Saya dikunjungi beliau minggu nak lepas. Kebetulan pula saya bekerja di bilik asal saya di fakulti lalu beliau terus mengunjungi saya di situ. Dr. Izzat, seorang pelajar PhD yang begitu tekun dalam segenap usaha yang dicurahkan. Kajian beliau adalah tentang penggunaan aplikasi mudahalih dalam pengajaran Matematik. Sebagai seorang guru Matematik yang bertugas di sekolah rendah, kajiannya dijalankan dalam konteks pekerjaan seharian. Beliau banyak sekali menerbitkan artikel di jurnal-jurnal SCOPUS. Malah bukan hanya penerbitan dalam jurnal, beliau turut menyertai pelbagai pertandingan inovasi penyelidikan sehingga menggondol Diamond Award. Semangat dan kesungguhan ini saya kira perlu dijadikan contoh oleh pelaajr-pelajar lain khususnya yang berada di bawah penyeliaan saya sendiri. Meskipun berstatus pelajar separuh masa, Dr Izzat mampu menyiapkan penulisan tesis pada semester ke-6. Ini satu cabaran untuk pelajar-pelajar lain juga. Sekalung tahniah sekali lagi Izzat, di atas kejayaan yang cemerlang ini! Saya doakan Izzat akan terus cemerlang dalam bidang pendidikan serta mampu menghidupkan roh penyelidikan dalam praktis seharian. InshaAllah panjang umur kita ketemu lagi :) Terima kasih juga di atas ingatan dan ole-ole yang dibawa ..
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |