Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Kerangka Konsep

2/2/2016

21 Comments

 
Picture
​Antara perkara yang sering diperdebatkan dalam penulisan tesis sama ada di peringkat sarjana atau PhD atau ketika sidang viva adalah isu berkaitan kerangka konsep. Misalnya, adakah kerangka konsep (yang dikemukakan di akhir bab satu atau sesetengah penyelidik meletakkannya pada akhir bab 2) menggambarkan keseluruhan elemen dalam penyelidikan yang dijalankan? Atau dengan ertikata lain keseluruhan teori dan pembolehubah dipersembahkan dalam kerangka kajian dengan mempamerkan hubungkait antara satu dengan yang lain.
 
Antara komen yang biasa didengar ketika proses soal jawab viva adalah kelemahan penyelidik mengilustrasikan hubungkait elemen-elemen kajian dalam kerangka konsepnya. Atau pernah juga penyelidik memasukkan pelbagai teori sewenang-wenangnya ke dalam kerangka konsep tanpa melihat relevan atau tidaknya sesuatu teori dengan penyelidikan yang dijalankan.
 
Persoalannya di sini, pentingkah kerangka konsep ini dalam proses penyelidikan atau hanya sekadar penghiasa tesis semata-mata?
 
Secara umumnya,  kerangka konsep mempunyai peranannya tersendiri. Ia bertindak sebagai sumber panduan kepada penyelidik dalam meneliti elemen-elemen yang terlibat dalam kajiannya. Misalnya,  kerangka konsep mengandungi faktor-faktor penyebab kepada fenomena yang dikaji, pembolehubah, teori yang mendasari kajian serta bagaimana elemen-elemen ini berkiatan antara satu sama lain. Oleh kerana itu, anda biasa melihat kerangka konsep diilustrasikan dalam bentuk diagram atau rajah yang mengandungi anak panah ke sana sini. Hal ini bertujuan untuk memberi gambaran secara visual kepada pembaca akan hubung kait antara katakunci yang terdapat dalam rajah tersebut. Kerangka konsep yang baik adalah rajah yang mengandungi penerangan visual yang jelas dan mudah difahami, ringkas namun padat. Perkara yang perlu ada dalam kerangka konsep seperti yang dinyatakan tadi termasuklah pemboleh ubah, konsep, teori yang mendasari kajian, serta bagaimana penyelidik menerangkan hubungkaitnya antara satu sama lain yang akhirnya membawa kepada ‘ultimate aim of the research’ – iaitu objektif utama kajian. Saling hubung ini pula kebiasaannya ditentukan oleh hasil sorotan literatur penyelidik terhadap dapatan kajian lepas serta teori-teori berkaitan. Hal ini juga bermakna, pembangunan kerangka konsep tidak dibangunkan mengikut ‘rasa hati’ penyelidik semata-mata namun didasari oleh kajian empirikal terdahulu. Namun demikian, dalam mencari lompang kajian, penyelidik tentu sahaja menemui ruang-ruang yang belum diterokai oleh penyelidik sebelumnya secara ekspilit. Dalam keadaan ini, kemasukan pemboleh ubah baharu (yang belum diuji secara empirikal) boleh juga dimasukkan ke dalam kerangka konsep manakala hubungkaitnya adalah berdasarkan hipotesis atau andaian pengkaji. Sama ada hubungan tersebut terbukti benar atau sebaliknya, bergantung kepada dapatan kajian. Oleh kerana itu kerangka konsep boleh juga dikatakan sebagai andaian atau gambaran awal saling hubung antara keseluruhan elemen. 

Sementara kerangka konsep lebih bersifat subjektif, kerangka teori pula lebih bersifat objektif kerana ia memuatkan teori yang dipilih oleh penyelidik dalam menjalankan penyelidikannya. Kebiasaannya ia melibat satu teori yang eksplisit yang menerangkan fenomena sesuatu perkara. Dalam penyelidikan sains sosial walaubagaimanapun, kerangka konsep lebih banyak digunapakai oleh penyelidik. 

Wallahu a'lam .. 


21 Comments
    Picture

    Archives

    December 2023
    November 2023
    April 2023
    January 2023
    December 2022
    August 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    August 2021
    April 2021
    March 2021
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    November 2019
    May 2019
    January 2019
    December 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    August 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016

    Do your search here:

    Categories

    All
    Action Research
    Activity Theory
    Alumni
    Basic Of Research
    BItara Pengajaran
    Campus Life
    Case Study
    Checklist
    Community Of Practice
    Conceptual Framework
    Conference
    Convocation
    DDR
    Discourse
    Educational Technology
    Epistemology
    EPRD
    Innovation
    Journal Titles
    Jurnal Titles
    Keynote
    Masters
    Meeting
    Notes
    Nvivo
    ODL
    PhD
    Pitching
    Progress
    Publication
    Qualitative
    Quantitative
    Questionnaire
    Reminder
    Research Process
    Robing
    Self-branding
    SoTL
    SPSS
    Statistics
    Student Testimonials
    Success Recipe
    Supervisee
    Supervision
    Tahniah
    Tesis
    Ucaptama
    Visibility
    Viva
    Workshop
    Writing Articles

    RSS Feed

    Website Stats

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks