Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

PhD: Siapa saingan kita?

2/17/2018

4 Comments

 
Picture
Sumber: Google Image
Minggu ini menyaksikan segerombolan lagi pelajar baharu datang ke fakulti samada di peringkat pengajian masters mahupun PhD. Di mata masing-masing terpancar seribu harapan, azam yang menggunung dan tidak kurang juga teruja dengan cabaran yang menanti di hadapan sana! Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat datang buat semua ke FPend tercinta. Maka secara rasminya, kaki anda sudah menaiki kapal yang bakal berlayar menuju destinasi tersendiri. Semakin lama anda belayar semakin banyak pula gelombang uji yang menanti di kiri kanan. Pulau destinasi masih jauh dari pandangan, tetapi bagi mereka yang konsisten mengayuh, pasti lambat-laun anda akan dapat mendapat rentak bagaimana mengemudi kapal untuk membelah samudera yang maha luas. Bagi yang masih ragu-ragu dengan ombak membadai, pasti agak lambat meninggalkan pelabuhan. Mungkin kata hati mereka - 'kita tengok kapal lain dahulu .. bagaimana laluan yang mereka ambil. Apa tips untuk menghunjam ombak ganas di hadapan. Namun percayalah, laluan setiap pelayar tidak akan sama! Begitu banyak faktor yang akan mempengaruhi perjalanan pelayaran anda! 

Percaya atau tidak, penyelia anda memainkan peranan yang besar dalam kejayaan seseorang. Malah, rakan-rakan di sekeliling turut menyumbang kepada jatuh bangun individu. Namun, tanpa faktor yang satu ini, meskipun anda direzekikan untuk mendapat penyelia yang sangat membantu, rakan-rakan yang sangat mendokong antara satu sama lain, tanpa kehendak diri, anda tidak akan ke mana-mana. Justeru, semangat, keyakinan serta tekad dan azam untuk melepasi setiap tangga ujian yang menanti merupakan ramuan paling utama jika anda ingin berjaya melepasi tempoh pembelajaran ini. 

Kehidupan dalam tahun-tahun menjalani kembara PhD adalah satu lorong masa yang sangat sunyi. PhD is a lonely journey. Bukan sekali saya mendengar ujaran ini. Malah, pengalaman sendiri turut menyaksikan kebenaran itu. Meski di kiri kanan wujud sahabat handai yang menemani perjalanan itu, akhirnya ia kembali kepada diri sendiri juga. Tanpa semangat untuk menulis secara tekal setiap hari, tesis anda tidak akan berganjak halamannya. Tanpa inisiatif sendiri untuk memperdalami kemahiran menganalisis data misalnya, data berlambak tidak akan tersusun dengan sendiri untuk memberi makna kepada dapatan kajian. Tanpa disiplin diri untuk mencabar diri mencapai satu-satu tahap dalam perbatuan kerja, maka jadual yang indah tersusun tidak akan bermakna juga pada akhirnya. 

Sakit. Memang sakit. Kadangkala otak kita bisa menjadikan kita 'kegilaan'. (Bukan gila ye). Kata orang PhD means Permanent Head Damage. Itu lelucon biasa dalam pengajian PhD. Kita ketawa seketika sebagai mengubat rawan dan duka. Malah di waktu pengajian PhD, personaliti kita kadangkala berubah 180 darjah. Yang peramah bisa jadi bisu. Yang murah senyuman bisa berwajah zombie. Kita kadangkala mungkin akan berbicara sendiri sewaktu memandu kereta. Atau di kala mata baru hendak terlelap, jangan terperanjat jika tiba-tiba otak 'bangun' lalu ligat mencetus idea sana-sini. Lalu kita akan bingkas menuju komputer untuk mencatuk-catuk seketika. Kemudian scroll up, scroll down .. tiba-tiba idea tadi hilang semula! 

Itu biasa. Dan itu sememangnya menyeksakan! Malah itu memang asam garam dalam hari-hari PhD kita yang panjang! Jadi bagi mereka yang baharu mendaftar, bersedialah secara mental akan perubahan dan kegilaan yang bakal anda lalui beberapa tahun ini. Tetapi, jangan risau, meskipun ini kelihatan 'gila' namun ia adalah sesuatu yang normal! Jadi jika suatu masa nanti anda melalui simptom-simptom sebegini, tepuklah belakang sendiri kerana itu bermakna anda benar-benar menyelami kehidupan pelajar PhD! 

Sehingga para ini, saya kira anda memikirkan yang saya cuba menakut-nakutkan anda dengan kisah kegilaan? Bukan itu maksud utama saya. Beberapa pelajar yang bukan berada di bawah penyeliaan saya pernah datang ke bilik untuk bersembang secara santai serta mengharapkan tips untuk kekal dalam momentum, teguh dan cekal jiwa raga, serta mampu menyempurnakan penulisan tesis mereka sehingga ke akhirnya. Hmm .. rasanya tidak pernah saya menulis secara harfiah begini tentang pengalaman saya semasa melalui proses pengajian PhD, meskipun secara lisannya saya pernah berkongsi dengan para pelajar saya tentang pahit maung saya semasa bergelar pelajar PhD di University of Nottingham. 

Penyelia utama saya bernama Gordon Joyes manakala penyelia kedua pula bernama Linda Ellison. Kedua-duanya berbangsa Inggeris, berambut perang, serta memilik sepasang mata berwarna biru yang mempesona! Seingat saya, di tahun pertama pengajian, penyelia saya banyak memberikan penekanan terhadap apa yang saya telaah dan baca. Setiap kali penyeliaan, saya diminta untuk mengupas apa hasil pembacaan yang telah saya lakukan. Malahan, penyelia akan menetapkan satu tarikh untuk sesi penyeliaan seterusnya. Setiap kali selesai sesi perbincangan, saya diminta menulis satu laporan ringkas tentang agenda yang dibincangkan dan paling penting, apa yang perlu dilakukan sebelum sesi penyeliaan yang akan datang. Percaya atau tidak, saya mula-mula menyiapkan bab 2 terlebih dahulu sebelum menghasilkan bab 1. 

Oleh kerana penulisan tesis saya perlu dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris, saya merasakan bahawa proses penulisan itu sesuatu yang agak sukar pada mulanya. Maklumlah saya bukanlah pelajar TESL, sebaliknya lebih banyak bergelumang dengan Bahasa Arab berbanding Bahasa Inggeris pada pengajian ijazah pertama :) Namun kerana Gordon dan Linda sentiasa mengatakan bahawa penulisan saya sebagai 'understandable', 'acceptable' dan seringkali mereka mengucapkan syabas lalu self-esteem saya mula meninggi. Saya redah sahaja meskipun saya tahu masih banyak ruang untuk penambahbaikan tetapi oleh kerana mendapat maklumbalas yang 'memberangsangkan' jadi saya  tidak putus asa. 

Saya mula mengutip data secara temubual pada semester kedua pengajian. Dan ia berlangsung sehingga akhir tahun kedua. Percaya atau tidak, pada tahun ketiga saya masih mengutip data - data baharu daripada satu lagi kumpulan responden yang tiba-tiba muncul secara snowball.  Saya masih ingat kata Gordon seusai saya menceritakan 'penemuan' saya  terhadap satu lagi komuniti dalam talian yang aktif dalam kalangan guru di SBP - 'Fariza, you should go for it!' . Lalu tanpa berfikir dua kali, saya terus menghubungi mereka dan hasilnya saya mempunyai segunung data temubual yang dikutip daripada tiga fasa, dan bagi setiap responden tidak kurang dari 3 kali temubual dijalankan. 

Selesai proses pengumpulan data, saya mula kegilaan. Data yang terlalu banyak, berselirat, berterabur dan belum di'anyam' menjadi dapatan yang bermakna membuat saya lemas dalam lautan dan timbunan data. NVivo sekalipun tidak mampu menyelamatkan emosi saya yang sarat dengan tandatanya. 

Bagaimana mungkin saya mempersembahkan data yang terlalu banyak ini? TIdak dinafikan saya 'masak' dengan setiap dapatan sehingga saya bisa mengingati jawapan itu datangnya daripada siapa dan di fasa mana. Namun, kedua penyelia saya turut mengakui bahawa mereka sendiri tidak dapat membantu untuk merungkai kekusutan itu. 

Bayangkan talian hayat sudah tidak boleh digunakan. Kepada siapa anda hendak mengadu? Bagi kita, hamba Allah yang percaya kepada hakikat yang tiada yang mustahil dalam ilmu Allah, maka di saat-saat begini, jika kita tidak kembali kepadaNya, adalah satu hal yang tidak boleh diterima akal. Memang, saya akui pada ketika itu, bagai tersedar akan kealpaan, kelekaan dalam kegilaan mengorek menggali data, bahawa Dia ada dan Dialah sebaik-baik pemberi petunjuk. Saya tidak segan mengatakan bahawa pada saat itu, pergantungan kepada Maha Pencipta berada di tahap paling tinggi. Allah .. Allah .. ilham itu datangNya daripada Dia.  Suatu hari, saya membelek semula satu buku dan entah bagaimana, saya mula tertarik untuk menggunakan teknik menganalisis data yang dikemukakan. Saya mencuba dan mencuba selama berbulan-bulan lamanya untuk mendapatkan 'makna' daripada segala data yang ada. Dan akhir beberapa purnama yang panjang akhirnya saya berjaya menyiapkan bab 6 (bab dapatan). 

Gordon ternyata gembira dengan teknik tersebut lalu meminta saya menyiapkan bab 7. Dalam tempoh itu, entah berapa kali draf penulisan saya bertukar tangan. Seringkali menerima catatan balas, pasti saya termenung kosong. Ada sahaja perkara yang tidak langsai. Kerap kali Gordon menulis ' You are not being critical enough Fariza!' Luluh hati saya. Air mata yang gugur tak usahlah disukat. Barangkali bercawan-cawan atau berbaldi! 

Saudara-saudari, tempoh itu satu tempoh yang menyiksakan. Ia umpama telur di hujung tanduk. jika tidak kuat isitqamah, pasti ada yang syahid. Justeru, suka saya tegaskan bahawa setiap yang melangkah ke alam PhD, tidak semuanya akan selamat tiba di destinasi kerana pasti akan ada yang gugur di tengah jalan, kerana perjalanannya memang panjang, menyakitkan malah boleh menukar siapa diri kita. 

Namun sekali lagi, saya bukanlah hendak menakut-nakutkan anda. Kerana saya percaya, dalam perjalanan PhD ini, kita sebenarnya bukan bersaing dengan orang lain. Sebaliknya, persaingan sebenar adalah diri kita sendiri! Kejapkan azam, perbetulkan niat dan jangan lupa berusaha serta paling penting, tadahlah doa dan mohonlah daripada Yang Maha Mendengar agar setiap langkah dalam perjalanan ini dipermudahkan. Janganlah terlalu taksub untuk graduate on time, sebaliknya, carigalilah hikmah (wisdom) daripada keseluruhan proses pembelajaran tersebut, kerana sekali anda melepasinya garis penamatnya, tiada kata-kata yang boleh melambangkan perasaan sebenar akan manisnya sebuah perjuangan. 

Kerana kesakitan itu jugalah, mudah-mudahan akan mencipta nilai diri kita yang empati serta menghargai susah payah dalam pencarian ilmu. Meski PhD dalam genggaman, kita ini bukanlah mahaguru. Ilmu yang ada hanyalah setitis daripada lautan ilmuNya. Jadi janganlah berbangga diri berjalan menongkat langit kerana PhD adalah satu permulaan, bukannya pengakhiran. Ingatlah pesanan Imam As-Syafi'i:


"Jika Kamu tidak dapat menahan lelahnya belajar, maka kamu harus sanggup menahan perihnya Kebodohan."


Selamat Maju Jaya semua! ^___^ 
4 Comments
Mazita Ahmad
2/22/2018 06:27:01 am

Dr telah menukilkannya dengan begitu indah sekali. Saya sedang melalui perjalanan itu. Coretan Dr memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan perjuangan yang tinggal di penghujung ini. Terima kasih Dr. Mohon doakan saya...

Reply
Dr Fariza
2/26/2018 09:48:25 pm

Salam Mazita,

Alhamdulillah jika sampai ke hati :)
Saya mendoakan perjalanan Mazita akan berpenghujung juga .. kerana tiada yang mustahil dalam hidup ini. Yangp enting usaha, doa dan tawakkal ^__^

Reply
sshazwani
6/17/2018 09:01:00 pm

Terima kasih Dr di atas kisah yang memberi saya sedikit semangat. saya baru bermula tapi dek kerana kurangnya semangat/rakan, saya mula merasakan jalan yg saya pilih ini adalah salah.

Reply
DR F
6/19/2018 02:03:51 am

Salam Shazwani

Terima kasih kerana sudi membaca coretan ringkas saya ini. Mudah2an memberi sedikit semangat untuk semua yang berada dalam fasa pembelajaran :)

Saudari pelajar FPend ke? Maaf saya tak perasan

Reply



Leave a Reply.

    Picture

    Archives

    January 2023
    December 2022
    August 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    August 2021
    April 2021
    March 2021
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    November 2019
    May 2019
    January 2019
    December 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    August 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016

    Do your search here:

    Categories

    All
    Action Research
    Activity Theory
    Alumni
    Basic Of Research
    BItara Pengajaran
    Campus Life
    Case Study
    Checklist
    Community Of Practice
    Conceptual Framework
    Conference
    Convocation
    DDR
    Discourse
    Epistemology
    EPRD
    Innovation
    Journal Titles
    Jurnal Titles
    Keynote
    Meeting
    Notes
    Nvivo
    ODL
    PhD
    Pitching
    Progress
    Publication
    Qualitative
    Quantitative
    Questionnaire
    Reminder
    Research Process
    Robing
    Self-branding
    SoTL
    SPSS
    Statistics
    Student Testimonials
    Success Recipe
    Supervisee
    Supervision
    Tahniah
    Tesis
    Ucaptama
    Visibility
    Viva
    Workshop
    Writing Articles

    RSS Feed

    Website Stats

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks