Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Permohonan Menjalankan Kajian di Institusi di bawah KPM

12/5/2016

88 Comments

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera 

BAGI YANG BARU MENEMUI ENTRI INI, BOLEH RUJUK MAKLUMAT TERKINI TENTANG PROSEDUR TERSEBUT DI SINI

Ramai antara penyelidik khususnya dalam bidng pendidikan yang menjalankan penyelidikan melibatkan para guru serta pelajar sama ada di sekolah rendah, menengah mahupun di IPG dan Kolej Matrikulasi. Satu prosedur penting yang harus dilalui sebelum seseorang penyelidik menjalankan proses pengumpulan data adalah mendapatkan kelulusan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu. 

Untuk tujuan ini, anda harus berhubung dengan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar KPM dan memastikan borang permohonan diisi dengan lengkap. 

Antara perkara yang harus diselesaikan sebelum menghantar borang permohonan tersebut termasuklah mengemukakan: 

1. Satu salinan Borang Penyelidikan BPPDP 1.2 yang lengkap.

2. Satu salinan cadangan penyelidikan yang lengkap mengandungi Bab 1: Pengenalan, Bab 2: Tinjauan Literatur dan Bab 3: Metodologi.

3. Satu salinan instrumen kajian.

4. Satu salinan senarai sampel yang terlibat dalam kajian.

5. Kertas cadangan dan instrumen kajian yang telah diluluskan dan disahkan oleh penyelia.

6. Surat pengesahan status pelajar daripada universiti. 

7. Dua keping sampul surat (21.5 cm x 10.5 cm dan bersetem RM 0.80 setiap satu); satu daripadanya beralamat pemohon (option - jika anda ingin mengambil sendiri surat kelulusan maka perkara 7 boleh diabaikan)

Tambahan:
Pastikan sampel kajian anda tidak melibatkan murid kelas peperiksaan (UPSR, PT3, SPM dan STPM). 

Borang yang telah lengkap dengan lampiran boleh dihantar ke:

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN
ARAS 1-4, BLOK E8
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
PUTRAJAYA
Telefon :03-8884 6591 62604 /  Faks :03-8884 6579 
​
Kebiasaannya proses untuk mendapatkan surat kelulusan tidak memakan masa yang terlalu lama, mungkin sekitar seminggu sahaja. Jika ada yang memerlukan borang tersebut, bolehlah muatturun di sini: 
borang_eprd.pdf
File Size: 425 kb
File Type: pdf
Download File


​Prosedur seterusnya - setelah mendapat kelulusan daripada pihak EPRD KPM, anda perlu berurusan dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri - bergantung kepada lokasi insitutsi yang terlibat dengan penyelidikan anda, misalnya Selangor dan Perak. Dalam contoh ini, anda perlu mendapatkan permohonan daripada JPN kedua-dua negeri dengan mengemukakan surat yang telah diperolehi daripada EPRD. Surat daripada JPN perlu dibawa ke institusi terlibat sebelum pengumpulan data dilakukan. 

Mungkin ada yang merasakan proses ini sebagai sesuatu yang sukar namun hakikatnya, inilah prosedur yang harus dilalui oleh setiap penyelidik yang beretika. Tiada yang mudah dalam perjalanan penyelidikan, namun proses ini hanya umpama secebis daripada proses keseluruhan yang lebih panjang pastinya! Always keep your aim high! :)
Picture
Selamat maju jaya Firdaus dan Aimi :)
88 Comments
nurnadia
12/27/2016 05:20:51 am

Salam, setelah mendapat surat dari KPM, untuk urusan ke JPN, apakah dokumen yang perlu disediakan?

Reply
Fariza
1/4/2017 01:09:46 am

Salam kembali Nurnaida,

Untuk ke JPN hanya bawa surat kelulusan daripada pihak EPRD dan standby research proposal sekiranya diperlukan. Hope this helps :)

BW,

F

Reply
Fauzi Junaidi
5/21/2019 07:22:24 am

Boleh saya dapatkan emel untuk kita bincang kerjasama strategik satu kajian suci antarabangsa yg kini sedang masuk ke fasa akhir - level antarabangsa ; oleh pihak kami

Jasmine
1/24/2017 12:29:36 am

Good day Fariza,

Thank you for your blog post. I would like to know more detail. May I know if the research proposal need to be in Bahasa Malaysia and/or English? Beside, the 3rd document research instrumentation, is this referring to a listing of devices involve? Thirdly, after getting approval from JPN, should I obtain another approval letter from PPD?

Thanks and Regards,
Jasmine

Reply
Fariza
2/5/2017 06:21:55 pm

Good day Jasmine,
sorry for the late reply!

1. The research proposal can be in both languages - English or Malay

2. Research instrument in this case refers to your questionnaire/interview schedule - depending on your data collection tool, not devices. (Note: please make sure that the questions do not touch sensitive issues)
3. No - just get a letter from EPRD then JPN .. that will be enough.

Best wishes,
F

Reply
Jasmine
2/9/2017 08:27:52 am

Thanks for your reply Fariza! :)

Farihah
2/8/2017 04:34:53 am

Salam.. Apa beza dokumen ke (2 dan 3) dgn dokumen ke 5.. Perkara yg sama atau berbeza.. Trm kasih..

Reply
Farza
2/15/2017 05:04:50 pm

Farihah,

#2 = proposal yg mengandungi bab 1,2,3
#3 = set soal selidik atau soalan temubual yang akan digunakan dalam penyelidikan anda
#5 = kedua-dua bahan (porposal dan instrumen kajian) telah dipersetujui oleh penyelia anda)

Hope this helps :)

Reply
Yana
2/10/2017 04:35:47 pm

Salam. Saya ingin bertanya, selepas hasil kajian semua telah dijilid, adakah perlu dihantar salinan hasil kajian tersebut pada KPM/JPN? Jika ya, salinan yang perlu dihantar itu dalam bentuk hard binding atau bagaimana?

Reply
Fariza
2/15/2017 05:01:30 pm

Yana, satu salinan tesis dlm bentuk harbound perlu dihantar ke pihak EPRD

Reply
Yana
6/8/2017 01:12:06 pm

Kalau penyelidik tidak menghantar salinan tesis tersebut, adakah terdapat any consequences? *Sekadar ingin tahu

Misz iera
2/15/2017 08:19:37 am

Thank you Dr for the info. So helpful!

Reply
Fariza
2/15/2017 05:05:28 pm

Iera,

Alhamdulillah jika ada manfaatnya :)

Reply
Ernie
2/20/2017 08:13:35 pm

Assalamualaikum Dr, saya akan jalankan kajian di IPG. Bila dah dapat kelulusan dari EPRD, saya perlu ke IPGM terlebih dahulu atau terus ke IPG yang saya akan buat kajian tersebut? Terima Kasih.

Reply
Fariza
8/16/2017 01:33:09 am

Salam saudari Ernie,

saya merujuk kepada sahabat di IPG tentang prosedur ini, menurut beliau prosesnya sama - saudari dikehendaki membuat permohonan menjalankan penyelidikan daripada EPRD terlebih dahulu dan setelah mendapat kelulusan, saudari perlu ke IPGM di Cyberjaya untuk mendapatkan kelulusan untuk mengumpul data dari IPG pula.

Harap membantu.

Reply
mior
3/26/2017 12:33:11 am

salam Dr..kalau sample kajian memang perlukan student form 5 mcm mna?adakah permohonan kita xdiluluskan..just utk jawab soal selidik saja...tksh

Reply
Fariza
8/7/2017 05:39:36 pm

Wslm En Mior

Jika ada justifikasi yang jealas dan mantap mungkin boleh diterima. Biasanya di EPRD kita perlu bertemu dengan pegawai yang bertugas dan boleh bincang dengan individu terbabit. Maaf di atas kelewatan membalas

Reply
mior
8/15/2017 08:19:30 pm

salam Dr...klu proposal kita memerlukan data dr eprd seperti statistik sesuatu kes..adakah perlu prosuder di atas sedangkan baru dlm peringkat penyediaan proposal?

Reply
Fariza
8/16/2017 01:29:49 am

Salam En Mior,

Di EPRD sendiri ada unit data .. saudara boleh menghubungi unit tersebut untuk mendapatkan data yang diperlukan.

Punnithann
4/30/2017 12:17:11 am

Slm perpaduan,
Ingin bertanya, mengapa perlu kita sediakan 2 keping sampul surat (21.5 cm x 10.5 cm dan bersetem RM 0.80 setiap satu); satu daripadanya beralamat pemohon.

Satu sampul utk pemohon manakala satu lagi ?

Reply
Fariza
8/7/2017 05:40:52 pm

Punnithann,

Biasanya sampul diperlukan jika kita berhasrat agar dokumen/surat kebenaran dipos ke alamat kita. Jika sekiranya penyelidik berhasrat mengambil sendiri surat kebenaran setelah dikeluarkan, tidak perlu kepada sampul surat.

Reply
Shazley
7/5/2017 01:28:38 am

Salam .. nk tanya pasal permohonan menjalankan kajian penyelidikan di sekolah
1- adakah alatan (device: sound meter) kajian termasuk dalam instrument
2-surat pengesahan : status student universiti @ pengesahan penyelia pemjalankan penyelidikan?

Reply
Fariza
8/7/2017 05:43:22 pm

Salam Shazley,

1. Sound meter adalah device/instrument tetapi apa yang dimaksudkan dalam borang EPRD adalah instrumen kajian iaitu alat untuk pengutipan data misalnya - soal selidik atau temubual. Jika instrumen kajian saudara adalah soal selidik, maka perlu kemukakan soalan lengkap dalam soal selidik tersebut.

2. Ye, sekiranya saudara seorang pelajar di IPT, perlu dapatkan surat pengesahan dari Fakulti tempat pengajian

Reply
azrina
7/17/2017 06:31:22 pm

salam. saya nak tanya mengenai adakah urusan dengan JPN boleh dilakukan dengan menghantar surat melalui pos ataupun perlu dilakukan dengan cara walk in?

Reply
Fariza
8/16/2017 01:28:02 am

Salam Azrina,

setakat praktis saya, saya pergi ke JPN dan bertemu sendiri dengan pegawai berkenaan namun demikian ada kemungkinan proses tersebut boleh dibuat melalui pos atau emel. Untuk mendapatkan pengesahan, saya syorkan saudari menghubungi sendiri JPN yang berkitan dan dapatkan maklumat yang sahih. Jangan lua share juga maklumat tersebut dengan saya ye!

Reply
siti
9/26/2017 07:56:58 am

salam.

jika sampel melibatkan pelajar sekolah swasta tapi saya masih memerlukan maklumat seperti statistik peperiksaan peringkat kebangsaan, adakah saya perlu teruskan dengan prosedur yang sama?

terima kasih.

Reply
Fariza
10/20/2017 08:20:19 am

Wslm Siti,

Untuk mendapatkan statistik berkenaan saudari boleh menghubungi unit statistik di EPRD KPM. Tetapi untuk kebenaran menjalankan penyelidikan di sekolah swasta, mengikut kefahaman saya saudari perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah swasta tersebut dan bukannya daripada EPRD KPM

Reply
Aenn Mahli
10/19/2017 08:19:00 pm

Assalammualaikum..
Kalau saya pelajar kolej yang ingin membuat rakaman kat sekolah, borang yang mana yang perlu saya isi. Sebab borang yang saya download ni banyak tentang pasal kajian/research. Sedangkan saya hanya ingin membuat rakaman untuk assignment kewartawanan saya. Macam mana ye?

Reply
Fariza
10/20/2017 08:23:19 am

Wslm Aenn

Maklumat dalam entir ini adalah tentang prosedur mendapatkan kebenaran menjalank kajian (melibatkan pengutipan data) di sekolah2 di bawah KPM. Jika tujuan saudari ke sekolah untuk rakaman kewartawanan, dan tidak melibatkan pengutipan data mungkin saudari perlu berhubung terus dengan pihak pengetua/pentadbir sekolah berkenaan. Nasihat saya, bawa salinan surat daripada institusi tempat saudari belajar sebagai bukti pegesahan bahawa saudari adalah pelajar institusi terbabit dan berhasrat untuk membuat rakaman untuk tujuan tugasan dan lain-lain yang berkenaan. Hope this helps :)

Reply
azrina
11/2/2017 11:06:27 pm

assalamualaikum. untuk urusan di jpn, kita akan dapat surat kebenaran atau ia lebih kepada untuk memaklumkn mengenai kajian yang kita nak buat?

Reply
Fariza
11/2/2017 11:35:59 pm

Wslm JPN akan keluarkan satu lagi surat untuk dimajukan kpd pihak sekolah. Surat EPRD dan JPN perlu dimasukkan dlm lampiran di belakang tesis.

Reply
Hanis
11/12/2017 05:56:26 pm

Salam. Kertas cadangan penyelidikan dan instrumen kajian yang disahkan oleh penyelia tu bermaksud tndatangan penyelia ke? Kalau tak disahkan oleh penyelia, adakah permohonan tidak diproses?

Reply
Dr Fariza
11/12/2017 06:06:30 pm

Wslm Hanis

Borang perlu dilengkapkan dengan mendapatkan tandatangan dan chop penyelia. Sudah pasti sebelum penyelia menandatangani borang tersebut saudari perlu mendapatkan persetujuan penyelia terlebih dahulu tentang item-item yang terdapat dalam soal selidik. Selamat maju jaya.

Reply
Izzati
11/28/2017 08:47:16 pm

Salam nak tanya untuk ke jpn hanya perlu bawa surat dr eprd je ke?ke kena ada surat kebenaran menjalankan kajian daripada pihak universiti jugak selain drpd surat pengesahan sebagai pelajar?

Reply
Dr Fariza
1/28/2018 12:33:51 am

Salam Izzati,

Ye boleh bawa surat daripada EPRD sahaja (as far as I concerned)

Reply
Thang
12/9/2017 07:37:17 am

Thx a lot

Reply
Dr Fariza
1/28/2018 12:34:22 am

You are most welcome Thang :)

Reply
Rodziah
12/13/2017 07:08:43 pm

Salam, bagaimana jika saya ingin memanjangkan tempoh menjalankan kajian,...?

Reply
Dr Fariza
12/14/2017 02:16:51 am

Sila berhubung dengan pegawai di EPRD: 03-88846457 (Selvarajah@moe.gov.my).

Reply
Nabilah
4/20/2020 11:41:37 pm

Salam. Adakah no. telefon dan emel ini masih reliable untuk digunakan jika saya ingin memanjangkan tempoh menjalankan kajian?

Chinda
12/16/2017 10:51:55 pm

Salam sejahtera Dr.
Boleh saya tahu prosedur untuk mendapatkan statistik peperiksaan (e.g UPSR) daripada pihak KPM.
Terima kasih.

Reply
Dr Farza
1/28/2018 12:35:18 am

Sila berhubung dengan pegawai di EPRD: 03-88846457 (Selvarajah@moe.gov.my) atau dapatkan extension untuk unit Data EPRD (maaf saya tak ada nombornya)

Reply
Grace
12/18/2017 03:17:14 pm

Hi, Dr. Fariza. '2 keping sampul surat" means that they will send one approval letter to me and send another to inform the school? Or is it just to me only? Cause I was wondering.. do I have to write in another request to the school to get permission and notify the school ?

Reply
Dr Fariza
1/28/2018 12:37:03 am

Dear Grace,

Kebiasaannya saya atau pelajar akan datang sendiri untuk ambil surat kelulusan daripada EPRD setelah ia siap. In this case, applicants do not have to provide the envelopes, unless you want them to post the letter to your mail address.

Reply
Nor
12/21/2017 09:36:06 pm

salam Dr Fariza
sekiranya saya memerlukan data statistik dan beberapa data mengenai murid dari KPM untuk tujuan proposal, perlukah syarat2 diatas dipenuhi?

Reply
Dr Fariza
1/28/2018 12:38:18 am

Wslm Nor

Syarat di atas hanya untuk mohon kebenaran melaksanakan kajian. Saya rasa unit Data boleh dihubungi bila2 masa sebelum saudari uruskan permohonan kebenaran menjalankan kajian.

Reply
Zaid
1/8/2018 05:20:45 pm

salam sejahtera, kajian saya perlu melibatkan pelajar STPM, namun salah satu syaratnya tidak boleh melibatkan pelajar PT3, SPM dan SPM. Boleh ka saya meminta sekolah terbabit membuat surat menyokong kajian saya untuk menyatakan bahawa kajian saya tidak menggangu P&P di dalam kelas. Tambahan pula, kajian saya bersesuaian/berkaitan dengan skop pembelajaran STPM.

Reply
Dr Fariza
1/28/2018 12:40:11 am

Salam Zaid

Maaf, dalam hal ini saya tak dapat menjawab. Saya sarankan saudara berhubung sendiri dengan pegawai di EPRD ye. Sila berhubung dengan pegawai di EPRD: 03-88846457 (Selvarajah@moe.gov.my)

Reply
Hanis
1/14/2018 10:03:35 pm

Salam. Kajian saya melibatkan cikgu-cikgu sekolah menengah. Apa yang dimaksudkan dengan salinan senarai sampel kajian? Adakah saya perlu ada senarai nama cikgu-cikgu yang terlibat?

Reply
Dr Fariza
1/28/2018 12:41:50 am

Salam Hanis

Kemukakan senarai nama sekolah yang terpilih dalam penyelidikan saudari serta bilangan guru yang terlibat sbg responden. As far as I concerned, tak perlu senarai guru yang terlibat.

Reply
jasmeet
1/15/2018 05:19:18 am

Hello. May I know if i need statistics, can I get it straight from JPN?

Reply
Dr Fariza
1/28/2018 12:42:57 am

Hi Jasmeet,

Ya, di EPRD ada Unit Data yang boleh membekalkan statistik yang saudari perlukan.

Reply
Mazlina CM
1/15/2018 05:06:15 pm

As salam Dr Fariza,
sy dlm pengajian Phd nak buat soal selidik kepada pelajar sekolah pertengahan remaja umur 15 hingga 18 tahun.
tetapi didalam syarat tambahan tidak membenarkan kajian terhadap pelajar yang menduduki peperiksaan penting.

Adakah permohonan saya tidak akan dipertimbangkan jika saya hendak mendapatkan pelajar pertengahan umur yang dalam kajian saya adalah pertengahan remaja dan berisko terhadap aktiviti yang hendak saya kaji.
cadangan kajian hendak dijalankan pada awal tahun Feb or Mac bergantung pada kelulusan JPM.

please advise Dr.
tqvm

Reply
Dr Fariza
1/28/2018 12:44:55 am

Salam Mazlina,

Syarat2 tersebut adalah syarat umum. Mungkin jika penyelidikan saudari bernar2 memerlukan golongan ini, saudari perlu berbincang dengan pegawai di EPRD. Selamat maju jaya!

Reply
Nursaidah
2/14/2018 09:37:16 pm

Assalammualaikum. Saya nak tanya, saya ingin menjalankan kajian yang memerlukan sesi temubual dengan para guru dan melakukan pemerhatian cara pembelajaran pelajar. Jadi, adakah perlu saya dapatkan kebenaran JPN atau terus memohon dari pihak sekolah sahaja?

Reply
Dr Fariza
2/16/2018 06:03:05 am

W.salam Nursaidah

Sebelum saudari ke sekolah, saudari perlu memohon kebenaran daripada pihak EPRD terlebih dahulu, kemudian setelah mendapat kelulusan EPRD, baru dapatkan kebenaran daripada JPN. Surat kebenaran daripada EPRD dan JPN boleh digunakan untuk akses ke sekolah yang dimaksudkan. Biasanya JPN akan minta senarai nama sekolah yang akan dilibatkan dalam kajian. Jika saudari terus ke sekolah tanpa kebenran awal drpd EPRD dan JPN, besar kemungkinan sekolah tidak akan menerima kunjungan tersebut.

p/s: Jika kajian melibatkan sekolah SBP, satu lagi surat kebenaran perlu diajukan ke unit SBP di Cyberjaya

Reply
Nursaidah
2/21/2018 09:03:37 pm

Terima kasih untuk maklum balas yang diberi.
Saya nak tanya berkaitan
1. senarai sampel kajian. Adakah saya perlu menyatakan nama sekolah dan target murid sahaja atau perlu nyatakan sekali bilangannya?

2. Surat pengesahan belajar bolehkah saya hanya dapatkan pengesahan dari ketua program sahaja?

IZYAN
7/30/2018 08:30:11 am

Saya nk tanya, kajian yang akan saya jalankan adalah di sekolah SBP area Selangor.,surat kebenaran tu saya perlu buat sendiri atau boleh guna borang BPPDP 2(A) yang dapat dari EPRD?Adakah surat tu boleh dihantar melalui email atau perlu walk in ke unit SBP di Putrajaya?

Zaliya
2/26/2018 01:14:51 am

Assalamualaikum. saya nak tanya ,stelah mendapat kelulusan EPRD, surat kelulusan perlu dihantar ke JPN unit mana ye?

Reply
Dr Fariza
2/26/2018 07:52:02 am

Saya tidak pasti unit apa tapi saudari boleh bawa surat dari EPRD ke kaunter JPN. Mereka tahu untuk merujuk kepada siapa.

Reply
Hasma
3/13/2018 05:26:45 pm

assalamualaikum. saya nak tanya berkaitan surat kelulusan JPN. sebelum ini, saya ada mendengar bahawa surat ini diperlukan untuk mengelakkan daripada sekolah tidak menerima kita menjalankan kajian. Saya menjalankan kajian di sekolah saya berpraktikal dan kajian tersebut merupakan suatu kaedah pengajaran yang saya gunakan iaitu kaedah berasaskan Inkuiri. Oleh itu, tiada sebarang masalah daripada pihak sekolah. Walau bagaimanapun, setelah habis praktikal, pensyarah saya meminta surat tersebut untuk dilampirkan dalam tesis. Saya tidak membuat permohonan ke JPN. Jadi soalan saya, bolehkah kalau saya memohon surat JPN tu lagi walaupun tarikh untuk menjalankan kajian telah tamat?

Reply
Ain
6/25/2018 12:57:13 am

salam..mohon prtanyaan, bagaimana cara kita nak dapatkan senarai sekolah tercorot akademik di malaysia? saya perlukan untuk dijadikan scope kajian...tolong emel kpd sy kalau ada jawapan..please...

Reply
Atiy
9/26/2018 12:03:30 am

Assalamualaikum Dr,

Untuk Makluman Dr, sy sedang dalam proses memulakan kutipan data untuk pengajian PhD dan sy memrlukan data dari kanak-kanak sekolah rendah. Namun, permohonan saya ditolah pihak ERPD atas alasan sudah banyak kajian berkitan topik yg sy sedang kaji. Sedangkan topik sy ini mengisi knowledge gap yang masih perlu dikaji dan difahami. Cumanya, saya ingin mendapat pandangan pihak Dr, sekiranya sy tidak dapat kelulusan pihak EPRD, dan saya masih dapat bantuan pihak sekolah untuk membantu saya mendapatkan data, adakah data yang saya perolehi dikira tidak beretika hanya kerana tidak mendapat kelulusan EPRD KPM?

Reply
Ju
1/24/2019 04:09:08 am

Maaf saudari atiy, boleh saya tahu tajuk kajian saudari. Sebab saya juga sedang dalam proses pengumpulan data utk pembentangan proposal. Dan akan buat surat kebenaran untuk menjalankan penyelidikan di sekolah2 rendah. Boleh email ke punyakami@yahoo.com? Saya takut tajuk kajian saya juga sama seperti saudari dan di tolak. Harap saudari balas.

Reply
Ju
1/24/2019 04:04:58 am

Maaf, boleh saya tahu tajuk kajian saudari. Sebab saya juga sedang dalam proses pengumpulan data utk pembentangan proposal. Dan akan buat surat kebenaran untuk menjalankan penyelidikan di sekolah2 rendah. Boleh email ke punyakami@yahoo.com? Saya takut tajuk kajian saya juga sama seperti saudari dan di tolak. Harap saudari balas.

Reply
Dia
1/24/2019 04:26:29 am

Salam. Sya nak tnya tntg pengumpulan data utk lokasi populasi dan sampel utk bab 3 (metodologi). Adakah penyelidik perlu memohon kebenaran kpm trlebih dahulu utk mendapatkan data utk lokasi iaitu senarai sekolah2, dan pembahagian sampel iaitu jumlah murid yang terlibat ataupun hnya buat surat kebenaran mendapatkan data ke jpn atau ke ppd daerah? Sebab utk mendapatkan kebenaran diperlukan bab 3 yang lengkap jadi bagaimana untuk mendapatkan data2 bagi lokasi dan sampel ini? Terima kasih

Reply
Dia
1/24/2019 04:36:06 am

Mksd sya disni adalah, cara utk mendaptkn data bagi lokasi, populasi dan sampel, adakah perlu dptkn kebenaran kpm atau cukup buat surat kebenaran mendapatkan data dari jpn atau ppd daerah?

Reply
Dr Fariza
11/22/2019 10:43:35 am

Maaf Dia kerana saya tidak kerkesempatan menjawab pertanyaan ini.
Pihak EPRD mempunyai data yang lebih menyeluruh dan sekiranya data ini diperolehi, ia akan memudahkan saudari membuat pengiraan saiz sampel (jia melibatkan kajian tinjauan). Namun jika JPN atau PPD mempunyai datay ang saudari perlukan mungkin boleh berhubung dengan mereka. Populasi kajian bergantung kepada skop kajian serta metos yang hendak digunapakai.

chong link
9/19/2019 08:10:50 am

Semasa mengisi maklumat online utk memohon penyelidikan, ada bahagian A, B, C dan D. Apabila saya mengisi bahagian C, keluar error walaupun saya telah cuba berpuluh kali, bagaimana sekarang? Diharapkan pihak tuan dapat membantu menyelesaikan masalah inii, sekian terima kasih

Reply
Dr F
9/20/2019 02:37:29 am

Chong,

Saya pensyarah di UKM dan tidak bekerja di KPM jadi sekiranya ada masalah berkaitan sistem mohon hubungi pegawai KPM ye

Reply
Tan
11/21/2019 09:45:47 pm

Selamat petang DR, boleh tak saya bertanya dengan DR prosedur untuk memohon surat kebenaran dari JPN untuk menjalankan kajian atas sekolah? sebab kajian saya terlibat 5 negeri. Terima kasih DR.

Reply
Dr Fariza
11/22/2019 10:37:27 am

Tan,
Untuk mendapatkan surat kebenaran daripada JPN, saudara perlu terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak EPRD. Kemudian, saudara boleh mengemukakan satu surat rasmi dialamatkan kepada Pengarah JPN yang terbabit mengatakan hasrat anda untuk mendapatkan kebenaran untuk mengumpul data. Kepilkan bersama surat daripada pihak EPRD beserta senarai nama sekolah yang akan dikunjungi . Ada JPN yang menerima surat tersebut melalui emel sahaja. Jadi untuk memudahkan urusan, saya nasihatkan telefon mereka terlebih dahulu dan tanyakan sama ada saudara perlu menghantar surat itu by hand atau boleh melalui emel.

Reply
SITI NOR AIESAH BINTI UDIN
11/25/2019 12:17:20 am

assalam. saya nak tanya, saya ingin jalankan kajian ke atas guru-guru pendidikan jasmani sekolah menengah di daerah besut, jadi, saya nk tahu jumlah guru pendidikan jasmani yang ada di daerah besut. adakah jumlah sebenar sampel guru pendidikan jasmani perlu minta dari eprd atau minta di ppd?

Reply
Dr Fariza
11/25/2019 05:33:29 pm

Siti,
Jika PPD boleh kemukakan maklumat guru sbgmana yg diperlukan, saya rasa tak perlu rujuk EPRD

Reply
Siti Nur Soleha Aziman
12/9/2019 12:57:44 am

Salam. Saya berminat untuk menjemput pelajar sekolah join program dalam universiti saya. Macam mana ye prosedur untuk dapatkan kelulusan jpn?

Reply
Dr Fariza
1/14/2020 04:57:35 pm

Wslm,

Untuk tujuan tersebut, saudari perlu berhubung terus dengan pihak JPN terbabit, bukan EPRD

Reply
Natalie
1/7/2020 09:58:48 am

Hi Dr! Stumbled across this page and wanna thank Dr. for such informative input. Your replies have helped a lot :D

Reply
Dr Fariza
1/14/2020 04:59:33 pm

Hi Natalie,

Thanks for dropping by. Hope the shared information is beneficial :)

Reply
chong oi min
2/6/2020 04:53:13 am

Salam sejahtera :

1. Adakah saya perlu memohon semula kelulusan eprd kerana saya telah menerima kelulusan bersyarat ?

2. Adakah salinan surat kelulusan akan dikirim kepada kami, terima kasih.

Reply
Patrick Bayuong
4/15/2020 11:26:28 pm

Hi Dr Fariza. Saya nak tanya. Kalo saya nak buat survey (questionnaire) dlm bentuk google form kepada guru-guru dalam Sarawak, adakah saya perlu melaksanakan prosedure memohon kebenaran?

Reply
Lina
3/24/2021 12:02:01 am

Saya juga dlm proses mengutip data melalui Google form..jd perlu ke Mohon kelulusan dr eprd?

Reply
Danial Yasin
6/1/2020 07:43:22 pm

Assalamualaikum Dr Fariza, saya ada satu soalan. Saya dan kawan berjaya dapat kelulusan menjalankan kajian di institusi JKM tapi kami langsung tak pergi ke institusi tersebut dan tak dapat collect data sebab wabak COVID-19. Kami terpaksa ubah research methodology untuk collect data daripada komuniti sahaja dan bukan di institusi JKM. Soalan saya, adakah kami masih perlu menghantar salinan thesis kami nanti kpd JKM? walaupun kami dah ubah research methodology dan langsung tak ambil data drp institusi JKM?

Reply
Mei sang Saw
11/5/2020 06:54:13 am

hi good day, may i get your full name for me to do citation and reference? thanks!

Reply
Tan
1/23/2021 12:16:56 am

Hihi, I would like to ask is the private school having the same procedure? If not, where can I get the information. Thank you.

Reply
ABD HALIB MOHD ALI
3/10/2021 12:26:53 am

Mohon bantuan, untuk penerbitan dan pembentangan artikel baik peringkat kebangsaan atau antarabangsa, ada dokumen panduan EPRD?

Reply
Carina
9/27/2021 12:39:23 am

Hi, can I know is it possible to email the surat permohonan to KPM? not by posting the surat permohonan. (Cause I see your guide is through posting letter). If it is possible, do you have the email? Sincerely waiting for your reply :D

Reply
shila
11/14/2022 10:42:54 pm

Hye there, untuk kaedah permohonan menjalankan kajian yang melibatkan KPM terkini adalah perlu dibuat melalui sistem eRAS2.0 (https://eras.moe.gov.my). sebarang permohonan secara manual tidak diterima. mohon kepada pemilik page ini untuk removekan perkongsian ini keran mengelirukan pihak yang akan memohon berkaitan prosedur yang sepatutnya dilakukan.

Reply
Assoc Prof Dr Fariza
11/15/2022 12:21:13 am

Salam Shila

Ini adalah entri lama yang telah diterbitkan pada 12.5.2016 di mana prosedur pada ketika itu masih menggunakan borang manual. Namun jika saudari baca dengan lebih teliti, pada awal entri ini saya telah tuliskan


BAGI YANG BARU MENEMUI ENTRI INI, BOLEH RUJUK MAKLUMAT TERKINI TENTANG PROSEDUR TERSEBUT DI SINI

dan pautan adalah seperti berikut:
https://www.farizakhalid.com/research-support/permohonan-menjalankan-kajian-di-institusi-di-bawah-kpm-bahagian-2

di mana pada entri ini saya telah update maklumat tentang sistem eRAS

Harap membantu and all the best.

Reply



Leave a Reply.

    Picture

    Archives

    August 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    August 2021
    April 2021
    March 2021
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    November 2019
    May 2019
    January 2019
    December 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    August 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016

    Do your search here:

    Categories

    All
    Action Research
    Activity Theory
    Alumni
    Basic Of Research
    BItara Pengajaran
    Campus Life
    Case Study
    Checklist
    Community Of Practice
    Conceptual Framework
    Conference
    Convocation
    DDR
    Discourse
    Epistemology
    EPRD
    Innovation
    Journal Titles
    Jurnal Titles
    Keynote
    Meeting
    Notes
    Nvivo
    ODL
    PhD
    Pitching
    Progress
    Publication
    Qualitative
    Quantitative
    Questionnaire
    Reminder
    Research Process
    Self-branding
    SoTL
    SPSS
    Statistics
    Student Testimonials
    Success Recipe
    Supervisee
    Supervision
    Tesis
    Ucaptama
    Visibility
    Viva
    Workshop
    Writing Articles

    RSS Feed

    Website Stats

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks