Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan

1/14/2022

4 Comments

 
Picture
Picture
Alhamdulillah thummalahmdulillah.

Pinangan diterima sudah agak sekian lama, malahan tarikh seminar turut tertunda beberapa kali di atas faktor di luar kawalan. Namun dengan rahmat-Nya, petang ini dapatlah juga bersama-sama menyantuni para penyelidik / pelajar-pelajar Sarjana dan PhD untuk membicarakan satu tajuk paling asas berkaitan penyelidikan iaitu Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan. 

Seminar dianjurkan Persatuan Siswazah Fakulti Pendidikan - terlalu dekat dengan diri saya pastinya. Lalu jemputan daripada anak-anak sebumbung tentulah sukar ditolak sementelah semenjak tidak lagi bertugas sebagai Ketua Program Phd, saya agak jarang berpeluang untuk bertemu dengan pelajar-pelajar siswazah di fakulti sendiri :) 

Kehadiran turut dimeriahkan oleh pelajar-pelajar siswazah dari institusi lain yang barangkali dalam proses menyiapkan proposal kajian masing-masing. Terima kasih di atas komitmen yang diberi selama sekitar 3 jam bersiaran. Saya paling gemar apabila seminar begini diselang seli  dengan sesi soal jawab. Pelbagai soalan diutarakan .. mudah-mudahan sedikit penerangan sederhana yang diberikan mampu memberi pencerahan kepada yang bertanya serta audiens yang lain. Terima kasih semua yang tidak menjadi 'pendengar bisu' sebaliknya mengambil peluang yang ada untuk mengutarakan persoalan. Syabas. 

Kenapa penyediaan kertas cadangan penyelidikan penting untuk dititikberatkan? Mungkin ada sebahagian penyelidik yang berfikir bahawa "Ah .. namapun proposal takkan nak tulis beriya.." atau ".. nanti bukan semua yang ditulis nak diikut ..". Pemikiran sebegini seharusnya dielakkan ye anak-anak. Anda harus percaya bahawa proposal yang lengkap, terancang dan jelas hala tujunya akan banyak memberi kebaikan kepada penyelidik sendiri. Paling penting, dengan adanya proposal yang baik, anda juga akan mampu menonjolkan jangkaan dapatan kajian dan seterusnya bagaimana dapatan ini akan menjadi sumbangan utama anda terhadap bidang kajian anda. 
Picture
Picture
Picture
Penghasilan proposal kajian yang baik turut menuntut setiap penyelidik untuk mempersiapsiaga diri masing-masing dengan beberapa aspek - pengetahuan dan bidang kajian, selok-belok dalam metodologi penyelidikan, malah tidak ketinggalan kemahiran berfikir secara kritikal serta kemmahiran berkomunikasi. Terlalu banyak perkara yang boleh dibincangkan di bawah satu tajuk yang umum sebegini namun masa tentu sekali tidak mengizinkan. Mudah-mudahan sesi ringkas petang tadi memberi sedikit bekal berguna buat semua. Adios! 
Picture
4 Comments

Kajian Tindakan dari Lensa SoTL

1/7/2022

0 Comments

 
Picture
Picture
Undangan diterima daripada Dr Hairul daripada IPG Ilmu Khas Kuala Lumpur untuk berbicara tentang Kajian Tindakan sempena Seminar Penyelidikan Tindakan Kebangsaan 2021 (TINDAK2021).

Oleh kerana KT sangat berkait rapat dengan praktis serta proses penambahbaikan berterusan, lalu falsafahnya tidak lari jauh daripada konsep Scholarship of Teaching & Learning atau lebih dikenali dengan nama SoTL. 

Saya kira ramai pendidik yang juga merupakan penyelidik yang telah faham konsep SoTL dan kepentingannya dalam profession pendidikan. Namun tidak kurang juga yang belum benar-benar sebati kefahamannya tentang SoTL serta perkaitannya dengan aktiviti dalam Kajian Tindakan. 

Lalu kesempatan untuk menyampaikan ucaptama di Seminar TINDAK2021 ini saya ambil untuk mengupas aktiviti Kajian indakan daripada lensa  SoTL. 

Terima kasih penganjur di atas jemputan ini. Semoga perkongsian sederhana ini memberi sedikit insights serta renungan tentang 'what's next' yang boleh kita fikirkan untuk kebaikan bersama :) 

Rakaman ucaptama ini boleh ditonton di bawah. Jemputlah :)  

0 Comments
    Picture

    Archives

    August 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    August 2021
    April 2021
    March 2021
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    November 2019
    May 2019
    January 2019
    December 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    August 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016

    Do your search here:

    Categories

    All
    Action Research
    Activity Theory
    Alumni
    Basic Of Research
    BItara Pengajaran
    Campus Life
    Case Study
    Checklist
    Community Of Practice
    Conceptual Framework
    Conference
    Convocation
    DDR
    Discourse
    Epistemology
    EPRD
    Innovation
    Journal Titles
    Jurnal Titles
    Keynote
    Meeting
    Notes
    Nvivo
    ODL
    PhD
    Pitching
    Progress
    Publication
    Qualitative
    Quantitative
    Questionnaire
    Reminder
    Research Process
    Self-branding
    SoTL
    SPSS
    Statistics
    Student Testimonials
    Success Recipe
    Supervisee
    Supervision
    Tesis
    Ucaptama
    Visibility
    Viva
    Workshop
    Writing Articles

    RSS Feed

    Website Stats

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks