Momen ini sesuatu yang seringkali memberi nafas sentimental kepada diri seorang penyelia apabila meraikan kejayaan anak-anak supervisee saban tahun. Alhamdulillah .. dua pelajar PhD dan seorang Doktor Pendidikan Tinggi saya dilahirkan untuk tahun 2021 ini. Sekalung tahniah - Dr Intan Farahana, Dr Ikram dan Dr Marini!!! Seperti yang kelihatan di dalam foto paling atas, ada empat PhDs bersama saya - tambahan seorang lagi adalah Dr Hairul yang sebenarnya telahpun bergraduat tahun yang lepas namun tetap hadir untuk sama-sama meraikan rakan-rakan yang lain dan tentunya untuk ebrgambar bersama-sama :) Thanks Dr Hairul! Ayuh anak-anak yang lain - inshaAllah tahun hadapan kita akan meraikan Izzat, Zali, Syaida, Suzana dan beberapa yang lain inshaAllah ..! Tiada yang mustahil dalam hidup ini jika segalanya didasari oleh kemahuan dan usaha. Selebihnya, doa juga menjadi senjata. Anak-anak - jagalah hubungan baik sesama manusia - all the significant others di sekelilingmu ada saham tersendiri yang bisa membantu kejayaan kita semua. Saya tidak mahu mengingatkan tentang hubungan dengan Yang Maha Khalik, kerana itu tentu sekali kewajipan utama setiap individu. Apapun didoakan semua berada di dalam Rahman dan Rahim-Nya selalu .. barakumullah jami'a .. inshaAllah Gambateh semua!!! xoxo Dr. F
0 Comments
Alhamdulillah setelah ditangguh dan ditangguh, konvokesyen 2021 akhirnya berlangsung juga. Seperti lazimnya, saya tentunya teruja untuk meraikan anak-anak didik yang naik ke pentas sebagai 'winner' dalam perjuangan menuntut ilmu. Beberapa pelajar sarjana di bawah penyeliaan saya yang bergraduat - Rafik, Hajar, Syahiza, Wahieda, Nur Jannah, serta seorang pelajar prasiswazah yang kini telah melanjutkan pengajian di peringkat sarjana - Musfirah. Sewaktu beliau di tahun akhir pengajian prasiswazah, saya juga bertindak sebagai penyelia latihan ilmiah dan kini sebagai penyelia kajia sarjana pula ;) Terima kasih anak-anak yang sudi berkejaran ke fakulti untuk acara ringkas bergambar. Tidak lupa, tahniah juga buat Husniyyah dan Mazlia yang sudi bersama. meskipun tidak berada di bawah penyeliaan saya :) Tahniah dan tahniah buat semua! Jangan lupa hasrat kalian untuk menyambung pengajian di peringkat PhD pula! I am a proud lecturer! ^___^ Musim konvo telah berlalu. Sekali lagi saya menyaksikan wajah-wajah ceria pelajar berjubah oren memenuhi DECTAR. Acara tahunan ini tidak pernah saya abaikan. Setiap tahun saya pastikan untuk hadir demi meraikan semua graduan. DI sini jugalah saban tahun kami, rakan-rakan sefakulti akan berkumpul dan bergambar kenangan kala menyarung jubah masing-masing. Mungkin ini dianggap saat paling 'glamorous' bagi mereka dalam profession seperti kami hahahaha. Tahniah buat semua pelajar sama ada yang pernah mengikut kuliah bersama saya atau tidak. Semoga kejayaan ini menjadi satu pemangkin dalam meneruskan laluan untuk diterokai dalam kehidupan di luar sana. Ucapan tahniah teristimewa buat Najwa, supervisee saya dari program master eksekutif yang sudi datang mencari saya di fakulti. Najwa, semoga terus dengan semangat untuk meneruskan pengajian di peringkat PhD pula. Terima kasih juga atas ole-ole ingatan :) |
Archives
December 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |