Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Tahniah  Dr.  Razali!

8/27/2022

0 Comments

 
Picture
Alhamdulillah semalam menyaksikan kejayaan seorang lagi anak PhD saya dalam proses viva-voce. Tahniah Dr. Razali di atas penyelidikan yang telah dijalankan meskipun ada penambahbaikan yang perlu dibuat selepas ini. 

Saya mengikuti sesi viva ini di atas katil, siap berselimut gara-gara demam Covid yang masih belum hilang. Ala kulli hal, semua berjalan lancar, segala puji kepada Allah jua. Alhamdulillah. 

​


Picture
0 Comments

Supervision di hujung minggu

8/24/2022

1 Comment

 
Picture
Picture
Ruang itu perlu dicipta dan dicari. Jika tidak sampai bila-bila sukar untuk kita berjumpa. Kebetulan pula di minggu-minggu kebelakangan ini pengutipan data kajian sedang rancak dilaksanakan, lalu berkesempatan mencipta ruang untuk supervision bersama Irfan dan Haliq - dua pelajar Sarjana saya yang merupakan pelajar tajaan HLP. 

Tidak ada laluan yang mudah untuk berjaya. Apatah lagi dengan status sebagai pelajar sarjana, maka dalam kebanyakan masa, penyelia tentulah menjangkakan pelajar-pelajarnya untuk mempamerkan kapasiti sebagai self-regulated learners. Pembacaan demi pembacaan adalah modal paling penting dalam memperdalami setiap topik kajian. Kemahiran untuk meneroka kajian lepas serta kepentingan kajian yang sedang dilaksanakan juga tidak kurang penting dalam memandu seseorang penyelidik dalam melaksanakan kajian mereka. 

Seronok apabila keduanya terlibat secara langsung dengan kajian saya berkaitan ODL. Banyak perkara yang kami pelajari bersama. 

Selamat maju jaya Irfan & Haliq! 
1 Comment

Majlis  Apresisiasi  Graduan  Siswazah  2021

12/31/2021

0 Comments

 
Picture
Momen ini sesuatu yang seringkali memberi nafas sentimental kepada diri seorang penyelia apabila meraikan kejayaan anak-anak supervisee saban tahun. 

Alhamdulillah .. dua pelajar PhD dan seorang Doktor Pendidikan Tinggi saya dilahirkan untuk tahun 2021 ini. 

Sekalung tahniah - Dr Intan Farahana, Dr Ikram dan Dr Marini!!!  

Seperti yang kelihatan di dalam foto paling atas, ada empat PhDs bersama saya - tambahan seorang lagi adalah Dr Hairul yang sebenarnya telahpun bergraduat tahun yang lepas namun  tetap hadir untuk sama-sama meraikan rakan-rakan yang lain dan tentunya untuk ebrgambar bersama-sama :)
Thanks Dr Hairul!  

Ayuh anak-anak yang lain - inshaAllah tahun hadapan kita akan meraikan Izzat, Zali, Syaida, Suzana dan beberapa yang lain inshaAllah ..! 

Tiada yang mustahil dalam hidup ini jika segalanya didasari oleh kemahuan dan usaha. Selebihnya, doa juga menjadi senjata. Anak-anak - jagalah hubungan baik sesama manusia - all the significant others di sekelilingmu  ada saham tersendiri yang bisa membantu kejayaan kita semua. Saya tidak mahu mengingatkan tentang hubungan dengan Yang Maha Khalik, kerana itu tentu sekali kewajipan utama setiap individu. Apapun didoakan semua berada di dalam Rahman dan Rahim-Nya selalu .. barakumullah jami'a .. inshaAllah 

Gambateh semua!!! 

xoxo 
Dr. F 
0 Comments

Tahniah .. Dr  Izzat!

12/31/2021

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture
Alhamdulillah setelah sekian musim sidang viva terpaksa dijalankan secara dalam talian, akhirnya berkesempatan juga untuk menyaksikan seorang lagi anak PhD saya melalui sesi viva secara bersemuka. 

Agak janggal setelah sekian lama berlakunya penyesuaian diri dengan viva dalam talian. Syukur ke hadrat Ilahi di atas kejayaan Izzat melalui sesi ini meskipun memerlukan pembetulan dilakukan. Pembetulan itu satu adat dalam dunia akademia, sepak terajang dalam pengajian PhD lalu apa yang hendak dihairankan dengan adanya pembetulan? Sekalung ucapan terima kasih buat kedua-dua pemeriksa tesis - pemeriksa luar dan dalam yang begitu berdedikasi serta cermat dalam memperihalkan isu serta perkara yang perlu ditambahbaik. Tentulah setiap yang dicadangkan itu perlu diterima dengan hati yang terbuka dan anggap ia satu proses pembelajaran. 

For those who are still waiting for your viva, what can you do before the date comes? When I was in your position, I studied all possible questions and listed all the answers and justification (together with the page in my thesis that is related to my answers). Believe it or not - during my viva, I wasn't looking at my thesis at all. All I had was the sheets of paper in my hand with all the questions and answers and went through the process with a smooth sailing, alhamdulillah. I was given 3 months to do the correction but all I need was only five days to complete all the amendments. Thanks to my beloved supervisors - Gordon Joyes & Linda Ellison who had given me endless support and strength!  

Back to the entry - congratulations Dr Izzat for coming thus far! 
Your svs - Dr Mistima and I are super proud of you! 
Note: Izzat antara yang paling banyak publications dan memenangi pelbagai pingat dalam pertandingan inovasi! Bravo! 

Anak-anak PhD lain yang belum sampai ke tahap viva jangan risau ye. Seringkali saya ingatkan bahawa PhD ini bukanlah satu competition dengan orang lain sebaliknya kita perlu bersaing dengan diri sendiri yang merupakan musuh senyap yang boleh menghancurkan jika tidak dilawan. 

Procrastination akan menjadi temanmu yang paling rapat jika dibiarkan. 
Saya juga pernah menulis tentang isu ini and how to combat procrastination. 

Selamat maju jaya semua! 

xoxo
Dr. F 


0 Comments

Online Supervision

8/25/2021

0 Comments

 
Picture
Picture
Alhamdulillah, meski sering diburu waktu di sepanjang hari-hari bekerja, namun masa luang di hujung minggu masih boleh dimanfaatkan. Setelah sekian lama berjanji dengan anak-anak penyeliaan saya untuk pengajian Sarjana Sumber & Teknologi Maklumat, akhirnya syukur kerana diberi ruang dan masa untuk bertemu dan berbincang. 

Ada di antaranya yang menyuarakan rasa gentar kerana pertama kali perlu membentangkan proposal penyelidikan. Namun saya sanggah perasaan itu dengan kata-kata semangat bahawa setiap orang bermula dengan 'zero' juga. Lalu tiada apa yang perlu digentarkan kerana ini adalah sebahagian daripada proses awal sebelum masing-masing menghadapi viva voce yang real dan tentunya ada cabaran tersendiri :D 

Sememangnya bilangan pelajar untuk modul Sumber & Teknologi Maklumat tidaklah begitu ramai. Saya kira kemungkinan faktor berlakunya begini kerana wujud kekeliruan ramai calon tentang nama dan intipati modul ini sendiri. 

Sumber? Teknologi Maklumat? 
Sebenarnya nama modul ini sedemikian kerana ada sejarahnya yang tersendiri dan saya tidak berminat untuk mengupas isu itu di sini. Namun, satu mesej yang jelas yang hendak saya tekankan di sini adalah hakikat bahawa modul Sumber & Teknologi Maklumat ini sebenarnya didasari oleh nic atau bidang utama iaitu Teknologi Pendidikan. 

Jadi kepada calon-calon di luar sana, janganlah keliru dan tampillah mendaftar ke program ini kerana di Fakulti Pendidikan UKM ini berkumpulnya pakar-pakar dalam bidang Teknologi Pendidikan :D  

Ok .. berbalik kepada posting ini. 

Syazwan, Musfirah, Irfan dan Aisyah adalah nama-nama pelajar saya. 

Masing-masing menyelidik tajuk yang berbeza. 
Sememangnya saya gemar memberikan keluwesan kepada para pelajar untuk meneroka tajuk-tajuk yang diversed sifatnya (tetapi masih dalam lingkungan bidang). 

Syazwan, misalnya sedang meneliti potensi Design Thinking dalam pelaksanaan P&P bagi subjek teknikal. Musfirah pula begitu berminat mengkaji kemahiran dan pengintegrasian Pemikiran Komputasional dalam kalangan guru yang mengajar subjek teras di sekolah. 

Irfan, bermodalkan program Terbuka & Jarak Jauh, akan meninjau beberapa aspek berkaitan aktiviti pembelajaran dari kerangka Activity Theory serta Distance Transactional Theory. 

Aisyah pula, sesuai dengan peranannya sebagai guru data akan menghasilkan satu modul kemahiran perisian untuk pengendalian Big Data. 

Didoakan semua kekal dalam momentum dan semangat yang jitu untuk meneruskan penulisan bab-bab dalam tesis masing-masing ye. 

0 Comments

Inter-varsity Postgraduate Symposium

8/7/2021

0 Comments

 
Picture
Wah! This is something that I have never imagined to happen! Thanks to my super-duper multitasker sifu, Assoc. Prof. Dr. Faizah Idrus from Kulliyyah of Education IIUM for this exciting event!

Insha-Allah, all of us will bring our supervisees to present their research proposal or progress. Through this session, we will provide our constructive comments. I am super excited to see what we - all of us could learn from each other. 

Indeed, supervising students may not be easy as the skills are not obtained from reading books or articles. Most of us learn the skills through our own experience. I personally think that the way we were supervised had significantly contributed to our way of handling students! Learning from our own experience also taught us how to filter good and evil, or whether we should carry out the same approach or vice versa. Not to mention, apart from our Ph.D. years' experience with our beloved supervisors, we also learned a lot from our own students. Well, to err is human .. nobody is perfect, to begin with. But suppose you are willing to learn from your mistakes, open enough to listen to what your supervisees have to say. In that case, I am pretty sure that we can grow and develop our skills as supervisors wonderfully. 

So peeps, get ready with this one. See you there! 

0 Comments

Virtual  Meeting

8/7/2021

0 Comments

 
Picture
0 Comments

Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

11/21/2020

0 Comments

 
Picture

Bersama pelajar PhD saya Farhana selama hampir 2 jam di talian Zoom. Beliau sebenarnya pelajar berpotensi besar dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kerjaya. Namun kerana komitmen terhadap kerja agak menyekat aktiviti penyelidikan. Namun alhamdulillah, dalam pertemuan tersebut saya banyak berkongsi tentang strategi bagaimana untuk move on dan bagaimana untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan procrastination!
Turut dibincang secara panjang lebar juga adalah bagaiamana pentingnya untuk memetakan dapatan akhir dengna penyataan masalah yang dikemukakan di bab 1. Semoga Farhana terus dalam momentum dan akhirnya dapat mencapai timeline yang digagaskan dengan jaya. Chayukkk Fana!! 

0 Comments

Pertemuan 15 minit

7/21/2020

0 Comments

 
Picture
Lantaran kekangan masa dan jarak, talian maya digunakan untuk bertemu dengan para pelajar di bawah penyeliaan bagi tujuan pengisian laporan kemajuan calon. 

Saya cuma mencuri 15 minit daripada masa mereka namun agak menyeronokkan juga apabila dapat bertemu mata dengan anak-anak seliaan satu-persatu! Sebenarnya bukanlah niat saya untuk menambah level of stress yang sedia ada, tetapi lebih kepada follow up terhadap perkembangan masing-masing. Meskipun tidak dinafikan ramai yang tekal berhubung dan melaporkan perkembangan penyelidikan kepada saya, namun ada juga sebilangan yang mungkin terlalu sibuk dengan komitmen kerja sehingga banyak kali pertemuan yang sepatutnya diadakan tertangguh dari masa ke semasa. 

Apapun saya mendoakan semua pelajar saya sentiasa di dalam momentum dan semangat. Memang perjalanan dalam dunia pasca siswazah khususnya PhD bukanlah satu perjalanan yang enak dan menggebu-gebu, justeru ujian dan tribulasi sentiasa menanti di kiri kanan. Tugas seorang penyelia pula bukanlah untuk memberitahu atau mengarahkan pelajar melakukan ini dan itu, tetapi sebaliknya melakar jalan yang boleh diterokai. Scaffolding perlu berlaku dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk mencari dan mengenalpasti apa yang hendak dikaji dan lebih penting kenapa ia perlu dikaji. Namun itu tidak bermakna seorang penyelia harus lepas tangan dan membiarkan anak-anaknya berkeliaran tanap arah tuju. Jika ternampak bayang-bayang pelajar akan kesesatan, penyelia wajib membantu mencari 'bearing' yang sesuai untuk memastikan calon terus berada di landasan yang benar. 
Picture
FARHANA
Picture
YEFRIZAL
Picture
AZLIN
Picture
AIN
Picture
SYAIDA
Picture
IKRAM
Picture
RAZALI
Picture
KHURAISAH
Picture
SYAZWAN
** Tiada dalam gambar - IZZAT. Sorry Izzat terlupa nak printscreen sebab orang pertama :) 
0 Comments

Tahniah ,  Hairul!

7/4/2020

0 Comments

 
Picture
3 Julai 2020 - berlangsungnya viva voce untuk Hairul, pelajar PhD saya di Telesidang Fakulti Pendidikan. Tarikh sebenar viva beliau telah dikeluarkan lama dahulu namun kerana PKP yang diwartakan, tarikh tersebut terbatal automatis. Penantian yang agak lama sememangnya mengundang resah yang tidak berpenghujung, namun alhamdulillah hari yang ditunggu tiba jua. 

Tentunya hari viva hari yang penuh emosi bagi semua calon. Selain ia mencatat sejarah tersendiri dalam perjalanan yang panjang dan penuh pancawarna, viva juga merupakan permulaan sebuah perjalanan sebenar. 

Tahniah saudara Hairul! Semoga momentum untuk pembetulan ini diteruskan secara tekal.
​Allahul Musta'an ..  
Picture
Picture
0 Comments
<<Previous
    Picture

    Archives

    January 2023
    December 2022
    August 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    August 2021
    April 2021
    March 2021
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    November 2019
    May 2019
    January 2019
    December 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    August 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016

    Do your search here:

    Categories

    All
    Action Research
    Activity Theory
    Alumni
    Basic Of Research
    BItara Pengajaran
    Campus Life
    Case Study
    Checklist
    Community Of Practice
    Conceptual Framework
    Conference
    Convocation
    DDR
    Discourse
    Epistemology
    EPRD
    Innovation
    Journal Titles
    Jurnal Titles
    Keynote
    Meeting
    Notes
    Nvivo
    ODL
    PhD
    Pitching
    Progress
    Publication
    Qualitative
    Quantitative
    Questionnaire
    Reminder
    Research Process
    Robing
    Self-branding
    SoTL
    SPSS
    Statistics
    Student Testimonials
    Success Recipe
    Supervisee
    Supervision
    Tahniah
    Tesis
    Ucaptama
    Visibility
    Viva
    Workshop
    Writing Articles

    RSS Feed

    Website Stats

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks