*Entri ini merupakan kesinambungan daripada entri-entri yang lepas berkaitan permohonan ini. Untuk baca entri terdahulu, klik link di bawah: ENTRI 1 Entri 1 memuatkan maklumat asal tentang permohonan namun maklumat ini perlu diabaikan kerana EPRD tidak lagi menggunakan pemrohonan secara manual (kecuali ada sebab-sebab yang dibenarkan oleh pihak urusetia di KPM) ENTRI 2 Entri 2 memuatkan maklumat tentang sistem ERAS yang mula digunakan untuk permohonan semenjak 2018. Jadi penyelidik semua, untuk permohonan silalah gunakan sistem ini ye. ENTRI 3 Entri 3 pula saya telah menrangkan contoh tentang cara-cara mengisi borang permohonan Ramai yang menghubungi saya untuk pertanyaan lanjut tentang selok-belok permohonan dan tidak ketinggalan ada juga yang berkongsi masalah teknikal apabila menggunakan sistem tersebut. Untuk makluman, saya bukanlah pegawai KPM ya, perkongsian saya dalam entri-entri sebelum ini hanyalah sebagai end user kepada sistem tersebut. Jadi dalam hal-hal berkaitan teknikal dan sebagainya, seeloknya saudara dan saudari rujuklah kepada pegawai yang bertanggungjawab di KPM :) Entri pada hari ini lebih kepada perkongsian tambahan tentang syarat-syarat untuk membolehkan para penyelidik memohon utuk mendapatkan kebenaran daripada bahagain EPRD KPM. Berikut saya perturunkan syarat-syarat yang tertera sebelum penyelidik memohon di sistem untuk rujukan bersama: SYARAT - SYARAT PERMOHONAN 1. Pengutipan data tidak melibatkan murid kelas peperiksaan (UPSR, PT3, dan SPM) 2. Penyelidikan tidak mengandungi unsur sensitif (seperti mempersoalkan dasar pendidikan / isu perkauman / menyentuh sensitiviti agama / seks keterlaluan / mengaibkan individu atau kumpulan), khususnya item soal selidik, soalan protokol temu bual, dan kandungan modul intervensi. 3. Pengutipan data tidak mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah. 4. Pengutipan data tidak melibatkan pemerhatian oleh penyelidik serta rakaman video aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. 5. Pengutipan data tidak melibatkan pengambilan darah atau sebarang sampel fizikal daripada murid. 6. Pengutipan data melibatkan murid di luar waktu persekolahan, penggunaan aplikasi, permainan dan sebagainya perlu disertakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga dan surat sokongan daripada pentadbir sekolah. 7. Eksperimen, modul, permainan, aplikasi dan sebagainya perlu dilaksanakan oleh guru sekolah berkenaan (guru berperanan sebagai proksi penyelidik). 8. Instrumen hendaklah dalam bahasa yang digunakan semasa melaksanakan kajian (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris). Sekiranya menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, perlu DITERJEMAHKAN ke dalam Bahasa Melayu. 9. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat permohonan akan DITOLAK. 10. Kementerian Pendidikan Malaysia berhak MENOLAK sebarang permohonan untuk menjalankan penyelidikan atau membatalkan kebenaran yang telah diberikan tanpa sebarang notis. 11. Satu naskhah laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah diserahkan kepada Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia selepas penyelidikan selesai dijalankan. 12. Laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah berkulit keras berserta salinan softcopy (CD) berformat PDF. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: PENTADBIR eRAS UNIT PEMBANGUNAN DAN PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEKTOR PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN DASAR BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, ARAS 1-4, BLOK E8, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, 62604 PUTRAJAYA. Tel : 03-8884 6591 Manakala di bawah pula adalah langkah-langkah yang perlu saudara-saudari lalui untuk mendapatkan kebenaran: Untuk panduan dan rujukan juga, saya compilekan semua Q&A yang berlaku di dalam entri-entri sebelum ini .. hope this will be helpful :).
1 Comment
Hati itukan milik kita yang bergelar manusia. Lalu dari hati juga akan terbitnya pelbagai rasa dan interpretasi serta konsepsi. Dalam soal cintan, kata orang dari mata turun ke hati. Sebab itu, bahaya jika kita bermain mata .. silap-silap terpaut pula .. eh ke situ pulak :D
Ok berbalik kepada tajuk saya petang ini. Sebagai seorang penyelidik yang akan menggubah hasil karya penyelidikannya dalam bentuk penulisan (tesis atau disertasi) tentulah anda perlu bijak bukan sahaja dalam mengenalpasti penyataan masalah yang jitu, persoalan kajian dan hipotesis yang munasabah serta 'measurable', corak pengendalian dapatan serta susunan data juga memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi interpretasi pembaca terhadap keseluruhan kualiti penyelidikan yang dijalankan. Tidak dilupakan, aspek paling penting yang saya biasanya akan nilai sewaktu membaca tesis penyelidikan tentulah bab 5 atau dapatan saudara-saudari. Bab 5 ini merupakan bab anda ye. Di sinilah peluang anda menonjolkan keabsahan serta relevannya penyelidikan yang anda telah jalankan. Namun kebanyakan penyelidik kurang memberi penekanan terhadap bab 5 sehingga ada yang hanya menulis sekadar 'mengulang' semula dapatan dalam bab 4. Itu adalah satu kelemahan yang ketara. Apa yang harus anda tonjolkan di dalam bab perbincangan ini? Ini adalah soalan yang agak tricky namun jika anda faham konsep 'keselarian idea' dalam keseluruhan bab, atau dengan erti kata lain, jika anda bijak menggabungjalinkan perbincangan dapatan anda dengan aspek yang anda tonjolkan dalam penyataan masalah, maka anda mungkin dapat memancing hati pembaca. Apakah isu sebenar yang anda tulis di dalam penyataan masalah? Bagaimanakah anda hendak 'adress' kepada masalah tersebut dan bagaimanakah dapatan kajian anda akhirnya dapat dikaitkan semula dengan isu dalam penyataan masalah akan menunjukkan keselarian idea. Jangan lupa, berikan penekanan terhadap kenapa anda menggunakan teori atau model tertentu dalam kajian dan bagaimana penggunaan teori atau model itu telah membantu anda mendapatkan jawapan atau dapatan? Ini juga penting untuk anda fikir dan jelmakan dalam penulisan di bab perbincangan. Hati pembaca ini berpancawarna dan emosi naik turun akan cepat mempengaruhi keputusan penilaian. Penulisan yang bersistematik, konsisten serta sifar ralat (ejaan, formating dll) tentu akan menyejukkan hati pembaca. Pemilihan gaya bahasa juga memainkan peranan penting dalam memberi mood pembacaan yang 'mengenyangkan'. Jadi, hal-hal kecil dan teknikal seharusnya diberesi terlebih awal sebelum anda ready untuk menghantar tesis untuk pembacaan ye. Semoga coretan ringkas ini bisa mendendangkan sedikit halwa buat semua penyelidik di luar sana khususnya yang sedang berkira-kira untuk menghantar tesis yang lengkap .. yeay .. it is just one more step to go! Nota: Gambar di atas baru dirakam petang ini kala saya sedang melengkapkan laporan untuk sebuah tesis yang saya baca. Tesisnya bagus dan memberi mood yang positif buat pembacanya sehinggakan saya merasakan hati saya bagai telah dicuri.. bravo! |
Archives
December 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |