Masa berlalu, usia bertambah, tanggunjawab juga berganda. Di Fakulti, tanggungjawab tertumpu kepada pengajaran, penyelidikan, penerbitan serta segala macam 'deadlines' yang memburu. Pulang ke rumah, lain pula ceritanya. Karenah anak-anak, keperluan rumah, menu harian etc etc .. perlu diberi perhatian setiap hari. Ada yang berkata wanita itu 'superwoman' kerana banyak kerja dilakukan secara 'multitasking' .. sambil memandu kepala ligat memikirkan menu hidangan makan malam, sambil menyiapkan hidangan, sempat pula memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh sambil mengelap pinggan di rak. Usai makan malam, memantau kerja rumah si anak, sambil tangan ligat melipat kain-kain yang dibasuh. Mata tidak akan lena selagi anak-anak tidak beradu. Kadangkala, sebelum tidur sempat pula membuka komputer riba mempersiap bahan untuk tugas keesokan hari!
Saya sesekali, lewat pertemuan dengan sahabat-sahabat rapat, berbincang tentang peranan kita sebagai ibu dan pendidik. dalam kesibukan membentuk anak bangsa, kadangkala, ada yang terlupa akan tanggunjawab membentuk anak sendiri :( Dalam riuh memperkata kebejatan sosial anak orang, kita lupa apa yang berlaku dalam diri anak sendiri. Dalam kesibukan mencari salah anak orang, kita buta tentang kesilapan anak kita di mata gurunya. Duh .. perasaan itu menyentap jiwa. Sesekali, muhasabah itulah yang perlu. Jangan mudah mencari khilaf orang, sebaliknya cermin diri, perbetulkan peribadi. Sesungguhnya anak itu amanah lalu tunaikanlah haknya sebaik yang mampu. Allahku, tunjuki kami jalan yang benar, kekuatan yang padu untuk membina keluarga jannah amin ...
0 Comments
Entah kenapa undangan itu agak tiba-tiba. Petang hari perjumpaan dengan Datuk VC akan diadakan, pagi ini emel baru sahaja diterima. Memandangkan ada klausa 'PENTING DAN WAJIB' pada kehadiran, lalu saya tidak perlu berfikir panjang untuk meluangkan masa. Cuma beberapa minit terpaksa menyelidik untuk mengenalpasti lokasi Dewan Anwar Mahmud. Maklumlah saya bukan alumni UKM. Meski sudah menghuni kampus ini hampir sembilan tahun, inilah kali pertama saya menjejak letaknya dewan tersebut.
Banyak perkara yang dikongsi dalam agenda sembang petang itu. Memang ianya tidak dilakukan secara formal dan saya melihat bagaimana tingginya hasrat dan inspirasi Datuk VC UKM untuk melihat lonjakan dari sudut profesionalisme para pensyarah; bukan sahaja dari sudut penerbitan semata-mata namun lebih jauh dari itu beliau memberi ingat akan perkara-perkara mutlak yang lain. Hal ini turut ditekankan oleh TNC HEPI tentang Academic Culture of Excellence atau Akademik Berbudaya Cemerlang (ABC). Ungkapan itu membuat saya teringat akan sumpah dan janji saya kala menjawat jawatan ini. Tiga perkara yang saya senaraikan sebagai my silent oath, i.e.: - to become a good teacher - to become a researcher with high impact - to become a service provider Saya tidak pasti apakah janji dalam diam orang lain .. mungkin masing2 punya impian dan janji yang akan dikotakan di sepanjang perkhidmatan di kampus bertuah ini. Peringatan serta nasihat juga turut diberi agar setiap penyelidikan yang dijalankan bisa memberi impak kepada masyarakat, atau mampu menyelesaikan masalah dalam sosio masyarakat negara ini. Ini saya kira menjadi satu cabaran besar untuk ditangani oleh semua pensyarah kerana semua orang boleh menjalankan kajian, namun sejauh mana signifikannya hasil kajian terhadap isu-isu yang dikaji serta implikasinya kepada masyarakat masih boleh dipersoalkan! 3R adalah antara perkara yang saya kira wajib dihayati oleh semua - Referred, Relevant dan Respected. Jikalau ada ketiga-tiga elemen ini dalam diri setiap individu warganya, tentulah nama UKM sebagai a Guardian of Nation bakal menjadi satu realiti. Enam bidang keberhasilan utama universiti harus dihadam oleh semua dan dijadikan tulang belakang operasi sehari-hari; bukan hanya dihafal ketika hendak ditemuduga sahaja. |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |