Momen ini sesuatu yang seringkali memberi nafas sentimental kepada diri seorang penyelia apabila meraikan kejayaan anak-anak supervisee saban tahun. Alhamdulillah .. dua pelajar PhD dan seorang Doktor Pendidikan Tinggi saya dilahirkan untuk tahun 2021 ini. Sekalung tahniah - Dr Intan Farahana, Dr Ikram dan Dr Marini!!! Seperti yang kelihatan di dalam foto paling atas, ada empat PhDs bersama saya - tambahan seorang lagi adalah Dr Hairul yang sebenarnya telahpun bergraduat tahun yang lepas namun tetap hadir untuk sama-sama meraikan rakan-rakan yang lain dan tentunya untuk ebrgambar bersama-sama :) Thanks Dr Hairul! Ayuh anak-anak yang lain - inshaAllah tahun hadapan kita akan meraikan Izzat, Zali, Syaida, Suzana dan beberapa yang lain inshaAllah ..! Tiada yang mustahil dalam hidup ini jika segalanya didasari oleh kemahuan dan usaha. Selebihnya, doa juga menjadi senjata. Anak-anak - jagalah hubungan baik sesama manusia - all the significant others di sekelilingmu ada saham tersendiri yang bisa membantu kejayaan kita semua. Saya tidak mahu mengingatkan tentang hubungan dengan Yang Maha Khalik, kerana itu tentu sekali kewajipan utama setiap individu. Apapun didoakan semua berada di dalam Rahman dan Rahim-Nya selalu .. barakumullah jami'a .. inshaAllah Gambateh semua!!! xoxo Dr. F
0 Comments
Alhamdulillah setelah sekian musim sidang viva terpaksa dijalankan secara dalam talian, akhirnya berkesempatan juga untuk menyaksikan seorang lagi anak PhD saya melalui sesi viva secara bersemuka.
Agak janggal setelah sekian lama berlakunya penyesuaian diri dengan viva dalam talian. Syukur ke hadrat Ilahi di atas kejayaan Izzat melalui sesi ini meskipun memerlukan pembetulan dilakukan. Pembetulan itu satu adat dalam dunia akademia, sepak terajang dalam pengajian PhD lalu apa yang hendak dihairankan dengan adanya pembetulan? Sekalung ucapan terima kasih buat kedua-dua pemeriksa tesis - pemeriksa luar dan dalam yang begitu berdedikasi serta cermat dalam memperihalkan isu serta perkara yang perlu ditambahbaik. Tentulah setiap yang dicadangkan itu perlu diterima dengan hati yang terbuka dan anggap ia satu proses pembelajaran. For those who are still waiting for your viva, what can you do before the date comes? When I was in your position, I studied all possible questions and listed all the answers and justification (together with the page in my thesis that is related to my answers). Believe it or not - during my viva, I wasn't looking at my thesis at all. All I had was the sheets of paper in my hand with all the questions and answers and went through the process with a smooth sailing, alhamdulillah. I was given 3 months to do the correction but all I need was only five days to complete all the amendments. Thanks to my beloved supervisors - Gordon Joyes & Linda Ellison who had given me endless support and strength! Back to the entry - congratulations Dr Izzat for coming thus far! Your svs - Dr Mistima and I are super proud of you! Note: Izzat antara yang paling banyak publications dan memenangi pelbagai pingat dalam pertandingan inovasi! Bravo! Anak-anak PhD lain yang belum sampai ke tahap viva jangan risau ye. Seringkali saya ingatkan bahawa PhD ini bukanlah satu competition dengan orang lain sebaliknya kita perlu bersaing dengan diri sendiri yang merupakan musuh senyap yang boleh menghancurkan jika tidak dilawan. Procrastination akan menjadi temanmu yang paling rapat jika dibiarkan. Saya juga pernah menulis tentang isu ini and how to combat procrastination. Selamat maju jaya semua! xoxo Dr. F |
Archives
December 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |