Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Supervision di hujung minggu

8/24/2022

1 Comment

 
Picture
Picture
Ruang itu perlu dicipta dan dicari. Jika tidak sampai bila-bila sukar untuk kita berjumpa. Kebetulan pula di minggu-minggu kebelakangan ini pengutipan data kajian sedang rancak dilaksanakan, lalu berkesempatan mencipta ruang untuk supervision bersama Irfan dan Haliq - dua pelajar Sarjana saya yang merupakan pelajar tajaan HLP. 

Tidak ada laluan yang mudah untuk berjaya. Apatah lagi dengan status sebagai pelajar sarjana, maka dalam kebanyakan masa, penyelia tentulah menjangkakan pelajar-pelajarnya untuk mempamerkan kapasiti sebagai self-regulated learners. Pembacaan demi pembacaan adalah modal paling penting dalam memperdalami setiap topik kajian. Kemahiran untuk meneroka kajian lepas serta kepentingan kajian yang sedang dilaksanakan juga tidak kurang penting dalam memandu seseorang penyelidik dalam melaksanakan kajian mereka. 

Seronok apabila keduanya terlibat secara langsung dengan kajian saya berkaitan ODL. Banyak perkara yang kami pelajari bersama. 

Selamat maju jaya Irfan & Haliq! 
1 Comment

Tahniah  Musfirah!

6/2/2022

0 Comments

 
Picture
Picture
Beliau merupakan anak didik di bawah seliaan saya semenjak di tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda (FYP). Dan hari ini beliau mengunjungi saya di pejabat untuk menyerahkan tesis Sarjananya pula yang membincangkan aspek Computational Thinking dalam Pengajaran & Pembelajaran. 

Setinggi-tinggi tahniah Fira! Terima kasih juga kerana menjadi pelajar yang hebat dan berketrampilan. Teruskan kecemerlangan. Mudah-mudahan ada rezeki kembalilah ke kampus ini untuk PhD pula :) 

Mendoakan yang baik-baik buatmu serta your other half! 
0 Comments

Supervision

4/5/2022

0 Comments

 
Picture

Just a few days before Ramadhan starts, I had a supervision lunch with Irfan & Aishah - my masters students who are also the scholarship recipients from the ministry. 
​
Few little notes: 
1. Stay focused
2. Breakdown the targets
3. Follow the timeline(s)
4. Talk over the difficulties and find solution
5. Combat procrastination
6. Duaa and duaa ..
0 Comments

Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan

1/14/2022

4 Comments

 
Picture
Picture
Alhamdulillah thummalahmdulillah.

Pinangan diterima sudah agak sekian lama, malahan tarikh seminar turut tertunda beberapa kali di atas faktor di luar kawalan. Namun dengan rahmat-Nya, petang ini dapatlah juga bersama-sama menyantuni para penyelidik / pelajar-pelajar Sarjana dan PhD untuk membicarakan satu tajuk paling asas berkaitan penyelidikan iaitu Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan. 

Seminar dianjurkan Persatuan Siswazah Fakulti Pendidikan - terlalu dekat dengan diri saya pastinya. Lalu jemputan daripada anak-anak sebumbung tentulah sukar ditolak sementelah semenjak tidak lagi bertugas sebagai Ketua Program Phd, saya agak jarang berpeluang untuk bertemu dengan pelajar-pelajar siswazah di fakulti sendiri :) 

Kehadiran turut dimeriahkan oleh pelajar-pelajar siswazah dari institusi lain yang barangkali dalam proses menyiapkan proposal kajian masing-masing. Terima kasih di atas komitmen yang diberi selama sekitar 3 jam bersiaran. Saya paling gemar apabila seminar begini diselang seli  dengan sesi soal jawab. Pelbagai soalan diutarakan .. mudah-mudahan sedikit penerangan sederhana yang diberikan mampu memberi pencerahan kepada yang bertanya serta audiens yang lain. Terima kasih semua yang tidak menjadi 'pendengar bisu' sebaliknya mengambil peluang yang ada untuk mengutarakan persoalan. Syabas. 

Kenapa penyediaan kertas cadangan penyelidikan penting untuk dititikberatkan? Mungkin ada sebahagian penyelidik yang berfikir bahawa "Ah .. namapun proposal takkan nak tulis beriya.." atau ".. nanti bukan semua yang ditulis nak diikut ..". Pemikiran sebegini seharusnya dielakkan ye anak-anak. Anda harus percaya bahawa proposal yang lengkap, terancang dan jelas hala tujunya akan banyak memberi kebaikan kepada penyelidik sendiri. Paling penting, dengan adanya proposal yang baik, anda juga akan mampu menonjolkan jangkaan dapatan kajian dan seterusnya bagaimana dapatan ini akan menjadi sumbangan utama anda terhadap bidang kajian anda. 
Picture
Picture
Picture
Penghasilan proposal kajian yang baik turut menuntut setiap penyelidik untuk mempersiapsiaga diri masing-masing dengan beberapa aspek - pengetahuan dan bidang kajian, selok-belok dalam metodologi penyelidikan, malah tidak ketinggalan kemahiran berfikir secara kritikal serta kemmahiran berkomunikasi. Terlalu banyak perkara yang boleh dibincangkan di bawah satu tajuk yang umum sebegini namun masa tentu sekali tidak mengizinkan. Mudah-mudahan sesi ringkas petang tadi memberi sedikit bekal berguna buat semua. Adios! 
Picture
4 Comments

Syarat dan langkah permohonan eRAS

10/16/2021

1 Comment

 
Picture

*Entri ini merupakan kesinambungan daripada entri-entri yang lepas berkaitan permohonan ini. Untuk baca entri terdahulu, klik link di bawah: 

ENTRI 1 

Entri 1 memuatkan maklumat asal tentang permohonan namun maklumat ini perlu diabaikan kerana EPRD tidak lagi menggunakan pemrohonan secara manual (kecuali ada sebab-sebab yang dibenarkan oleh pihak urusetia di KPM)

ENTRI 2
Entri 2 memuatkan maklumat tentang sistem ERAS yang mula digunakan untuk permohonan semenjak 2018. Jadi penyelidik semua, untuk permohonan silalah gunakan sistem ini ye.

ENTRI 3
Entri 3 pula saya telah menrangkan contoh tentang cara-cara mengisi borang permohonan


Ramai yang menghubungi saya untuk pertanyaan lanjut tentang selok-belok permohonan dan tidak ketinggalan ada juga yang berkongsi masalah teknikal apabila menggunakan sistem tersebut. Untuk makluman, saya bukanlah pegawai KPM ya, perkongsian saya dalam entri-entri sebelum ini hanyalah sebagai end user kepada sistem tersebut. Jadi dalam hal-hal berkaitan teknikal dan sebagainya, seeloknya saudara dan saudari rujuklah kepada pegawai yang bertanggungjawab di KPM :) 


Entri pada hari ini lebih kepada perkongsian tambahan tentang syarat-syarat untuk membolehkan para penyelidik memohon utuk mendapatkan kebenaran daripada bahagain EPRD KPM. Berikut saya perturunkan syarat-syarat yang tertera sebelum penyelidik memohon di sistem untuk rujukan bersama: 

​
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

​1. Pengutipan data tidak melibatkan murid kelas peperiksaan (UPSR, PT3, dan SPM)
2. Penyelidikan tidak mengandungi unsur sensitif (seperti mempersoalkan dasar pendidikan / isu perkauman / menyentuh sensitiviti agama / seks keterlaluan / mengaibkan individu atau kumpulan), khususnya item soal selidik, soalan protokol temu bual, dan kandungan modul intervensi.
3. Pengutipan data tidak mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah.
4. Pengutipan data tidak melibatkan pemerhatian oleh penyelidik serta rakaman video aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah.
5. Pengutipan data tidak melibatkan pengambilan darah atau sebarang sampel fizikal daripada murid.
6. Pengutipan data melibatkan murid di luar waktu persekolahan, penggunaan aplikasi, permainan dan sebagainya perlu disertakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga dan surat sokongan daripada pentadbir sekolah.
7. Eksperimen, modul, permainan, aplikasi dan sebagainya perlu dilaksanakan oleh guru sekolah berkenaan (guru berperanan sebagai proksi penyelidik).
8. Instrumen hendaklah dalam bahasa yang digunakan semasa melaksanakan kajian (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris). Sekiranya menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, perlu DITERJEMAHKAN ke dalam Bahasa Melayu.
9. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat permohonan akan DITOLAK.
10. Kementerian Pendidikan Malaysia berhak MENOLAK sebarang permohonan untuk menjalankan penyelidikan atau membatalkan kebenaran yang telah diberikan tanpa sebarang notis.
11. Satu naskhah laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah diserahkan kepada Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia selepas penyelidikan selesai dijalankan.
12. Laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah berkulit keras berserta salinan softcopy (CD) berformat PDF.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
​
PENTADBIR eRAS
UNIT PEMBANGUNAN DAN PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
SEKTOR PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN DASAR
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN,
ARAS 1-4, BLOK E8,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,
62604 PUTRAJAYA.

Tel : 03-8884 6591
Manakala di bawah pula adalah langkah-langkah yang perlu saudara-saudari lalui untuk mendapatkan kebenaran: 

Untuk panduan dan rujukan juga, saya compilekan semua Q&A yang berlaku di dalam entri-entri sebelum ini .. hope this will be helpful :). 
​
1 Comment

Mencuri hati pembaca tesis?

10/4/2021

4 Comments

 
Picture
Hati itukan milik kita yang bergelar manusia. Lalu dari hati juga akan terbitnya pelbagai rasa dan interpretasi serta konsepsi. Dalam soal cintan, kata orang dari mata turun ke hati. Sebab itu, bahaya jika kita bermain mata .. silap-silap terpaut pula .. eh ke situ pulak :D 

Ok berbalik kepada tajuk saya petang ini. 
Sebagai seorang penyelidik yang akan menggubah hasil karya penyelidikannya dalam bentuk penulisan (tesis atau disertasi) tentulah anda perlu bijak bukan sahaja dalam mengenalpasti penyataan masalah yang jitu, persoalan kajian dan hipotesis yang munasabah serta 'measurable', corak pengendalian dapatan serta susunan data juga memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi interpretasi pembaca terhadap keseluruhan kualiti penyelidikan yang dijalankan. Tidak dilupakan, aspek paling penting yang saya biasanya akan nilai sewaktu membaca tesis penyelidikan tentulah bab 5 atau dapatan saudara-saudari. 

Bab 5 ini merupakan bab anda ye. Di sinilah peluang anda menonjolkan keabsahan serta relevannya penyelidikan yang anda telah jalankan. Namun kebanyakan penyelidik kurang memberi penekanan terhadap bab 5 sehingga ada yang hanya menulis sekadar 'mengulang' semula dapatan dalam bab 4. Itu adalah satu kelemahan yang ketara. 

Apa yang harus anda tonjolkan di dalam bab perbincangan ini? Ini adalah soalan yang agak tricky namun jika anda faham konsep 'keselarian idea' dalam keseluruhan bab, atau dengan erti kata lain, jika anda bijak menggabungjalinkan perbincangan dapatan anda dengan aspek yang anda tonjolkan dalam penyataan masalah, maka anda mungkin dapat memancing hati pembaca. Apakah isu sebenar yang anda tulis di dalam penyataan masalah? Bagaimanakah anda hendak 'adress' kepada masalah tersebut dan bagaimanakah dapatan kajian anda akhirnya dapat dikaitkan semula dengan isu dalam penyataan masalah akan menunjukkan keselarian idea. Jangan lupa, berikan penekanan terhadap kenapa anda menggunakan teori atau model tertentu dalam kajian dan bagaimana penggunaan teori atau model itu telah membantu anda mendapatkan jawapan atau dapatan? Ini juga penting untuk anda fikir dan jelmakan dalam penulisan di bab perbincangan. 

Hati pembaca ini berpancawarna dan emosi naik turun akan cepat mempengaruhi keputusan penilaian. Penulisan yang bersistematik, konsisten serta sifar ralat (ejaan, formating dll) tentu akan menyejukkan hati pembaca. Pemilihan gaya bahasa juga memainkan peranan penting dalam memberi mood pembacaan yang 'mengenyangkan'. Jadi, hal-hal kecil dan teknikal seharusnya diberesi terlebih awal sebelum anda ready untuk menghantar tesis untuk pembacaan ye. 

Semoga coretan ringkas ini bisa mendendangkan sedikit halwa buat semua penyelidik di luar sana khususnya yang sedang berkira-kira untuk menghantar tesis yang lengkap .. yeay .. it is just one more step to go! 

Nota: Gambar di atas baru dirakam petang ini kala saya sedang melengkapkan laporan untuk sebuah tesis yang saya baca. Tesisnya bagus dan memberi mood yang positif buat pembacanya sehinggakan saya merasakan hati saya bagai telah dicuri.. bravo! 


4 Comments

Online Supervision

8/25/2021

0 Comments

 
Picture
Picture
Alhamdulillah, meski sering diburu waktu di sepanjang hari-hari bekerja, namun masa luang di hujung minggu masih boleh dimanfaatkan. Setelah sekian lama berjanji dengan anak-anak penyeliaan saya untuk pengajian Sarjana Sumber & Teknologi Maklumat, akhirnya syukur kerana diberi ruang dan masa untuk bertemu dan berbincang. 

Ada di antaranya yang menyuarakan rasa gentar kerana pertama kali perlu membentangkan proposal penyelidikan. Namun saya sanggah perasaan itu dengan kata-kata semangat bahawa setiap orang bermula dengan 'zero' juga. Lalu tiada apa yang perlu digentarkan kerana ini adalah sebahagian daripada proses awal sebelum masing-masing menghadapi viva voce yang real dan tentunya ada cabaran tersendiri :D 

Sememangnya bilangan pelajar untuk modul Sumber & Teknologi Maklumat tidaklah begitu ramai. Saya kira kemungkinan faktor berlakunya begini kerana wujud kekeliruan ramai calon tentang nama dan intipati modul ini sendiri. 

Sumber? Teknologi Maklumat? 
Sebenarnya nama modul ini sedemikian kerana ada sejarahnya yang tersendiri dan saya tidak berminat untuk mengupas isu itu di sini. Namun, satu mesej yang jelas yang hendak saya tekankan di sini adalah hakikat bahawa modul Sumber & Teknologi Maklumat ini sebenarnya didasari oleh nic atau bidang utama iaitu Teknologi Pendidikan. 

Jadi kepada calon-calon di luar sana, janganlah keliru dan tampillah mendaftar ke program ini kerana di Fakulti Pendidikan UKM ini berkumpulnya pakar-pakar dalam bidang Teknologi Pendidikan :D  

Ok .. berbalik kepada posting ini. 

Syazwan, Musfirah, Irfan dan Aisyah adalah nama-nama pelajar saya. 

Masing-masing menyelidik tajuk yang berbeza. 
Sememangnya saya gemar memberikan keluwesan kepada para pelajar untuk meneroka tajuk-tajuk yang diversed sifatnya (tetapi masih dalam lingkungan bidang). 

Syazwan, misalnya sedang meneliti potensi Design Thinking dalam pelaksanaan P&P bagi subjek teknikal. Musfirah pula begitu berminat mengkaji kemahiran dan pengintegrasian Pemikiran Komputasional dalam kalangan guru yang mengajar subjek teras di sekolah. 

Irfan, bermodalkan program Terbuka & Jarak Jauh, akan meninjau beberapa aspek berkaitan aktiviti pembelajaran dari kerangka Activity Theory serta Distance Transactional Theory. 

Aisyah pula, sesuai dengan peranannya sebagai guru data akan menghasilkan satu modul kemahiran perisian untuk pengendalian Big Data. 

Didoakan semua kekal dalam momentum dan semangat yang jitu untuk meneruskan penulisan bab-bab dalam tesis masing-masing ye. 

0 Comments

Menang Pertandingan Inovasi: Apa Tipsnya?

8/12/2021

2 Comments

 
Picture
Alhamdulillah ini kali ke dua dalam minggu ini saya berkunjung secara maya ke Fakulti Pengajian Islam di atas jemputan. Sebelumnya saya diminta berkongsi tentang program ODL manakala pada hari ini satu tajuk ringkas diberikan kepada iaitu tentang tips bagaimana untuk memenangi pertandingan inovasi P&P. 

Sesungguhnya saya bukanlah orang yang paling layak untuk bercakap tentang hal ini justeru pencapaian diri sendiripun ala kadar seadanya :D namun saya anggap ini satu amanah yang diberi, lalu saya cuba berkongsi sesuatu yang harapnya memberi manfaat kepada semua rakan yang mendengar :) 

Terima kasih FPI, khususnya buat sahabat saya Dr Hasanah , Penolong Dekan Pengajaran FPI, serta tidak lupa juga TD Prasiswazah, Dr Haziyah yang hanya saya kenali semenjak program ODL Usuludin dibangunkan. 

Inilah antara wajah-wajah yang muncul di tingkap seusai acara selama 2 jam itu. Masih yang ramai malu untuk menjelmakan diri atau oh, mungkin masing-masing berada di rumah lalu penampilan semasa tidak mengizinkan untuk tatapan umum hehe.
Picture
Ada beberapa mesej penting yang saya cuba sampaikan apabila bercakap tentang inovasi - khususnya dari perspektif konsepnya itu sendiri. Sesuatu inovasi tidak semestinya dalam bentuk tengible produk semata-mata, tetapi sebarang idea, cara atau proses juga adalah sebahagian daripada inovasi. 
Picture
Apakah langkah utama dalam menghasilkan sesuatu inovasi dalam P&P? Dalam slaid di bawah saya telah ringkaskan proses asas yang diperlukan bagi seseorang penyelidik menghasilkan inovasi sebelum bersedia untuk memasuki pertandingan: 
Picture
Antara fasa penting sebelum sesuatu inovasi diperkenalkan dalan P&P, secara asasnya penyelidik perlu mengambilkira beberapa elemen di bawah:
Picture
Jadi apakah tips penting untuk anda merangkul pingat emas dalam pertandingan inovasi? Berikut adalah sedikit soalan / senarai semak yang perlu anda jawab .. 
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Ada sebarang komen atau pertanyaan? Sila tinggalkan soalan anda di ruang komentar ^__^

#innovation #process #tips #bethebest
2 Comments

Nvivo - apa faedahnya?

5/11/2019

2 Comments

 
Picture

Nvivo barangkali bukanlah sesuatu yang asing khususnya bagi penyelidik kualitatif kerana perisian ini merupakan satu aset penting yang dapat membantu penganalisisan data kualitatif secara efektif. Namun demikian, mungkin ramai yang menganggap bahawa perisian Nvivo hanya sesuai digunakan oleh para penyelidik yang menjalankan kajian melibatkan data kualitatif. 

Stigma ini adalah satu kerugian kerana hakikatnya NVivo bukan sekadar diperlukan untuk aktiviti pengekodan data kualitatif, sebaliknya dapat dimanfaatkan secara optimum untuk tujuan sorotan literatur atau penghasilan kertas konsep! 

Saya sudah beberapa kali berkongsi tentang hal ini bersama para pelajar di kelas saya khususnya pelajar Sarjana. Saya menunjukkan demo satu persatu bagaimana artikel-artikel yang dimuatturun daripada pangkalan data dalam talian dipindahkan ke dalam perisian NVivo dan kemudiannya melalu proses pengekodan. Tidak keterlaluan jika saya katakan yang para pelajar saya menunjukkan reaksi yang pelbagai apabila selesai ditunjukkan bagaimana menghasilkan penulisan secara sintesis hanya dengan beberapa minit. Ada yang ternganga - menggeleng kepala dan tidak kurang menunjukkan riak muka tidak percaya. Ini bukan exaggeration! 

Selama ini para penyelidik khususnya penyelidik novis seringkali tersangkut-sangkut dalam penulisan bab 2. Dan corak penulisan paling popular adalah berbentuk annotation. Misalnya, jika penyelidik tersebut merujuk tujuh artikel atau kajian lepas, mereka akan menghasilkan sekurang-kurangnya 7 paragraf berdasarkan penulis yang dirujuk. Hal ini terjadi demikian kerana penyelidik novis akan menulis satu paragraf untuk satu rujukan dan diikuti dengan rujukan seterusnya. Ini menjadikan penulisan berbentuk author-based. 

Sebaliknya, untuk menghasilkan penulisan yang bersifat sintesis, penyelidik seharusnya memilih dapatan atau fakta dan kemudian menyusunnya dalam bentuk fact-based. Manakala paragraf yang akan terhasil adalah berdasarkan isi-isi penting yang hendak dikemukakan, tetapi menggunakan sumber sitasi yang berbeza. 

Nah, di sinilah anda, anda, anda dan anda semua dapat menghasilkan penulisan yang ada nilai sintesis dengan mudah sekiranya anda menggunakan NVivo! Tak percaya? Kena cubalah!

​


2 Comments

Budi dikenang sepanjang zaman

12/25/2018

0 Comments

 
Picture
Waktu kini kian menghampiri ​musim konvokesyen, lalu anak-anak siswazah dan prasiswazah sudah mula melangsaikan 'hutang' mereka. Hasil jerih-perih mencatat, menganalisis dan menulis keseluruhan proses dan dapatan penyelidikan masing-masing tentunya menghambat rutin seharian namun itulah resmi hidup sebagai pelajar di IPT. 

Penyelidikan, tesis dan penyelia tidak dapat dipisahkan! 

Minggu ini saya menerima kunjungan Hazeem, Ezyan serta Shah yang masing-masing datang  berbekalkan tesis berjilid keras sebagai tanda sempurna sudah sebuah karya empirikal yang menuntut ketabahan yang bukan sedikit. 

Mabruk semua! Tahniah yang berbanggalah dengan hasil kerja anda semua sebagai mana bangganya saya menerima naskhah tersebut!  Oh, terima kasih jua atas ole-ole ingatan!
Di penghujung minggu juga saya dikunjungi Syaida, pelajar PhD saya (mantan pelajar sarjana saya juga) di bilik. Terima kasih Syaida atas ingatan pada tarikh hari lahir saya yang sememangnya tidak mahu saya warwarkan di sosial media atau kepada anak-anak didik kerana bimbang menyusahkan atau terasa semaca ada keperluan mencari hadiah sempena tarikh itu. Namun, Syaida antara yang mengingatinya. Tahun nan sudah, Syaida jugalah yang hadir ke bilik bersama kek yang enak - dinikmati bersama Hazeem dan Ezyan. What a coincidence! Hehehe 

Semoga Allah membalas budi baik kalian semua atas kenangan indah ini ^___^
Picture
Picture
0 Comments
<<Previous
    Picture

    Archives

    January 2023
    December 2022
    August 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    August 2021
    April 2021
    March 2021
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    November 2019
    May 2019
    January 2019
    December 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    August 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016

    Do your search here:

    Categories

    All
    Action Research
    Activity Theory
    Alumni
    Basic Of Research
    BItara Pengajaran
    Campus Life
    Case Study
    Checklist
    Community Of Practice
    Conceptual Framework
    Conference
    Convocation
    DDR
    Discourse
    Epistemology
    EPRD
    Innovation
    Journal Titles
    Jurnal Titles
    Keynote
    Meeting
    Notes
    Nvivo
    ODL
    PhD
    Pitching
    Progress
    Publication
    Qualitative
    Quantitative
    Questionnaire
    Reminder
    Research Process
    Robing
    Self-branding
    SoTL
    SPSS
    Statistics
    Student Testimonials
    Success Recipe
    Supervisee
    Supervision
    Tahniah
    Tesis
    Ucaptama
    Visibility
    Viva
    Workshop
    Writing Articles

    RSS Feed

    Website Stats

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks