Alhamdulillah, meski sering diburu waktu di sepanjang hari-hari bekerja, namun masa luang di hujung minggu masih boleh dimanfaatkan. Setelah sekian lama berjanji dengan anak-anak penyeliaan saya untuk pengajian Sarjana Sumber & Teknologi Maklumat, akhirnya syukur kerana diberi ruang dan masa untuk bertemu dan berbincang. Ada di antaranya yang menyuarakan rasa gentar kerana pertama kali perlu membentangkan proposal penyelidikan. Namun saya sanggah perasaan itu dengan kata-kata semangat bahawa setiap orang bermula dengan 'zero' juga. Lalu tiada apa yang perlu digentarkan kerana ini adalah sebahagian daripada proses awal sebelum masing-masing menghadapi viva voce yang real dan tentunya ada cabaran tersendiri :D Sememangnya bilangan pelajar untuk modul Sumber & Teknologi Maklumat tidaklah begitu ramai. Saya kira kemungkinan faktor berlakunya begini kerana wujud kekeliruan ramai calon tentang nama dan intipati modul ini sendiri. Sumber? Teknologi Maklumat? Sebenarnya nama modul ini sedemikian kerana ada sejarahnya yang tersendiri dan saya tidak berminat untuk mengupas isu itu di sini. Namun, satu mesej yang jelas yang hendak saya tekankan di sini adalah hakikat bahawa modul Sumber & Teknologi Maklumat ini sebenarnya didasari oleh nic atau bidang utama iaitu Teknologi Pendidikan. Jadi kepada calon-calon di luar sana, janganlah keliru dan tampillah mendaftar ke program ini kerana di Fakulti Pendidikan UKM ini berkumpulnya pakar-pakar dalam bidang Teknologi Pendidikan :D Ok .. berbalik kepada posting ini. Syazwan, Musfirah, Irfan dan Aisyah adalah nama-nama pelajar saya. Masing-masing menyelidik tajuk yang berbeza. Sememangnya saya gemar memberikan keluwesan kepada para pelajar untuk meneroka tajuk-tajuk yang diversed sifatnya (tetapi masih dalam lingkungan bidang). Syazwan, misalnya sedang meneliti potensi Design Thinking dalam pelaksanaan P&P bagi subjek teknikal. Musfirah pula begitu berminat mengkaji kemahiran dan pengintegrasian Pemikiran Komputasional dalam kalangan guru yang mengajar subjek teras di sekolah. Irfan, bermodalkan program Terbuka & Jarak Jauh, akan meninjau beberapa aspek berkaitan aktiviti pembelajaran dari kerangka Activity Theory serta Distance Transactional Theory. Aisyah pula, sesuai dengan peranannya sebagai guru data akan menghasilkan satu modul kemahiran perisian untuk pengendalian Big Data. Didoakan semua kekal dalam momentum dan semangat yang jitu untuk meneruskan penulisan bab-bab dalam tesis masing-masing ye.
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |