Menyahut jemputan daripada Pusat Siswazah minggu nan lepas, saya menghadiri satu majlis ilmu yang menyentuh tentang 'adab' sebagai pengguna Internet. Saudara Aaron dari CyberSecurity memberi contoh yang sangat menarik tentang bagaimana keterujaan kita atau kegilaan pengguna alam siber khususnya Facebook dalam berkongsi segala kisah hidup kepada dunia tanpa memikirkan implikasi di luar jangka - jenayah siber.
Tahukah kita bahawa pengguna Internet di seluruh Malaysia kini mencecah 25.3 juta orang. Jumlah ini yang merupakan 89% daripada keseluruhan penduduk di negara ini (28.4 juta). Pengguna di Malaysia melayari laman sosial sebanyak 14 billion kali setiap minggu, menghabiskan masa selama 20 jam seminggu melayari Internet. Pengguna Facebook di Malaysia adalah seramai 13 million (87.9% pengguna Internet secara keseluruhan di negara ini). Adab didefinisikan sebagai : “using the right knowledge in the right situation” (menggunakan pengetahuan yang tepat pada situasi yang tepat). Empat perkara dalam adab yang disarankan: a. Kenali peralatan - Kekuatan, kelemahan peralatan - Firewall? Antivirus? Password protection? b. Pastikan keselamatan jaringan (connection) - Kata laluan yang kukuh atau selamat - Kenalpasti sumber Internet c. Fahami platform yang digunakan - Kenalpasti tahap keselamatan platform yang digunakan - Talian peribadi vs talian terbuka (public) d. Berhati-hati dengan apa yang kita kata atau kongsi - Fikir sebelum berkongsi sesuatu (idea, buah fikiran, gambar dll) – apakah reaksi pembaca? - Jangan menulis sesuatu dalam keadaan beremosi - Pastikan gambar yang dikongsi tidak memberi sebarang ‘clue’ untuk penjenayah mengambil kesempatan - “Seringkali apa yang hendak disampaikan disalah tafsir oleh orang lain” Saranan untuk memelihara maklumat peribadi: a. Setiap kata laluan hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 10 aksara. b. Jangan sesekali menggunakan nama sendiri, nombor IC nama anak, pasangan, kereta, tempat kerja dan lain-lain dalam kata laluan. c. Jangan gunakan kata laluan yang sama untuk lebih daripada satu akaun. d. Gunakan emel yang berbeza untuk kerja dan peribadi atau sosial. e. Jangan melayari akaun perbankan menggunakan talian percuma atau wifi. f. Kawal maklumat peribadi (nombor telefon, kad pengenalan, alamat rumah, keluarga dll). g. Ubah kata laluan setiap sebulan untuk keselamatan. h. ‘Search’ nama sendiri di Google setiap bulan dan lihat apa hasilnya. i. Jika ingin berkongsi maklumat penting seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun, atau alamat rumah, hantarkan melalui SMS dan bukannya emel atau Whatsapp. j. Namakan folder penting dalam Dropbox, atau lain-lain penstoran menggunakan nama seperti makanan, haiwan dll untuk mengelakkanjenayah cyber. Elakkan nama seperti: Maklumat Penting, Akaun Peribadi, Top Secret dll. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya untuk semua .. Ramadhan Kareem :)
0 Comments
|
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |