Memenuhi undangan Dr Hadi untuk membantu pelajar PhDnya Rafeef yang sedang melaksanakan kajian tentang facial expression recognition. Satu kajian yang menarik namun proses untuk pengesahan ekpresi wajah di pelakon di layar ada yang mencuit hati sehingga tidak sedar ketawa kami berhamburan di udara hahaha!
Selamat maju jaya Rafeef!
0 Comments
Alhamdulillah, sejujurnya saya telah lama ingin meminang beliau. Sahabat saya yang saya kenali semasa pengajian PhD di Nottingham - PM Dr Zaleha Abdullah atau lebih mesra kami sapa sebagai Dr. Zac. Sesi perkongsian tentnag Activity Theory merupakan salah satu agenda di bawah aktiviti geran penyelidikan saya sekaligus dimanfaatkan juga untuk semua pelajar di bawah seliaan saya serta beberapa pelajar lain. Bagi yang belum pernah mendengar tentang Activity Theory, silakan menonton rakaman sesi perkongsian yang saya benamkan di bawah. Sangat-sangat menarik sebenarnya penggunaan AT ini khususnya sebagai satu alat untuk membantu penyelidik membuat analisis yang lebih berfokus. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Dr Zac kerana sanggup mengorbankan masa di hujung minggu demi menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada anak-anak pelajar :) Semoga Allah membalas segala kebaikanmu sahabat! Ameen ... Kepada yang telah hadir, semoga mendapat manfaatnya ye. Jumpa lagi di lain sesi. Beliau merupakan anak didik di bawah seliaan saya semenjak di tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda (FYP). Dan hari ini beliau mengunjungi saya di pejabat untuk menyerahkan tesis Sarjananya pula yang membincangkan aspek Computational Thinking dalam Pengajaran & Pembelajaran.
Setinggi-tinggi tahniah Fira! Terima kasih juga kerana menjadi pelajar yang hebat dan berketrampilan. Teruskan kecemerlangan. Mudah-mudahan ada rezeki kembalilah ke kampus ini untuk PhD pula :) Mendoakan yang baik-baik buatmu serta your other half! Saya dikunjungi beliau minggu nak lepas. Kebetulan pula saya bekerja di bilik asal saya di fakulti lalu beliau terus mengunjungi saya di situ. Dr. Izzat, seorang pelajar PhD yang begitu tekun dalam segenap usaha yang dicurahkan. Kajian beliau adalah tentang penggunaan aplikasi mudahalih dalam pengajaran Matematik. Sebagai seorang guru Matematik yang bertugas di sekolah rendah, kajiannya dijalankan dalam konteks pekerjaan seharian. Beliau banyak sekali menerbitkan artikel di jurnal-jurnal SCOPUS. Malah bukan hanya penerbitan dalam jurnal, beliau turut menyertai pelbagai pertandingan inovasi penyelidikan sehingga menggondol Diamond Award. Semangat dan kesungguhan ini saya kira perlu dijadikan contoh oleh pelaajr-pelajar lain khususnya yang berada di bawah penyeliaan saya sendiri. Meskipun berstatus pelajar separuh masa, Dr Izzat mampu menyiapkan penulisan tesis pada semester ke-6. Ini satu cabaran untuk pelajar-pelajar lain juga. Sekalung tahniah sekali lagi Izzat, di atas kejayaan yang cemerlang ini! Saya doakan Izzat akan terus cemerlang dalam bidang pendidikan serta mampu menghidupkan roh penyelidikan dalam praktis seharian. InshaAllah panjang umur kita ketemu lagi :) Terima kasih juga di atas ingatan dan ole-ole yang dibawa .. Just a few days before Ramadhan starts, I had a supervision lunch with Irfan & Aishah - my masters students who are also the scholarship recipients from the ministry. Few little notes: 1. Stay focused 2. Breakdown the targets 3. Follow the timeline(s) 4. Talk over the difficulties and find solution 5. Combat procrastination 6. Duaa and duaa ..
Jemputan untuk berkongsi pengalaman sebagai pemenang Anugerah Bitara Pengajaran UKM telah saya terima semenjak beberapa bulan sebelum. Namun beberapa hari sebelum acara saya bercakap dengan PM Dr Rai selaku penganjur melalui panggilan telefon tentang kesangsian saya untuk berkongsi pengalaman, justeru saya merasakan tidak banyak perkara yang boleh saya kongsikan.
Beliau namun, meyakinkan saya dengan meminta saya memfokuskan kepada aspek pembangunan portfolio serta proses yang telah saya lalui serta tips lain yang dirasakan wajar untuk dikongsi. Lalu dengan penuh kesederhanaan saya lalu menguatkan diri. Rakaman perkongsian Prof Rohi, saya dan PM Dr Roszilah dibenamkan di bawah untuk rujukan bersama. Selamat maju jaya buat semua calon yag mencuba tahun ini. Undangan diterima daripada Dr Hairul daripada IPG Ilmu Khas Kuala Lumpur untuk berbicara tentang Kajian Tindakan sempena Seminar Penyelidikan Tindakan Kebangsaan 2021 (TINDAK2021). Oleh kerana KT sangat berkait rapat dengan praktis serta proses penambahbaikan berterusan, lalu falsafahnya tidak lari jauh daripada konsep Scholarship of Teaching & Learning atau lebih dikenali dengan nama SoTL. Saya kira ramai pendidik yang juga merupakan penyelidik yang telah faham konsep SoTL dan kepentingannya dalam profession pendidikan. Namun tidak kurang juga yang belum benar-benar sebati kefahamannya tentang SoTL serta perkaitannya dengan aktiviti dalam Kajian Tindakan. Lalu kesempatan untuk menyampaikan ucaptama di Seminar TINDAK2021 ini saya ambil untuk mengupas aktiviti Kajian indakan daripada lensa SoTL. Terima kasih penganjur di atas jemputan ini. Semoga perkongsian sederhana ini memberi sedikit insights serta renungan tentang 'what's next' yang boleh kita fikirkan untuk kebaikan bersama :) Rakaman ucaptama ini boleh ditonton di bawah. Jemputlah :) Momen ini sesuatu yang seringkali memberi nafas sentimental kepada diri seorang penyelia apabila meraikan kejayaan anak-anak supervisee saban tahun. Alhamdulillah .. dua pelajar PhD dan seorang Doktor Pendidikan Tinggi saya dilahirkan untuk tahun 2021 ini. Sekalung tahniah - Dr Intan Farahana, Dr Ikram dan Dr Marini!!! Seperti yang kelihatan di dalam foto paling atas, ada empat PhDs bersama saya - tambahan seorang lagi adalah Dr Hairul yang sebenarnya telahpun bergraduat tahun yang lepas namun tetap hadir untuk sama-sama meraikan rakan-rakan yang lain dan tentunya untuk ebrgambar bersama-sama :) Thanks Dr Hairul! Ayuh anak-anak yang lain - inshaAllah tahun hadapan kita akan meraikan Izzat, Zali, Syaida, Suzana dan beberapa yang lain inshaAllah ..! Tiada yang mustahil dalam hidup ini jika segalanya didasari oleh kemahuan dan usaha. Selebihnya, doa juga menjadi senjata. Anak-anak - jagalah hubungan baik sesama manusia - all the significant others di sekelilingmu ada saham tersendiri yang bisa membantu kejayaan kita semua. Saya tidak mahu mengingatkan tentang hubungan dengan Yang Maha Khalik, kerana itu tentu sekali kewajipan utama setiap individu. Apapun didoakan semua berada di dalam Rahman dan Rahim-Nya selalu .. barakumullah jami'a .. inshaAllah Gambateh semua!!! xoxo Dr. F Alhamdulillah setelah sekian musim sidang viva terpaksa dijalankan secara dalam talian, akhirnya berkesempatan juga untuk menyaksikan seorang lagi anak PhD saya melalui sesi viva secara bersemuka.
Agak janggal setelah sekian lama berlakunya penyesuaian diri dengan viva dalam talian. Syukur ke hadrat Ilahi di atas kejayaan Izzat melalui sesi ini meskipun memerlukan pembetulan dilakukan. Pembetulan itu satu adat dalam dunia akademia, sepak terajang dalam pengajian PhD lalu apa yang hendak dihairankan dengan adanya pembetulan? Sekalung ucapan terima kasih buat kedua-dua pemeriksa tesis - pemeriksa luar dan dalam yang begitu berdedikasi serta cermat dalam memperihalkan isu serta perkara yang perlu ditambahbaik. Tentulah setiap yang dicadangkan itu perlu diterima dengan hati yang terbuka dan anggap ia satu proses pembelajaran. For those who are still waiting for your viva, what can you do before the date comes? When I was in your position, I studied all possible questions and listed all the answers and justification (together with the page in my thesis that is related to my answers). Believe it or not - during my viva, I wasn't looking at my thesis at all. All I had was the sheets of paper in my hand with all the questions and answers and went through the process with a smooth sailing, alhamdulillah. I was given 3 months to do the correction but all I need was only five days to complete all the amendments. Thanks to my beloved supervisors - Gordon Joyes & Linda Ellison who had given me endless support and strength! Back to the entry - congratulations Dr Izzat for coming thus far! Your svs - Dr Mistima and I are super proud of you! Note: Izzat antara yang paling banyak publications dan memenangi pelbagai pingat dalam pertandingan inovasi! Bravo! Anak-anak PhD lain yang belum sampai ke tahap viva jangan risau ye. Seringkali saya ingatkan bahawa PhD ini bukanlah satu competition dengan orang lain sebaliknya kita perlu bersaing dengan diri sendiri yang merupakan musuh senyap yang boleh menghancurkan jika tidak dilawan. Procrastination akan menjadi temanmu yang paling rapat jika dibiarkan. Saya juga pernah menulis tentang isu ini and how to combat procrastination. Selamat maju jaya semua! xoxo Dr. F *Entri ini merupakan kesinambungan daripada entri-entri yang lepas berkaitan permohonan ini. Untuk baca entri terdahulu, klik link di bawah: ENTRI 1 Entri 1 memuatkan maklumat asal tentang permohonan namun maklumat ini perlu diabaikan kerana EPRD tidak lagi menggunakan pemrohonan secara manual (kecuali ada sebab-sebab yang dibenarkan oleh pihak urusetia di KPM) ENTRI 2 Entri 2 memuatkan maklumat tentang sistem ERAS yang mula digunakan untuk permohonan semenjak 2018. Jadi penyelidik semua, untuk permohonan silalah gunakan sistem ini ye. ENTRI 3 Entri 3 pula saya telah menrangkan contoh tentang cara-cara mengisi borang permohonan Ramai yang menghubungi saya untuk pertanyaan lanjut tentang selok-belok permohonan dan tidak ketinggalan ada juga yang berkongsi masalah teknikal apabila menggunakan sistem tersebut. Untuk makluman, saya bukanlah pegawai KPM ya, perkongsian saya dalam entri-entri sebelum ini hanyalah sebagai end user kepada sistem tersebut. Jadi dalam hal-hal berkaitan teknikal dan sebagainya, seeloknya saudara dan saudari rujuklah kepada pegawai yang bertanggungjawab di KPM :) Entri pada hari ini lebih kepada perkongsian tambahan tentang syarat-syarat untuk membolehkan para penyelidik memohon utuk mendapatkan kebenaran daripada bahagain EPRD KPM. Berikut saya perturunkan syarat-syarat yang tertera sebelum penyelidik memohon di sistem untuk rujukan bersama: SYARAT - SYARAT PERMOHONAN 1. Pengutipan data tidak melibatkan murid kelas peperiksaan (UPSR, PT3, dan SPM) 2. Penyelidikan tidak mengandungi unsur sensitif (seperti mempersoalkan dasar pendidikan / isu perkauman / menyentuh sensitiviti agama / seks keterlaluan / mengaibkan individu atau kumpulan), khususnya item soal selidik, soalan protokol temu bual, dan kandungan modul intervensi. 3. Pengutipan data tidak mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah. 4. Pengutipan data tidak melibatkan pemerhatian oleh penyelidik serta rakaman video aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. 5. Pengutipan data tidak melibatkan pengambilan darah atau sebarang sampel fizikal daripada murid. 6. Pengutipan data melibatkan murid di luar waktu persekolahan, penggunaan aplikasi, permainan dan sebagainya perlu disertakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga dan surat sokongan daripada pentadbir sekolah. 7. Eksperimen, modul, permainan, aplikasi dan sebagainya perlu dilaksanakan oleh guru sekolah berkenaan (guru berperanan sebagai proksi penyelidik). 8. Instrumen hendaklah dalam bahasa yang digunakan semasa melaksanakan kajian (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris). Sekiranya menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, perlu DITERJEMAHKAN ke dalam Bahasa Melayu. 9. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat permohonan akan DITOLAK. 10. Kementerian Pendidikan Malaysia berhak MENOLAK sebarang permohonan untuk menjalankan penyelidikan atau membatalkan kebenaran yang telah diberikan tanpa sebarang notis. 11. Satu naskhah laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah diserahkan kepada Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia selepas penyelidikan selesai dijalankan. 12. Laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah berkulit keras berserta salinan softcopy (CD) berformat PDF. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: PENTADBIR eRAS UNIT PEMBANGUNAN DAN PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEKTOR PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN DASAR BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, ARAS 1-4, BLOK E8, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, 62604 PUTRAJAYA. Tel : 03-8884 6591 Manakala di bawah pula adalah langkah-langkah yang perlu saudara-saudari lalui untuk mendapatkan kebenaran: Untuk panduan dan rujukan juga, saya compilekan semua Q&A yang berlaku di dalam entri-entri sebelum ini .. hope this will be helpful :). |
Archives
June 2022
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |