2005 merupakan tahun di mana saya mula bertugas di Fakulti Pendidikan UKM setelah beberapa tahun bertugas di lapangan industri pendidikan. Bermula detik itu, saya melebarkan circle persahabatan bersama-sama pensyarah di fakulti dan tentunya oleh kerana saya merupakan tenaga pengajar yang baharu, maka sayalah antara yang termuda antara kesemua kakak-kakak yang ada.
Gambar di atas dirakam selepas acara Konvokesyen 2021 di DECTAR ketika makan tengahari. Dari kiri - Dr Khadijah aka Kak Kathy, Fariza aka saya :D, Dr Norshidah akak Kak Shidah, Prof Ruhizan aka Prof Ruhi, PM Dr Manisah aka kak Manih, dan PM Dr Azlin aka Kak Lin. Momen ini sengaja disimpan di sini kerana sewaktu menikmati hindangan nasi ayam yang tidak seberapa rasanya itu, kami membilang ahli yang bakal bergelar YB. Ternyata, hal itu membekas di jiwa. Tentunya sedih untuk melepaskan pemergian sahabat-sahabat saya yang banyak memberi kekuatan di waktu jatuh dan bangun ... Dalam tempoh dua tahun kurang lebih, kami bakal ditinggalkan oleh Dr Shidah, Dr Manih dan Dr Azlin :( Hilanglah geng makan tengahari dan teman berduka lara. Namun yang tinggal harus meneruskan kehidupan .. begitulah kitaran hidup kita yang bermula pasti berakhir .. namun begitu di saat catatan ini dibuat, ketika jemari mencatuk aksara hati ini dibalut rasa pilu membungkam. Indahnya persahabatan, ukhuwwah yang dibina namun perpisahan bukanlah satu titik pemisah yang mutlak. Namun selagi ada nyawa dan kudrat, selagi kukuhnya ingatan dan ikatan kami akan tetap bertemu lagi :)
0 Comments
Himpitan tugas di sepanjang minggu kadangkala menyebalkan fikir dan rasa lalu jemputan yang diterima untuk sama-sama meraikan Sambutan 100 Tahun SITC-MPSI-IPSI-UPSI merupakan satu momen yang perlu dihadiri. Sepagi di UPSI memberi sedikit ruang untuk minda bernafas seketika. Tahniah UPSI dan alumni-alumninya!
Stress will become our best buddy when things are not done correctly as they should be! I feel like shouting - "Wake me up when September ends!" really.
I have three theses to evaluate - one internal and two as an external reader. I have a grant proposal to be completed by the end of this week. Three modules for ODL (done it halfway through!). Two manuscripts for development letter (editorial work) and 3 manuscripts to review as a reviewer. Publication? Just forget about it... October is approaching very soon, but I haven't had time to complete the drafts since January this year :( Ah yes - not to mention a lined up of meetings! Wonder when all these will be over!!! This feeling is soo intense. To get a 'me time,' I had to flee here - my tiny room at the faculty. Turn on the diffuser with some citrus drops, speakers on with Spanish guitar (if you wonder what I am listening to right now, try this LINK Soothing to ears, serene to minds, isn't it?). Yes, a cup of Cappuccino will help wonders too! O Allah, please grant me the strength to endure all these obligations. It's a throwback!
How could I miss the news! Jadi saya parkir sahaja di sini untuk kenang-kenangan. Entah bagaimana terjumpa artikel yang telah diterbitkan sekian lama, sejurus selepas acara Anugerah Bitara UKM 2018 dijalankan! The day has come, finally!
Due to the pandemic strike, UKM convocation was postponed a few times already. Anyway, the waiting is worth it. My four supervisees went through this year. What a proud day it was. Congratulations, Dr. Mazzlida (absent), Dr. Fairus, Dr. Letchumanan dan Dr. Hairul! I know the journey was not easy. I know that there were times when some of you had the thought of quitting your study. The life of Ph.D. years is undeniably like a roller coaster ride. Tiada yang mudah untuk sampai ke tahap ini. Anyway, all of you managed to be here today. Be proud of yourself, be thankful to everybody who has done good things, and send their prayers throughout your journey. I am thankful to Him. Alhamdulillah. There is no other moment that can beat this feeling! Alhamdulillah... I take it as a 'rezeki' to have a chance to meet these wonderful ladies on Saturday afternoon! Alas, it was so unfortunate that Dr. Jid wasn't able to join the group! I couldn't imagine if the four of us met up that day - then the discussion would have been a complete one.
It's been ages since we last met face to face. It was a refreshing session - we shared all sorts of stories - from formal and academic topics to personal and life tales. Not 'membawang' hokey! Rose said - we should have this kind of catch-up more often. Yes, I do agree. Dr. Wan valued the session as mental therapy. Of course! Some may wonder how did we get to know each other. Dr. Wan is currently the Director of Academic Excellence at the Ministry of Higher Education (but still attached to UPM), while Dr. Rose is currently teaching at the Kulliyyah of Education IIUM in Gombak. Dr. Azidah is the Deputy Director of the Centre for Development and Academic Excellence USM. I first met Dr. Azidah at AKEPT somewhere in 2015. We both attended the 4th Scholarship in Teaching and Learning (SoTL) Symposium. My friendship with Dr. Wan started when I attended her talk at UKM. Not long after, we met again at Anugerah Pemikiran dan Rekabentuk Semula Pendidikan Tinggi as contestants in 2017. While for Dr. Rose - I first saw her during our FRGS grant meeting in IIUM somewhere in 2017. All four of us - we started as formal acquaintances, but through regular meetings, we bonded well. We even have a Whatsapp Group that uses a daring and havoc name (sorry, no disclosure allowed, hehe). True enough, friendship has no boundaries. As long as we share something in common, then it will remain the relationship. Keep up, ladies. I know you are busy, prominent figures to the public. May Allah grant us the strength to carry out our duty as the Khalifah Allah. Till we meet again! Agak lama tidak mengendalikan bengkel latihan, sementelah dalam keadaan negara masih berjaga-jaga dengan wabak Covid 19. Apapun, perihal kerja sendiri juga banyak membataskan keaktifan dalam sesi perkongsian akademik bersama rakan-rakan di luar sana.
Namun alhamdulillah, semalam dan hari ini berkesempatan meluangkan masa untuk berbincang tentang Scholarship of Teaching and Learning bersama rakan-rakan pensyarah dari Fakulti Perubatan UKM. Terima kasih di atas perhatian dan komitmen disepanjang 2 hari bengkel berlangsung. Slot saya - berbincang tentang bagaimana mengendalikan SoTL dalam konteks P&P menggunakan kerangka model ADDIE serta bagaimana menggarap keperluan dari sudtu teori pembelajaran, pendekatan pembelajaran, metodologi serta pelaksanaan penilaian untuk disesuaikan dengan keperluan P&P dan dalam masa yang sama mengendalikan satu kajian empirikal. Usai sesi perkongsian, kami dipecahkan pula kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk membantu penyediaan proposal kajian. Saya dan Dr Azlina bertanggungjawab membantu kajian yang berhasrat membangunkan satu Virtual Clerkship untuk pelajar-pelajar Farmasi. Banyak input yang diberi, serta cadangan bagi membolehkan proposal lengkap dapat dihasilkan dan selari dengan perspektif pendidikan. All the best semua .. hope to see a complete proposal on the 22nd! Sekalung budi buat Fakulti Perubatan di atas jemputan ini. Tidak dilupakan Prof Lilia dan Prof Kamisah yang telah menjemput saya menjadi sebahagian daripada ahli pasukan :) Semoga ada manfaat daripada keseluruhan pembentangan dan perkongsian yang telah diberikan. Allahul musta'an .. ! #SoTL #training #medicukm #fpendukm Saya diamanahkan untuk membangunkan serta mengendalikan salah satu modul bagi Sijil Profesional Pengajaran Pendidikan Tinggi untuk dihadiri oleh para pensyarah baharu - Modul Rekabentuk Semula Pengalaman Pembelajaran atau nama 'catchy' nya ReLEx. Bersama-sama saya yang merupakan pembangun modul dan tenaga pengajar adalah Prof Ismail Saibon serta Dr Harwati Hashim. Esok merupakan hari terakhir untuk modul ini di mana para peserta akan membentangkan pengajaran secara mikro. Selamat maju jaya buat semua! ^___^ Ini suatu amanah yang berat dan saya sendiri masih sangsi samada saya mampu menggalas tanggungjawab ini sebaiknya. Namun saya percaya sesuatu itu berlaku pasti ada hikmah dan pengajarannya. Lalu saya cuba tenangkan hati dan pujuk minda untuk melihat sisi yang positif daripada pelantikan ini. Tugas 'core' saya yang diamanahkan adalah untuk start up program berbentuk Distance Open Learning (ODL). Hasrat UKM adalah untuk menjadikan menara gading ini sebagai satu hub pembelajaran dalam talian yang mampu menarik lebih ramai pelajar daripada latar belakang serta geografi yang berbeza. Namun, untuk menjadikannya sebagai ODL yang benar-benar menepati ciri-ciri ODL yang sepatutnya, banyak tugas yang perlu dilangsaikan. Semuanya bersarang di dalam zihni saya dan saya memerlukan kapasiti minda yang tenang dan rasional untuk articulate setiap satu sub-tugas agar dapat diterjemahkan dalam pelaksanaan yang sistematik dan efektif. Kepada Allah Azza wa Jalla saya memohon rahmat dan rahim-Nya agar dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk melunasi amanah ini dan impian untuk melihat 10 program ditawarkan secara ODL menjelang semester awal tahun 2021 menjadi satu kenyataan. Allahul Musta'aan ... Ianya satu sinergi yang terbentuk dalam ekosistem yang dinamik. Tanpa sinergi dan sense of ownership yang tinggi, pencapaian yang membanggakan ini sudah tentu hanya sekadar mainan mimpi di siang haru. Waduh ..! Berkilas bahasa pulak kali ni! Alhamdulillah ala kulli hal, Audit SIRIM selama dua hari (6&7 Julai 2020) berlangsung dalam suasana yang agak intense namun bersistematik. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas khususnya buat KJK Fakulti kami Dr Effendi dan tidak dilupakan Pn Nadia yang banyak membantu dalam melengkapkan segala keperluan dan dokumen. Syabas juga buat semua auditee yang berjaya mengharungi sesi interogasi dengan penuh tenang dan berhemah. Berita gembira apabila Pn Elly, auditor kami mengumumkan tiada NCR, tiada FOI untuk Fakulti Pendidikan disambut dengan tepukan dan tangisan air mata gembira. Menambah kemeriahan apabila sambutan hari jadi Pn Nad turut diraikan secara kecil-kecilan dengan acara pemotongan kek yang sodap. Happy belated birthday Nad! Nanti saya bagi hadiah ye! :) Selesai bab audit, hari ini bergelumang pula dengan bengkel penyediaan proforma bagi kursus wajib baharu sarjana. Saya terlibat dalam penggubalan proforma untuk Kursus Penyelidikan bersama Prof Lilia dan Dr Aidah. Esok pula akan berlangsung bengkel bersama Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat berkaitan pemerkasaan Active Learning untuk pdp dalam talian. Allah Allah .. tak cukup kaki tangan dah ni .. markah juga masih ada yang belum diberesi, kerja-kerja editorial juga sudah mendapat 'warning' daripada Editor of Chief - Chris. Tuhanku, berikan rahmat dan rahim Mu buat kami yang sentiasa mengejar tugas-tugas dunia .. mudah-mudahan ia menjadi bekal pahala untuk kehidupan hakiki di sana .. Jom semua, kita sambung kerja! Sememangnya ini normal baharu. Segala aktiviti turut melalui proses modifikasi untuk disesuaikan dengan keadaan dan tuntutan semasa. Pagi tadi kami bersiaran dalam talian lagi untuk mendengar Taklimat Latihan Ilmiah yang akan dilalui oleh para pelajar FPend tidak lama lagi.
Semoga kaedah baharu yang telah diformulakan oleh pakar-pakar pendidikan di fakulti dapat memberi manfaat dan pembelajaran yang bermakna buat para pelajar. Oh oh .. ramai sebenarnya yang hadir namun kebanyakan lebih suka menyorok di sebalik gambar pegun. Jadi saya hanya tampal page yang memaparkan wajah 'live' sahaja ye:) Saya anggap ini acara penutup tahun 2019 kerana pada minggu hadapan ramai yang akan mula bercuti panjang dan terbang ke sana sini. Lalu majlis Hari Kualiti 2019 adalah tepat sekali dijalankan pada minggu ini di mana masih ramai yang bertugas. Alhamdulillah, sekali lagi saya diberi kepercayaan untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang namun yang bezanya pada tahun ini ada majlis rasmi untuk meraikan penerima anugerah. Terima kasih dan tahniah di atas inisiatif ini, khususnya buat Yg Berusaha Dr Effendi, Ketua Jaminan Kualiti yang menggerakkan usaha ini. Selain penyampaian anugerah untuk perkhidmatan cemerlang, majlis turut meraikan beberapa kategori lain melibatkan staf pelaksana dan staf akademik. Tiada pernah terfikir oleh saya untuk turut menerima Anugerah Amalan Berkualiti dan hal ini merupakan satu kejutan juga. Bingung juga memikirkan amalan apakah yang dipertaruhkan untuk mengungguli kategori ini? Rupanya, saya baru dimaklumkan bahawa pencalonan dilakukan oleh Ketua Pusat masing-masing dan diadili oleh juri yang dilantik dari institusi luar. Apapun, saya anggap in sebagai sebuah rezeki untuk disyukuri. Diri ini sememangnya tidak pernah sempurna namun pengiktirafan ini tentunya menyuntik rasa insaf serta qana'ah dengan segala nikmat daripada-Nya. Cepatnya masa berlalu, lagi beberapa minggu tahun baharu akan menjelma. To-do-list saya masih panjang! Jadi saya perlu pendekkan ocehan. ![]() Kehadirannya ke fakulti menemui saya untuk mendapatkan input tentang bahan pembelajaran berasaskan Augmented Reality yang telah dihasilkan untuk projek Sarjananya. Pelajar manis bernama Iffa merupakan pelajar sarjana dari FTSM yang kini sedang gigih menyiapkan produk untuk penulisan tesisnya. Beliau menghasilkan satu bahan pembelajaran berasakan AR dan diintegrasikan dengan elemen Artificial Intelligence yang melibatkan pengecaman mimik muka dan suara. Idea yang menarik serta sesuai dengan isu dan keperluan yang diutarakan. Bahan yang dibangunkan melibatkan pelajar darjah tiga sebagai pengguna sasaran. Tingkah beliau, bahan yang dibangunkan boleh membantu meningkatkan kemahiran ekspresi wajah para pelajar di samping dapat meningkatkan kemahiran penyebutan dengan lebih jelas. Namun, sudah pasti ada beberapa aspek yang perlu ditambahbaik dari kacamata penilaian saya - agar bahan ini kelak dapat benar-benar digunakan secara lebih meluas dalam kalangan pelajar yang memerlukan. Selamat maju jaya Iffa! Floor Manager. Itulah amanah yang dipikul untuk acara peringkat kebangsaan ini. Sehari sebelum majlis rasmi, kami berkampung di DECTAR bersama Dato' Sheikh Muszaphar demi memastikan aturcara yang dirancang terlaksana dengan jayanya. Bukan mudah apabila ada saja isu teknikal serta persediaan yang tidak dapat disiapkan mengikut tarikh yang sepatutnya. Rehearsal penuh tidak dapat dilakukan pada petang 18hb kerana berkait rapat dengan pihak luar. Kami pulang dengan rasa sebu perut kerana kerisauan. Awal pagi 19hb, saya memasuki dada DECTAR dengan harapan satu raptai penuh dapat dilunasi sebelum acara perasmian sebenar, namun separuh dewan telah dipenuhi para pelajar menyebabkan hasrat itu terpaksa dikuburkan. Alhamdulillah, dalam debar yang bersenandung, acara perasmian berjalan lancar jua. Namun tugas berlarutan hingga ke petang. Paling penting adalah memastikan setiap acara dilangsungkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Syukur semua ahli jawatankuasa yang lain memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi. Tahniah buat semua! Acara ini merupakan sesuatu yang sangat bermakna khususnya buat para pelajar sekolah yang hadir membanjiri DECTAR. Dianggarkan 2000 hadirin memenuhi dewan pada tarikh itu. Saya kira bicara motivasi daripada Dato' Sheikh Muszaphar turut memberi impak kepada golongan ini. TIdak ketinggalan booth sekitar luar dan dalam DECTAR serta Mini Planetarium yang gah berdiri dan sentiasa penuh dengan pengunjung - sehingga kami pun tiada berkesempatan untuk menjengah masuk ke dalam perut planetarium lantaran kunjungan yang tidak putus daripada para peserta. Penat tetapi puas. Itulah perasaan kami apabila segala penat lelah membuahkan hasil yang memberangsangkan. Penghargaan juga buat rakan floor manager yang begitu berdedikasi - Dr Hazrati dan En Mohd Syazwan. Thumbs up to all of you :) Barangkali inilah penutup tirai 2019 buat saya menghadiri sebarang seminar atau simposium justeru jadual di sepanjang Disember nampaknya semakin padat. Undangan daripada pihak MCMC (Malaysian Communication and Multimedia Commission) saya penuhi kerana pengisiannya yang begitu menarik malah terkait juga dengan bidang kajian yang sedang saya jalankan iaitu Keselamatan Siber dan Digital Citizenship.
Tidak ramai wajah yang dikenali dalam kalangan mereka yang hadir. Namun, rezeki juga saya dapat bersua dengan sahabat dari UIA, Dr Rosemaliza dan rakan-rakan, selain bersama Syaida, pelajar PhD saya yang juga sedang menjalankan penyelidikan berkaitan kesedaran Keselamatan Siber. Pembentangan selari di sebelah petang turut menarik minat. Tahniah kepada semua penyelidik yang membentangkan hasil kajian mereka. Inilah yang saya gemari kala menghadiri majlis ilmu seperti ini kerana ia mampu meluaskan horizon pemikiran serta memberi ruang untuk networking serta penyelidikan! |
Archives
April 2022
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |