati." Aku mengangguk pasti. InsyaAllah, jawab bibir namun ia datang dari hati. Allah .. Allah .. perjalanan itu penuh liku sesungguhnya. Aku menyaksikan beberapa taulan yang gugur di tengah jalan. Semua itu dugaan yang aku kira amat berat untuk ditelan. Namun sahabat, kekal cekallah .. kerana itu juga satu perjuangan. Jangan kerana kejatuhan ini kau berpaling pergi kerana rumpun nur Ilahi pasti menyinari sebuah kabad yang bersalut ikhlas nan tinggi. |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |