Agak lama tidak mengendalikan bengkel latihan, sementelah dalam keadaan negara masih berjaga-jaga dengan wabak Covid 19. Apapun, perihal kerja sendiri juga banyak membataskan keaktifan dalam sesi perkongsian akademik bersama rakan-rakan di luar sana.
Namun alhamdulillah, semalam dan hari ini berkesempatan meluangkan masa untuk berbincang tentang Scholarship of Teaching and Learning bersama rakan-rakan pensyarah dari Fakulti Perubatan UKM. Terima kasih di atas perhatian dan komitmen disepanjang 2 hari bengkel berlangsung. Slot saya - berbincang tentang bagaimana mengendalikan SoTL dalam konteks P&P menggunakan kerangka model ADDIE serta bagaimana menggarap keperluan dari sudtu teori pembelajaran, pendekatan pembelajaran, metodologi serta pelaksanaan penilaian untuk disesuaikan dengan keperluan P&P dan dalam masa yang sama mengendalikan satu kajian empirikal. Usai sesi perkongsian, kami dipecahkan pula kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk membantu penyediaan proposal kajian. Saya dan Dr Azlina bertanggungjawab membantu kajian yang berhasrat membangunkan satu Virtual Clerkship untuk pelajar-pelajar Farmasi. Banyak input yang diberi, serta cadangan bagi membolehkan proposal lengkap dapat dihasilkan dan selari dengan perspektif pendidikan. All the best semua .. hope to see a complete proposal on the 22nd! Sekalung budi buat Fakulti Perubatan di atas jemputan ini. Tidak dilupakan Prof Lilia dan Prof Kamisah yang telah menjemput saya menjadi sebahagian daripada ahli pasukan :) Semoga ada manfaat daripada keseluruhan pembentangan dan perkongsian yang telah diberikan. Allahul musta'an .. ! #SoTL #training #medicukm #fpendukm
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
March 2021
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |