Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 RESEARCH METHODS
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Semester  baru,  pelajar  baru

9/22/2019

0 Comments

 
Picture
Picture

Masa umpama belati. Barusan sahaja semester berlalu kini kami menyambut pelajar baharu pula! Tentunya teruja sekali untuk mengenali anak-anak didik baharu kerana itulah naluri pendidik tentunya. 

Selamat datang buat semua pelajar ke Fakulti Pendidikan UKM. Perjalanan anda baharu saja bermula. Namun segala semangat yang dikobarkan pada hari pertama ini haruslah dikekalkan hingga ke penghujung kembara. 

Susah payah menelusuri hidup sebagai pengejar ilmu tentu sekali lumrah yang harus ditelan meski pahit hingga ke perdu hati. Namun percayalah jika kemahuan dan usaha diseiringkan, disalut doa dan berkat guru serta ibu bapa, pasti kemanisannya akan dihirup juga! 

Saya turut menyampaikan taklimat kepada pelajar-pelajar PhD. Rasanya banyak amanat yang telah ditinggalkan. Jika ada yang berminat membaca ocehan hati saya silakan klik LINK INI tentang PhD: Siapa saingan kita?  

0 Comments

Akri  2019

9/22/2019

0 Comments

 
Picture
AKRI hadir lagi! Tahun ini merupakan kali kedua saya diberikan amanah untuk membarisi kumpulan juri dalam pemilihan finalis untuk Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia. Kisahnya ada saya catatkan DI SINI. 
​
Tahun ini acara pitching dan majlis kemuncak diadakan di Everly Hotel, sepelaung dari rumah sahaja. lalu inilah kesempatan untuk menghadiri sepenuhnya acara yang dijadualkan. 

Sekalung tahniah buat semua pemenang yang menunjukkan kesungguhan serta prestasi yang memberangsangkan. Namun yang lebih penting adalah bagaimana praktis yang di kongsikan ini dapat memberi inspirasi buat para pendidik lain untuk memperkasa pdpc mereka? Saya kira inilah intipati utama yang perlu dihayati bersama, bukan sekadar menobatkan siapa pemenang saban tahun. 

Syabas juga buat jawatankuasa penganjur dan tentunya peneraju utama  AKRI - Pengarah Bahagian KecemerlanganAkademik JPT, KPM -PM Dr Wan Zuhainis yang saya anggap mentor saya sejak sekian lama. 

Perkenalan kami telah lama terjadi. Namun kenangan terindah bersama tentulah pada malam Anugerah Rekabentuk dan Pemikiran Semulan Pendidikan Tinggi 2017 di mana Dr Wan sebagai juara kategori Pembelajaran Imersif Maya manakala saya naib johannya :) 
​Catatan ringkas DI SINI 

Picture
0 Comments

Bengkel  Pembelajaran  Aktif

9/1/2019

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture

8 Ogos kiranya sudah berminggu-minggu berlalu namun seperti biasa, catatan di sini akan hanya diterbitkan sekira-kiranya cerita sudah basi! Kerana itu saya tidak layak bertugas sebagai wartawan kerana jika beginilah timeline saya, sudah pasti awal-awal lagi diberhentikan kerja! 


Pembelajaran Aktif merupakan aspirasi pihak UKM sendiri yang ingin memastikan berlakunya pembelajaran berpusatkan pelajar dapat dilaksanakan di setiap fakulti. Sebenarnya, pembelajaran aktif bukanlah merupakan satu 'term'  baharu, malah sebahagian besar daripada kita barangkali sudahpun melaksanakan pembelajaran aktif dalam p&p. Berdasarkan input daripada para pensyarah juga, sememangnya sebahagian daripada pendekatan yang dibincangkan dalam bengkel tersebut sudah mereka laksanakan. Justeru, Pembelajaran Aktif seharusnya tidak dilihat sebagai 'beban baharu' kepada para pensyarah. Mungkin apa yang perlu diperkasakan adalah aspek perancangan serta penilaian terhadap impak pendekatan ini kepada pembelajaran pelajar. 

Sekalung penghargaan buat kedekanan FST di atas undangan ini. Mohon maaf jika ada yang terlebih atau terkurang. 

Jom sederap melangkah menuju Pembelajaran Aktif! 
0 Comments

Round  Table  Session - Kelestarian  Pusat  Internet :  A  Way  Forward

9/1/2019

0 Comments

 
Picture
Berlangsung pada 19 Ogos yang lepas, acara Persidangan Meja Bulat ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang sememangnya dirancang dari awal lagi. Persidangan ini mengumpulkan pakar-pakar dari bidang yang pelbagai termasuklah Keusahawanan, Pendidikan, Perundangan, TVET, serta Industri yang dijemput untuk duduk semeja dan membahaskan isu-isu berkaitan kelestarian Pusat Internet di negara ini. 

Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi diucapkan buat penaja geran penyelidikan kami iaitu Telekom Malaysia Bhd kerana semenjak dari fasa pertama pengumpulan data sehinggalah ke peringkat penghasilan model kelestarian, seringkali memberikan komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. 

Sekalung pernghargaan tidak terhingga buat En Anuar Mat Alim, Pengurus Besar TM yang sudi merasmi, membaca doa malah bertindak sebagai tunggak peting dalam perbincangan meja bulat ini. Tidak lupa juga buat pegawai-pegawai TM yang lain serta staf-staf MSD yang turut hadir. Tentu sekali tidak dilupakan para pakar yang sudi meluangkan masa, tenaga serta buah fikiran yang bernas. 

Output akhir daripada Persidangan Meja Bulat ini merupakan model kelestarian pusat internet yang kami rangka berdasarkan sorotan literatur dan diharmonikan dengan data temubual pada fasa pertama kajian. Penggunaan Interpretive Structural Model (ISM) saya kira amat praktikal di mana perisian ini membantu menganalisis input daripada proses voting yang dijalankan dan hasilnya setiap sub-elemen akhirnya disusun mengikut keutamaan berdasarkan voting yang dibuat. Credit untuk pelajar PhD saya Mazzlida yang membantu menguruskan penggunaan ISM ini. 
Duh, masa kian pantas berlarian sedangkan masih ada tugas yang berbaki yang perlu dilangsaikan untuk projek Geran Industri ini. Janji kami kepada TM, laporan akhir akan idserahkan dalam bulan Oktober 2019 ini. Mudah-mudahan kami diberikan kekuatan minda dan fizikal untuk meneruskan urusan yang berbaki ini. 

Di bawah ini adalah ahli-ahli penyelidik yang sentiasa komited dengan tugasan yang diberi. My heartfelt thanks to - Dr Azlin, Dr Diyana, Dr Sheerad, Dr Hazrati dan Dr Yusoff.
Picture
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success!
0 Comments
    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Blogs that I follow:

    Edutopia
    Center for Teaching 
    Educators Technology
    Jendela Kamila
    Tinta Seorang Wanita 
    PhD Blog 
    Patter
    The Thesis Whisperer
    James Hayton
    ​
    e-Learning Acupunture 
    Mendeley Blog
    Let's View my Blog 
    Google Drive Blog 
    SuperWebsiteBuilder
    ​
    e-learning learning
    Brain Rules 
    Peter Pappas 
    Classroom 2.0 
    ​Scoop.it

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    APRS
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Lifo Long Learning
    Love
    Memory
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    Open Distance Learning
    Palestine
    Piety
    Pitching
    Praktkum
    Pray
    Project
    Publication
    Pusat Internet
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UNESCO
    Universal Design
    Wedding