Seringkali emel saya dihujani pelawaan untuk 'memautkan' diri dengan kenalan di Linkedln. Sejujurnya, saya kurang berminat dengan aplikasi tersebut kerana ia hanya sekadar pautan kepada para akademik, serta tidak memberi input yang banyak misalnya hasil kerja mereka untuk dibaca dan diteladani. Saya lebih cenderung kepada penggunaan Academia kerana di situ kita bukan sahaja berpeluang mengenali mereka dalam bidang atau 'area of interest' yang sama, malah dalam bidang-bidang lain. Malahan lebih daripada itu, Academia memberi ruang untuk pengguna berkongsi hasil kerja dengan khalayak audiens. Secara tidak langsung proses 'dissemination', kerja kita dapat dihasilkan. Saya sendiri sudah beberapa tahun melanggani Academia yang ditawarkan secara percuma. Saya juga berkongsi hasil penulisan (meski tidak banyak!). Ini merupakan salah satu cara saya berkongsi hasil kajian dengan para penyelidik di luar sana. Pembaca di Academia bukan semata-mata datang dari peta Malaysia sahaja, malah dari seluruh pelosok dunia. Academia juga membolehkan saya melihat kata kunci yang digunakan oleh pelawat yang membawa kepada link akaun Academia saya. Perhatikan di bawah: Atau enjin pencarian yang digunakan: Atau makluman lain seperti statistik berikut: Tidak kira samada anda seorang pensyarah, guru, atau mahasiswa, Academia boleh menjadi medan yang berguna untuk memaparkan hasil kerja seperti tesis dan tugasan yang mungkin memberi manfaat kepada orang lain. Ilmu yang dimanfaatkan daripada hasil kerja kita oleh orang lain pastinya memberi buah pahala, umpama kita bersedekah kepada yang memerlukan. Otak dan tenaga yang diperah untuk menyiapkan tugasan dan tesis pastinya sedikit berbaloi sekiranya hasil tungkus-lumus itu kita kongsikan dengan orang lain. Berbaloi! Bukan mengharap pujian atau sanjungan, tetapi anggaplan ini juga sebahagian daripada proses membina jati diri sebagai pengejar ilmu. Kadangkala tanpa diduga, kita menerima mesej daripada pembaca-pembaca yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu perkara, atau memohon kebenaran untuk mendapatkan instrumen kajian kita. Saya pernah menerima permintaan sedemikian dan dengan rasa besar hati saya memberi respon sebaiknya. Mereka begitu gembira dan berterima kasih di atas bantuan kecil tetapi signifikan. Apa lagi yang kita mahu? Mudah-mudahan sahaja, kebaikan sekecil zarah itu dibalas dengan doa yang baik-baik, amin :)
Jom ber Academia!! Klik link di bawah dan berhubung dengan saya!
2 Comments
Alhamdulillah, my other blog is born today. In line with the objective of the blog, i.e., to support the use of e-learning platforms and other learning materials available online, I named this blog as 'e-Learning Support'. This is just my small effort as an e-learning coordinator to cultivate the awareness of the benefits of online platforms in enhancing learning among fellow lecturers.
Visit this blog HERE |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |