Masa berlalu, usia bertambah, tanggunjawab juga berganda. Di Fakulti, tanggungjawab tertumpu kepada pengajaran, penyelidikan, penerbitan serta segala macam 'deadlines' yang memburu. Pulang ke rumah, lain pula ceritanya. Karenah anak-anak, keperluan rumah, menu harian etc etc .. perlu diberi perhatian setiap hari. Ada yang berkata wanita itu 'superwoman' kerana banyak kerja dilakukan secara 'multitasking' .. sambil memandu kepala ligat memikirkan menu hidangan makan malam, sambil menyiapkan hidangan, sempat pula memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh sambil mengelap pinggan di rak. Usai makan malam, memantau kerja rumah si anak, sambil tangan ligat melipat kain-kain yang dibasuh. Mata tidak akan lena selagi anak-anak tidak beradu. Kadangkala, sebelum tidur sempat pula membuka komputer riba mempersiap bahan untuk tugas keesokan hari!
Saya sesekali, lewat pertemuan dengan sahabat-sahabat rapat, berbincang tentang peranan kita sebagai ibu dan pendidik. dalam kesibukan membentuk anak bangsa, kadangkala, ada yang terlupa akan tanggunjawab membentuk anak sendiri :( Dalam riuh memperkata kebejatan sosial anak orang, kita lupa apa yang berlaku dalam diri anak sendiri. Dalam kesibukan mencari salah anak orang, kita buta tentang kesilapan anak kita di mata gurunya. Duh .. perasaan itu menyentap jiwa. Sesekali, muhasabah itulah yang perlu. Jangan mudah mencari khilaf orang, sebaliknya cermin diri, perbetulkan peribadi. Sesungguhnya anak itu amanah lalu tunaikanlah haknya sebaik yang mampu. Allahku, tunjuki kami jalan yang benar, kekuatan yang padu untuk membina keluarga jannah amin ...
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
April 2022
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |