Selain ResearchGate, saya juga pengguna Academia di mana setiap bahan penulisan saya kongsikan pada laman tersebut. Saya pernah menulis tentang bagaimana Academia membekalkan analytic data bagi membolehkan kita melihat pola pencarian terhadap bahan-bahan yang dimuatnaik ke laman milik masing-masing. Misalnya, artikel yang paling kerap dimuatturun, kata kunci yang digunapakai sehingga membawa kepada laman Academia, serta maklumat negara pengguna. Petang tadi, saya sedikit terpinga-pinga kerana tiba-tiba inbox didatangi mesej yang yang agak banyak - sekitar 56 (dalam foto di bawah angka tersebut kini tinggal 46 kerana sebahagiannya telah saya baca lalu secara automatik mesej itu dianggap 'read'). Bermakna masih tinggal 46 unread messages dalam kantung inbox saya di Academia. Jarang sekali saya menerima lambakan mesej sebegini banyak dalam tempoh yang singkat. Kebiasaannya, dalam sebulan, saya menerima sekitar 2 atau 3 mesej yang kadangkala meminta khidmat bantuan serta salinan soal selidik atau soalan temubual yang digunapakai dalam mana-mana artikel penerbitan saya. Setelah membuat sedikit penelitian, rupanya mesej yang masuk memuatkan maklumat yang dibekalkan pengguna yang pernah memuatrurun artikel-artikel saya tentang tujuan mereka berbuat demikian. Saya tidak pernah tahu yang Academia turut membekalkan maklumat sebegini kerana sejak sekian lama saya tidak memuatturun sebarang artikel di laman ini. Misalnya di bawah: ![]() Saya kita ini satu perkara baharu yang memberi kejutan kepada pengguna Academia lain. Saya perlu meneliti keseluruhan mesej ini jika ada kelapangan nanti.
Selamat malam dan salam permisi :)
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2020
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|