Dr Intan Farahana.
Bekas anak didik saya di kala pengajian PhDnya. Kini pensyarah di Asia Pacific University. Semalam entah bagaimana mungkin sudah tertulis rezeki kami untuk berjumpa seketika sambil menikmati makan tengahari. Banyak cerita yang dikongsi bersama. Tentang kerjaya. Tentang hidup. Tentang perancangan masa hadapan. TIdak sedar masa berlalu seperti belati. Di hujung pertemuan beliau menghulurkan tesisnya sebagai tanda ingatan. Intan, sekarang kau sudah merasai manisnya sebuah perjalanan PhD, meski pahitnya tidak dapat dilupakan. Terbanglah setinggi yang mungkin. Namun jangan sesekali kau lupa pada rumput di bumi.
0 Comments
Dr Hairul, bekas pelajar di bawah seliaan saya.
Seringkali beliau tidak melupakan guru-gurunya. Saban tahun ada sahaja bingkisan Hari Guru buat saya serta guru-gurunya yang lain. Terima kasih Hairul, semoga ukhuwwah berpanjangan. Mendoakan kesejahteraan dirimu serta perkembangan kerjaya yang cemerlang inshaAllah! Agak lama tempoh menunggu namun penantian itu bukanlah satu penyiksaan kerana apa yang menanti di seberang sana adalah satu impian yang bakal menjadi nyata. Pelajar Doktor Pendidikan Tinggi saya - Pn Hafizhah Suzana pada hari ini telah lulus vivanya, alhamdulillah thummal hamdulillah .. apa lagi yang diharapkan? Pembetulan itu banyak atau sedikit, merupakan lumrah dalam urusan viva. Tahniah Pn Zana! Semoga kejayaan pada hari ini menjadi nadi penggerak kepada semua pelajar-pelajar PhD dan EdD yang lain. Memang tidak ada yang mudah dalam perjalanan ini kerana liku-liku yang harus diharungi tentulah menuntut nilai kelenturan, tabahjiwa serta ketekunan individu. Jangan dikeluhkan kepada kesukaran yang pernah dilalui, namun bersujud syukurlah kerana perjalanan yang panjang itu hanya tinggal sejengkal cuma. Teruskan momentum dan teruslah dengan usaha melengkapkan pembetulan ye :) Sekalung penghargaan buat semua pembaca luar - PM Azidah (USM), PM Habibah (UPM) serta penilai dalam Dr Aidah. Juga tidak dilupakan penyelia bersama Prof Supyan :) #anotherviva #anothergraduate Saya dikunjungi beliau minggu nak lepas. Kebetulan pula saya bekerja di bilik asal saya di fakulti lalu beliau terus mengunjungi saya di situ. Dr. Izzat, seorang pelajar PhD yang begitu tekun dalam segenap usaha yang dicurahkan. Kajian beliau adalah tentang penggunaan aplikasi mudahalih dalam pengajaran Matematik. Sebagai seorang guru Matematik yang bertugas di sekolah rendah, kajiannya dijalankan dalam konteks pekerjaan seharian. Beliau banyak sekali menerbitkan artikel di jurnal-jurnal SCOPUS. Malah bukan hanya penerbitan dalam jurnal, beliau turut menyertai pelbagai pertandingan inovasi penyelidikan sehingga menggondol Diamond Award. Semangat dan kesungguhan ini saya kira perlu dijadikan contoh oleh pelaajr-pelajar lain khususnya yang berada di bawah penyeliaan saya sendiri. Meskipun berstatus pelajar separuh masa, Dr Izzat mampu menyiapkan penulisan tesis pada semester ke-6. Ini satu cabaran untuk pelajar-pelajar lain juga. Sekalung tahniah sekali lagi Izzat, di atas kejayaan yang cemerlang ini! Saya doakan Izzat akan terus cemerlang dalam bidang pendidikan serta mampu menghidupkan roh penyelidikan dalam praktis seharian. InshaAllah panjang umur kita ketemu lagi :) Terima kasih juga di atas ingatan dan ole-ole yang dibawa .. |
Archives
December 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |