Alhamdulillah - sekalung tahniah buat Syaida yang telah lulus dalam viva vocenya pada 3 Disember 2022.
Sekalung penghargaan buat pembaca luar PM Dr Farrah Dina Yusop (UM) serta pembaca dalam Dr Haz yang telah berkongsi kepakaran serta memberikan cadangan untuk menambahbaik kualiti tesis yang dihasilkan. Saya mengambil masa yang agak lama serta dengan penuh teliti membaca tesis vesi viva demi mengelakkan sekuaran kepada pembaca, khususnya yang berkaitan perkara teknikal serta remeh seperti ejaan dan format. Meski sebilangan calon merasakan bahawa ejaan dan format bukanlah intipati penting dalam tesis, namun hal sekecil inilah sebenarnya boleh menjadi satu faktor pembunuh kepada keseronokan membaca tesis. Selaku pembaca, kesalahan ejaan yang kerap tentu sahaja mengganggu momentum pembacaan sehingga terpaksa diulang untuk memahami isi kandungan yang hendak disampaikan. Ketelitian serta kejelasan gaya bahasa juga memainkan peranan penting yang menyumbang kepada kepuasan membaca. Untuk mereka yang di luar sana, pastikan bahasa yang digunakan adalah bahasa yang mudah difahami dan elakkan bahasa bombastik, bermetafora, apatahlah lagi yang melibatkan unsur personafikasi - tesis bukanlah karya sasatera atau seni. Tesis anda adalah penulisan ilmiah yang ada unsur empirikal. Elakkan juga penggunaan istilah yang dianggap jargon. Bahasa yang ringkas, tetapi terus kepada maksudnya adalah pilihan terbaik jika anda hendak memenangi hati pembaca ya!. Kepada Dr. Syaida, tahniah sekali lagi! Ayuh, teruskan usaha penambahbaikan.
0 Comments
|
Archives
December 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |