Bersama pelajar PhD saya Farhana selama hampir 2 jam di talian Zoom. Beliau sebenarnya pelajar berpotensi besar dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kerjaya. Namun kerana komitmen terhadap kerja agak menyekat aktiviti penyelidikan. Namun alhamdulillah, dalam pertemuan tersebut saya banyak berkongsi tentang strategi bagaimana untuk move on dan bagaimana untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan procrastination! Turut dibincang secara panjang lebar juga adalah bagaiamana pentingnya untuk memetakan dapatan akhir dengna penyataan masalah yang dikemukakan di bab 1. Semoga Farhana terus dalam momentum dan akhirnya dapat mencapai timeline yang digagaskan dengan jaya. Chayukkk Fana!!
0 Comments
Alhamdulillah setinggi-tinggi rasa syukur dirafa'kan ke hadrat Ilahi kerana di atas kurnia ilham dan kekuatan minda serta fizikal, akhirnya seorang lagi pelajar PhD saya menamatkan perjalanannya. Tahniah Dr. Intan Farahana, kerana telah lulus ujian viva voce!
Penghargaan tidak terhingga buat pembaca luar Prof Dr Nor Aziah Alias (UiTM) .. sifu saya dalam e-learning pastinya .. dan juga pembaca dalaman Dr Aidah di atas semua cadangan penambahbaikan yang bernas! Semoga Allah membalas kebaikan semua dengan kebajikan berlipat kali ganda :) |
Archives
November 2020
Do your search here:Categories
All
|