Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Meraikan lebaran dan silaturahmi 

7/26/2016

0 Comments

 
Lebaran datang hanya sekali setahun. Saat ini saya kira menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu barangkali khususnya anak-anak kecil kerana lebaran bermaksud keraian dan pesta kegembiraan. Anak bujang saya tahun ini berjaya menjalani ibadah puasa penuh sebulan (kecuali hari terakhir kerana mengalami sakit perut dan cirit-birit). Alhamdulillah, satu pencapaian yang membanggakan untuk anak kecil seperti dia. 

Lebaran turut sinonim dengan duit raya serta ziarah menziarah. Ketupat lemang, rendang, nasi himpit dan pelbagai juadah menjadi senarai pilihan. Itulah budaya yang telah sebati dalam masyarakat. 

Tahun ini, permintaan anakanda jua, ingin menjenput rakan sekelas ke rumah. Sementelah tahun nan lepas tiada rumah terbuka diadakan, tahun ini secara sederhana atua kecil-kecilan saya bekerja di dapur untuk menyediakan sedikit juadah. Tetamu-tetamu cilik datang sempena undangan. Saya turut menjemput beberapa sahabat yang telah begitu lama tidak bertemu untuk turut sama di samping sekumpulan pelajar sarjana dan Phd. 

Alhamdulillah ala kulli hal .. memang seronok sesekali menerima kunjungan ke rumah. Di atas segala kekurangan saya menyusun 10 jari memohon kemaafan. Dari sudtu hati yang paling dalam, terima kasih atas kesudian untuk mampir ke perteduhan kami sekeluarga :) 

Semoga silaturahmi ini sentiasa terpelihara jua. 

Salam Syawal yang sudah mengensot ke penghujung!

Picture
0 Comments

Menuju Puncak 

7/19/2016

4 Comments

 
Menuju puncak .. gemilang cahaya .. eh tapi bukan akademi fantasia punya cerita .. ini Akademia Nyata! 

Alhamdulillah ala kulli hal .. dua pelajar Sarjana saya dalam program Sumber dan Teknologi Maklumat telah berjaya menyempurnakan penyelidikan dan seterusnya menyiapkan Bab 1 hingga 5 dengan jayanya. Tahniah Nadirah dan Afiqah! Kedua2nya graduan UTM Skudai, datang ke UKM dan kebetulan pula sama-sama di bawah penyelia yang sama :) 

Saya kira kedua2nya punya banyak cerita yang boleh dikongsi .. suka-duka dan jerih-perih yang dilalui pasti menjadi kenangan abadi sebagai seorang mahasiswa sarjana. Gambar di bawah diabadikan sempena hari pembentangan kertas projek 2 baru-baru ini. Sesungguhnya. proses penulisan tidak akan semudah ABC - justeru, banyak lekok dan persinggahan (serta kadang-kadang memerlukan U-turn dibuat) .. namun saya bangga dengan pencapaian keduanya kerana tidak pernah merungut dengan permintaan saya untuk menambah, mengurang di sana sini. 

Semoga Allah memberkati hidup kalian berdua - Nadirah dan Afiqah.
Nantikan foto berjubah oren pula November nanti :)
Picture
4 Comments

Academia

7/18/2016

0 Comments

 
Selain ResearchGate, saya juga pengguna Academia di mana setiap bahan penulisan saya kongsikan pada laman tersebut. 
Picture
Saya pernah menulis tentang bagaimana Academia membekalkan analytic data bagi membolehkan kita melihat pola pencarian terhadap bahan-bahan yang dimuatnaik ke laman milik masing-masing. Misalnya, artikel yang paling kerap dimuatturun, kata kunci yang digunapakai sehingga membawa kepada laman Academia, serta maklumat negara pengguna. 

Petang tadi, saya sedikit terpinga-pinga kerana tiba-tiba inbox didatangi mesej yang yang agak banyak - sekitar 56 (dalam foto di bawah angka tersebut kini tinggal 46 kerana sebahagiannya telah saya baca lalu secara automatik mesej itu dianggap 'read'). Bermakna masih tinggal 46 unread messages dalam kantung inbox saya di Academia. 
Picture
Jarang sekali saya menerima lambakan mesej sebegini banyak dalam tempoh yang singkat. Kebiasaannya, dalam sebulan, saya menerima sekitar 2 atau 3 mesej yang kadangkala meminta khidmat bantuan serta salinan soal selidik atau soalan temubual yang digunapakai dalam mana-mana artikel penerbitan saya. Setelah membuat sedikit penelitian, rupanya mesej yang masuk memuatkan maklumat yang dibekalkan pengguna yang pernah memuatrurun artikel-artikel saya tentang tujuan mereka berbuat demikian. Saya tidak pernah tahu yang Academia turut membekalkan maklumat sebegini kerana sejak sekian lama saya tidak memuatturun sebarang artikel di laman ini. Misalnya di bawah:
Picture
​

Picture
Saya kita ini satu perkara baharu yang memberi kejutan kepada pengguna Academia lain. Saya perlu meneliti keseluruhan mesej ini jika ada kelapangan nanti. 


​Selamat malam dan salam permisi :) 
0 Comments

Idul Fitr 

7/1/2016

0 Comments

 
Picture

Pantas sekali. Idul Fitri 1437H datang apabila tiba masanya. 
Kampus lengang seperti lepas perang. Semua warga telah berlari pulang penuh keriangan. Awas, jangan ada yang mahu cuba-cuba bermain mercun! 

Kesempatan ini ingin saya rangkul. Sepuluh jari disusun, mohon kemaafan buat semua jika ada yang terkurang atau terkasar bahasa. Adapun kita, manusia biasa. Khilaf itu mainan jiwa. 

Salam Idul Fitr. 
Maaf zahir dan batin :) 
0 Comments
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    March 2025
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    August 2023
    May 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKEPT
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Benchmark
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campus Life
    Campuslife
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro Credential
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Visit
    Viva
    Wedding