Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Permohonan Menjalankan Kajian di Institusi di bawah KPM  (Bahagian 2)

12/5/2017

61 Comments

 
Picture
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Saya pernah menulis tentang permohonan menjalankan kajian di institusi di bawah KPM tahun yang lalu dan melalui entri tersebut saya menerima pelbagai persoalan daripada para penyelidik di seluruh Malaysia. 

Untuk makluman bersama, terdapat perubahan baharu berkaitan perkara ini yang saya terima melalui emel dan ingin saya kongsikan: 

1. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab mengeluarkan surat kebenaran menjalankan kajian melibatkan sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi, institut pendidikan guru, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan bahagian di bawah KPM. 

2. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, BPPDP akan menggunakan Sistem eRAS 2.0 mulai 1 Disember 2017 untuk menerima permohonan dan mengeluarkan surat keputusan permohonan kebenaran menjalankan kajian. Sistem ini boleh dicapai melalui http://eras.moe.gov.my. Walau bagaimanapun Bahagian masih menerima permohonan melalui borang BPPDP 1.2 dan mengeluarkan surat secara manual sehingga 28 Februari 2018.

3. Untuk makluman, mulai 1 Mac 2018, semua urusan permohonan kebenaran menjalankan kajian hanya boleh dibuat melalui sistem eRAS 2.0 sahaja. Permohonan melalui borang BPPDP 1.2 tidak akan diterima lagi selepas tarikh tersebut. 

4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi En. Selvarajah Manikam melalui tailan 03-88846457 ([email protected]). 

Semoga maklumat in bermanfaat ^__^

61 Comments
ROSLI BIN AHMAD
2/23/2018 08:09:41 am

PERMOHONAN MENJALANKAN PENYELIDIKAN

Reply
Veeraratchagi A/P Rajigez
12/4/2019 01:52:38 am

Memohon kebenaran menjalankan kajian di sekolah

Reply
Suhana Abd Hamid
5/20/2018 02:41:00 am

PERMOHONAN MENJALANKAN KAJIAN DI SABK SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN

Reply
Ku Azam b Ku Abdullah
6/19/2018 01:20:20 am

mohon pendaftaran masuk

Reply
Ramlah Mailok
7/10/2018 05:59:24 pm

Link ini http://eras.moe.gov.my/ tidak dapat dibuka, adakah pihak EPRD boleh menggunakan online atau masih manual?

Reply
Dr F
7/10/2018 08:38:02 pm

Saudari Ramlah,

saya baru masuk ke sistem tersebut. mungkin pada ketika saudari log in ada masalah capaian ke Internet

Reply
Emilda Hashim
7/15/2018 09:20:14 pm

saya tidak boleh akses link http://eras.moe.gov.my/ sejak 2 minggu lepas pada waktu yang berbeza- beza. Namun, masih tidak berjaya. Saya amat memerlukan sokongan EPRD untuk penyelidikan saya ASAP. terima kasih.

Reply
Dr Fariza
7/16/2018 09:34:00 am

Saudari Imelda,

Cuba telefon pegawai EPRD (nombor seperti tertera di entri) dan mohon bantuan mereka, Saya tidak dapat membantu dalam hal ini :)

Reply
Nisa
8/8/2018 07:37:23 am

Adakah bahasa inggeris boleh digunakan dalam borang D dan kertas cadangan kajian?

Reply
Dr Fariza
8/8/2018 08:19:31 pm

Bahasa Inggeris diterima

Reply
NORLIZA
9/19/2018 11:34:38 pm

Saya ingin mengetahui tentang prosedur untuk membuat permohonan semula kebenaran menjalankan kajian. Untuk makluman, saya telah membuat permohonan sebelum ini dan telah tamat tempoh pada 4 september 2018 yang lalu.

* saya telah cuba hubungi no EPRD .. tetapi banyak kali tidak berjaya. \
Tkasih

Reply
Dr Fariza
1/24/2019 08:52:00 pm

Maaf atas kelewatan membalas - saya tak perasan mesej ini masuk.

Untuk keluusan yang telah tamat tempoh, saudari perlu mengisi semula borang permohonan

Reply
HANY
10/17/2018 10:50:19 pm

Salam.. Macam mana nak dapat borang BPPDP 2 (A) tu..terima kasih,

Reply
Dr Fariza
1/24/2019 08:52:53 pm

Hany,

Semuanya sekarang menggunakan borang dalam talian. Klik sahaja pada link dalam entry ini dan masukan maklumat yang diminta.

Reply
Dalila
10/3/2019 08:16:59 pm

Dlm dokumen y diperlukan perkara ke -4, borang BPPDP 2(A) disahkan penyelia. Borang apa tu ya? Dan nak dapatkan dimana?

Syuhada
11/30/2018 02:28:03 am

Salam, saya nk tanya...kalau saya nak jalankan kajian di kolej matrikulasi, saya perlu lalu pejabat pendidikan daerah ke?

Reply
Dr Fariza
1/24/2019 08:53:34 pm

Syuhada,

Tidak perlu melalui JPN atau PPD

Reply
Mashitah
12/8/2018 02:16:00 am

Assalamualaikum,

Saya telah menghantar permohonan penyelidikan dalam sistem eRAS 2.0. Namun, saya salah masukkan alamat surat menyurat saya dan tidak dpt mengemaskini maklumat tersebut semula. Bagaimana caranya untuk saya mengemaskini maklumat tersebut ?

Reply
Dr Fariza
1/24/2019 09:10:44 pm

Wslm Mashitah

rasanya boleh edit maklumat/profile dalam sistem tersebut

Reply
Fitrynadia
1/24/2019 12:05:05 am

Salam Dr. Jika kajian saya melibatkan kaji selidik melibatkan guru dan pelajar pra-sekolah adakah saya perlu memohon kebenaran menjalankan kajian ini dari pihak KPT tau JPN juga?

Reply
Dr Fariza
1/24/2019 09:12:13 pm

Salam Fitrynadia,

Untuk pra-sekolah, permohonan KPM dan JPN masih diperlukan

Reply
grace
2/25/2019 07:28:19 pm

salam sejahtera... saya tidak dapat mengakses ke URL ini

Reply
Siti Aminah Ahmad
4/6/2019 09:08:52 pm

Salam Dr..
Bagaimana saya nak dapatkan surat untuk mengedarkan soal selidik kajian master saya untuk pelajar sekolah menengah?

Reply
Dr. Fariza
4/7/2019 01:31:19 am

Wslm Siti
Untuk dptkan surat kelulusan EPRD saudari perlu mengisi borang dlm talian menggu akan link yg duberi dlm entri ini.

Reply
ruslimi bin zakaria
4/20/2019 12:14:54 am

assalamualaikum......
kenapa laman web eras selalu tak boleh dicapai? ke dah buat laman web lain. minta respon sikit dari mpihak eras

Reply
Aimi Amalina
5/7/2019 10:18:31 pm

Saya juga tidak dapat mengakses ke laman web eRAS. Error 503, servive unavailable. Adakah laman web sedang diselia?

Reply
Dr Fariza
11/22/2019 10:48:42 am

Maaf aaya tidak dapat menjawab persoalan ini kerana saya bekerja di UKM dan bukan di KPM. Mohon saudar Ruslimi menghubungi pihak EPRD/KPM dan ajukan persoalan ini kepada mereka. TQ

Reply
Logambigai
7/18/2019 10:53:00 pm

Selamat sejahtera. Bagi bahagian instrument kajian wajib must naik? Boleh Tak kita memuat naik draf borang soal selidik bagi proses permohonan penyelidikan& menukar borang selidik yang sebenar semasa kajian dilakukan

Reply
Dr Fariza
11/22/2019 10:50:28 am

Saudari perlu memuatnaik soal seilidik yang telah final dan akan digunakan dalam kajian, bukan sekadar untuk mendapatkan kelulusan sahaja.

Reply
Norhida Anor Basri
8/7/2019 10:27:31 pm

Saya Nak jalankan kajian disekolah Jabatan penjara. Perlukan Saya Mohon kebenaran eprd

Reply
Dr Fariza
11/22/2019 10:51:48 am

Norhida,

Dalam hal ini, responden bukan terdiri dariapda guru atau pelajar sekolah, jadi tidak perlu mohon kebenaran EPRD. Saudari perlukan kebenaran daripada pihak Jabatan Penjara atau Kementerian yang terbabit ye.

Reply
Nurhayati
9/16/2019 11:53:02 pm

Berapa lama tempoh untuk mendapat kelulusan selepas memohon?

Reply
Dr Fariza
11/22/2019 10:52:49 am

Pengalaman saya sekitar tidak lebih 2 minggu itupun kerana permohonan saya bertindan dengan cuti perayaan. Seharusnya kurang lebih begitu tempoh menunggunya.

Reply
Farhana
9/26/2019 05:24:27 am

Salam.
Saya nak tanya, bgaimana sekiranya tajuk bg penyelidikan telah diubah dan saya ingin membuat permohonan yang baru kerana ingin mengubah tajuk penyelidikan?

Reply
Dr Fariza
11/22/2019 10:54:19 am

Farhana,

adakah perubahan tajuk melibatkan perubahan responden dan konstruk yang hendak diukur? Jika ya dan saudari memerlukan kebenaran baharu dan jika sekiranya tidak, boleh proceed dengan kebenaran asal.

Reply
Aina
12/3/2019 08:31:54 pm

Salam Dr. Saya sudah menghantar permohonan online berikut. Dan saya telah faks kan borang berkaitan ke no faks kpm daripada universiti saya. Tapi adakah saya perlu call talian kpm untuk memaklumkan bahawa saya telah fakskan borang berkaitan?

YM Raja
12/19/2019 05:46:17 am

Dr..apa maksudnya jika tick ya/tidak pada bahagian C sama ada kitipan data telah dijalankan.

Reply
Dr F
6/5/2020 01:51:39 am

Maaf YM Raja

Saya tak perasana mesej ini masuk hingga sekarang.
Tick 'belum' sahaja.

Reply
CHU TZU KANG
12/27/2019 03:38:19 am

Salam, Dr. Saya telah menghantar permohonan kajian dalam eRAS2.0 mengikut prosedur pada 18hb Disember 2019 yang lalu. Pada 26hb Disember, saya dihubungi oleh pegawai yang bertanggungjawab yang mendapati instrumen soal selidik saya dalam muka surat terakhir dibiarkan kosong. ( Yang sebenarnya ialah tamat). Oleh itu, permohonan saya telah ditolak dan diminta membuat permohonan baru semula. Saya pun mencuba login sekali lagi dengan pembetulan soal selidik saya. Namun, sehingga kini saya tidak dapat membuat permohonan baru dengan ID yang sama kerana tiada menu pernambahan permohonan baru selepas login. Bagaimana hendak selesaikan masalah ini?

Reply
Dr F
6/5/2020 01:50:48 am

Maaf Tzu Kang,

saya tak ter reply mesej ini. Saudara perlu hubungi pihak EPRD kaalu begitu kerana mereka yang menjaga sistem ye.

Reply
Ramli bin Saidan
1/14/2020 09:28:52 am

Bagaimanakah caranya mendapatkan data disiplin pelajar sekolah rendah dan menengah untuk kajian PHD saya?

Reply
Dr F
6/5/2020 01:49:34 am

Salam saudara Ramli,

Saya mohon maaf, saya tiada maklumat pula tentang ini. Mungkin saudara boleh menghubungi pihak KPM sendiri untuk mendapatkan info lanjut. Mohon berbanyak maaf ye .

Reply
MUHAMMAD IQMALHAKIM BIN NOR AZIZI
4/7/2020 09:38:55 am

Salam dr. sekiranya saya ingin menjalankan kajian di kolej vokasional bagaimanakah proses yang perlu saya lalui? perlu ke saya melalui pihak BPLTV selepas mendapat kebenaran dari EPRD? terima kasih.

Reply
Dr F
6/5/2020 01:48:31 am

Wslm,

Kolej Voka juga di bawha KPM jadi perlu melalui EPRD menurut hemat saya. Setelah dapat kebenaran EPRD, saudara mungkin perlu ke BPLTV, sama seperti SBP - siapa yang nak collect data dari SBP, meskipun telah dapat kebenaran EPRD, perlu mendapat kebenaran dari SBP pula. Harap ini membnatu ye

Reply
Muhammad hakim bin shuib
7/14/2020 01:09:03 am

salam. saya ingin menjalankan kajian di kolej vokasional. saya telah mendapatkan kebenaran dari EPRD dan BPLTV. seterusnya, adakah saya perlu melalui, JPN atau PPD, ataupun saya terus boleh memohon kebenaran di kolej vokasional? terima kasih dr.

Dr Fariza
7/14/2020 07:12:01 pm

Saudara Hakim,

Setelah mendapat kebenaran EPRD, saudara perlu berhubung ;ila dengan JPN ye. Surat kebenaran JPN perlu dibawa bersama surat EPRD apabila ke sekolah kelak.

Reply
Nor Hikemar A Rahman
10/28/2020 12:12:03 am

Assalammualaikum, saya tidak dapat simpan maklumat di dalam borang C sahaja. tetapi tiada masalah untuk borang A, B dan D. Paparan yang keluar adalah seperti berikut

error500 internal server error. dan dinyatakan untuk saya menghubungi pihak pentadbir sistem.

bagaimana ya. Terima kasih atas maklum balas yang akan diberikan

Reply
NORLIDA ABDULLAH
12/8/2020 11:58:25 pm

saya perlukan BPPDP 2 (A)

Reply
Ahmad Salim zakaria
1/17/2021 03:12:45 pm

Assalammualaikum

how are you

Iam dr.Ahmad Zakaria

Degree : Doctor of Philosophy

School/Center/Unit : School of Dental Sciences . USM

Campus : Health Campus, Kelantan

Programme Mode : Research

Candidature Status : Full Time . Research Field : Orthodontic

I am outside Malaysia now
Can you send the responsible person to the email(EPRD)?

Because my research will be carried out on school students aged 12 to 15 in Kotapharu city
And I want approval from the Malaysian Ministry of Education(EPRD)

Reply
Dr. F
10/16/2021 08:11:17 pm

Wslm

cuba nombor dan emel ini - sayapun dapat maklumat ini daripada KPM:

03-88846457 ([email protected]).

Reply
NOORASHIKIN ISMAIL
2/20/2021 10:34:43 pm

Assalamualaikum/Salan Sejahtera,

Saya telah melengkapkan permohonan.
Terima kasih.

Reply
LEE YEE LING
4/8/2021 12:07:31 am

Salam Sejahtera.
Di manakah saya dapat muat turun Borang BPPDP 2(A)? Saya tak jumpa borang tersebut di laman eRAS.
Terima kasih.

Reply
Dr. F
10/16/2021 08:12:04 pm

Lee

borang tersebut tidak lagi digunapakai kerana EPRD sekarang menggunaka sistem eras untuk permohonan - mohon klik pada link eras.

Reply
winddy
9/5/2021 07:02:17 am

salam sejahterah tuan/puan.

mahu tanya, macam aman ank daftar akaun dalam eras tu ya? sebab saya nak buat permohonan tapi nak login pun tak dapat sebba saya tak daftar akaun tu. dan tak jumpa pun link dalam website tu utk daftar akaun supaya boleh login. macam mana ya?

saya perlukan keizinan utk kajian saya dgn segera. cuma nk daftar eras pun tak jumpa link daftar akaun/id nya
harap ada perkongsian dari tuan/puan. Terima kasih banyak-banyak.

Reply
Dr. F
10/16/2021 07:22:26 pm

Mohon maaf saya tak dah lama tak masuk ke sini due to many other commitments.
Untuk crrate account, saudari hanya perlu ke laman web sistem
https://eras.moe.gov.my/index.cfm

di muka pertama, saudari perlu memasukkan segala maklumat yang diminta.

Reply
Nur Sha Ema Binti Bakar
10/15/2021 07:12:27 pm

Di mana saya boleh download borang bppdp 2(a)?

Reply
Dr. F
10/16/2021 07:21:08 pm

Untuk makluman, mulai 1 Mac 2018, semua urusan permohonan kebenaran menjalankan kajian hanya boleh dibuat melalui sistem eRAS 2.0 sahaja. Permohonan melalui borang BPPDP 1.2 tidak akan diterima lagi selepas tarikh tersebut.

Untuk tujuan permohonan saudair perlu mengisi maklumat di sistem eras.

https://eras.moe.gov.my/index.cfm

Reply
Hoon
12/23/2021 05:33:49 am

Hi. Jika saya telah dapat kelulusan daripada ERAS, macam mana nak dapat kelulusan daripada JPN? Bila saya call ke JPN, mereka jawab tak tau .....Terima kasih.

Reply
Mithra
4/30/2024 07:14:54 am

Hi dan selamat sejahtera Dr. Saya ingin membuat kajian di sekolah menengah kepada pelajar tingkatan 4. Jika EPRD dan JPN telah luluskan permohonan saya, adakah saya perlu hantar apa-apa dokumen kepada PPD atau saya boleh trs mengahantar surat ke sekolah yang saya ingin membuat kajian tersebut

Reply
Marsya
5/27/2024 02:28:49 am

Hi Mihtra, saya nk tanya awak.

1) ERPD mohon dalam eRAS2.0 kan?
2) Kemudian, awak hubungi JPN di bahagian mana ya?

Reply
Humaira
6/23/2024 11:29:35 pm

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr. Kajian saya melibatkan guru sekolah menengah, jadi saya kena mohon ERAs juga ke?

Reply



Leave a Reply.

    Picture

    Archives

    December 2023
    November 2023
    April 2023
    January 2023
    December 2022
    August 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    August 2021
    April 2021
    March 2021
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    November 2019
    May 2019
    January 2019
    December 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    August 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016

    Do your search here:

    Categories

    All
    Action Research
    Activity Theory
    Alumni
    Basic Of Research
    BItara Pengajaran
    Campus Life
    Case Study
    Checklist
    Community Of Practice
    Conceptual Framework
    Conference
    Convocation
    DDR
    Discourse
    Educational Technology
    Epistemology
    EPRD
    Innovation
    Journal Titles
    Jurnal Titles
    Keynote
    Masters
    Meeting
    Notes
    Nvivo
    ODL
    PhD
    Pitching
    Progress
    Publication
    Qualitative
    Quantitative
    Questionnaire
    Reminder
    Research Process
    Robing
    Self-branding
    SoTL
    SPSS
    Statistics
    Student Testimonials
    Success Recipe
    Supervisee
    Supervision
    Tahniah
    Tesis
    Ucaptama
    Visibility
    Viva
    Workshop
    Writing Articles

    RSS Feed

    Website Stats

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks