Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Kecil tapi Signifikan

5/19/2016

0 Comments

 
Kecil tapi signifikan. Itu yang saya kira berlaku, atau sekurang-kurangnya harapan saya agar ianya begitu. Kumpulan kecil yang hadir merupakan anak-anak didik rapat saya datang dengan penuh semangat untuk meneroka proses penganalisisan data menggunakan SPSS serta bagaimana menghasilkan penulisan laporan mengikut format yang diterima. Meski kami hanya menyentuh perkara-perkara asas serta analisis ringkas seperti T-Test, ANOVA dan Korelasi sahaja, saya kira ia memadai sebagai panduan untuk mereka terus tegak berdiri dan teguh melangkah.  Kejapkan semangat, teruskan nekad pasti Allah tidak akan mempersiakan usaha dan niat murni kita. 

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada yang hadir, dan saya percaya kehadiran semua ke bengkel inii bukan kerana dipaksa tetapi lahir daripada desakan dan keperluan diri sendiri dalam menyempurnakan tugasan penyelidikan serta niat untuk menambah ilmu di dada. 

Alhamdulillah ... Kecil namun signifikan. What more do you expect? 
0 Comments

Sebelum Membina Soal Selidik 

1/31/2016

3 Comments

 
Picture
Assalamualaikum warahmatullah .. semoga Jumaat penghulu segala hari memberi seribu keberkatan buat kita semua insyaAllah  .. Baiklah, hari ni kita dalam mood Bahasa Malaya ye!
Izinkan saya berkongsi sedikit tentang perkara yang perlu dititikberatkan sebelum kita membina soal selidik.  

Perkara paling penting yang perlu difikirkan sebelum mereka bentuk soal selidik kita adalah dengan meneliti semula objektif kajian. Maksudnya di sini, soalan-soalan dalam soal selidik hendaklah mengambil kira objektif kajian agar jawapan daripada soal selidik akan akhirnya menjawab persoalan kajian kita – dan secara tidak langsung memnuhi kehendak objektif kajian. Beberapa langkah yang perlu kita renungkan sebelum membangunkan soal selidik termasuklah:
  1. Kenalpasti maklumat (data) yang diperlukan (untuk menjawab persoalan/hipotesis kajian)
  2. Kenalpasti siapa responden kajian kita.
  3. Pilih metod pengutipan data yang sesuai dengan responden kajian.
  4. Fikirkan tentang isi kandungan (konstruk dan item) dalam soal selidik (agar selari dengan objektif / persoalan kajian / hipotesis).
  5. Bangunkan item-item soal selidik.
  6. Susun soalan dalam susunan yang sesuai.
  7. Apabila sudah lengkap – perhatikan keseluruhan soal selidik – adakah terlalu panjang/terlau ringkas? Item-item membayangkan aspek-aspek dalam persoalan kajian/hipotesis?
  8. Buat pilot test terhadap soal selidik.
  9. Melalui maklumbalas daripada pilot test yang dijalankan – buat penambahbaikan/pengubahsuaian item-item tadi .. dah selesai baharulah ditadbir kepada sampel kajian yang sebenar.

Di bawah ini pula merupakan senarai semak yang mengandungi perkara-perkara yang perlu disemak ketika soal selidik dibangunkan.  Sumbernya ada tertera di bawah rajah. 
Picture
Saudari Rohaila ada bertanya tentang sama ada perlu atau tidak beliau merujuk kepada teori/model yang digunakan sebagai dasar penyelidikan dalam pembangunan soal selidik ini. Kebiasaannya sebelum pembangunan soal selidik dijalankan, proses penting yang harus dilakukan oleh penyelidik tentulah dengan membuat sorotan literatur, kerana melalui proses ini kita akan dapat mengenalpasti bukan sahaja objektif, metodologi, sampel serta dapatan kajian terdahulu, tetapi kita juga dapat mengenalpasti teori-teori yang sesuai dengan bidang kajian kita.

Apabila kita telah mengenalpasti teori yang hendak digunakan sebagai dasar dalam kajian, serta elemen dalam teori tersebut termasuk dalam aspek pengukuran (persoalan kajian/ hipotesis kajian) maka perlulah kita memasukkan elemen-elemen daripada teori tersebut dalam soal selidik kita. Misalnya, Ely's Conditions yang menggariskan lapan kondisi yang diperlukan dalam merangsang penggunaan inovasi. Kelapan-lapan perkara tersebut boleh diterjemahkan ke dalam bentuk soalan soal selidik. Begitu juga dengan model RIPPLES misalnya yang menggariskan lapan aspek penggunaan teknologi yang boleh dijadiakn sandaran dalam pembangunan item-item soal selidik. Wallahua'lam :) 

​xoxo 
3 Comments
    Picture

    Archives

    December 2023
    November 2023
    April 2023
    January 2023
    December 2022
    August 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    August 2021
    April 2021
    March 2021
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    November 2019
    May 2019
    January 2019
    December 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    August 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016

    Do your search here:

    Categories

    All
    Action Research
    Activity Theory
    Alumni
    Basic Of Research
    BItara Pengajaran
    Campus Life
    Case Study
    Checklist
    Community Of Practice
    Conceptual Framework
    Conference
    Convocation
    DDR
    Discourse
    Educational Technology
    Epistemology
    EPRD
    Innovation
    Journal Titles
    Jurnal Titles
    Keynote
    Masters
    Meeting
    Notes
    Nvivo
    ODL
    PhD
    Pitching
    Progress
    Publication
    Qualitative
    Quantitative
    Questionnaire
    Reminder
    Research Process
    Robing
    Self-branding
    SoTL
    SPSS
    Statistics
    Student Testimonials
    Success Recipe
    Supervisee
    Supervision
    Tahniah
    Tesis
    Ucaptama
    Visibility
    Viva
    Workshop
    Writing Articles

    RSS Feed

    Website Stats

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks