Alhamdulillah, meski sering diburu waktu di sepanjang hari-hari bekerja, namun masa luang di hujung minggu masih boleh dimanfaatkan. Setelah sekian lama berjanji dengan anak-anak penyeliaan saya untuk pengajian Sarjana Sumber & Teknologi Maklumat, akhirnya syukur kerana diberi ruang dan masa untuk bertemu dan berbincang. Ada di antaranya yang menyuarakan rasa gentar kerana pertama kali perlu membentangkan proposal penyelidikan. Namun saya sanggah perasaan itu dengan kata-kata semangat bahawa setiap orang bermula dengan 'zero' juga. Lalu tiada apa yang perlu digentarkan kerana ini adalah sebahagian daripada proses awal sebelum masing-masing menghadapi viva voce yang real dan tentunya ada cabaran tersendiri :D Sememangnya bilangan pelajar untuk modul Sumber & Teknologi Maklumat tidaklah begitu ramai. Saya kira kemungkinan faktor berlakunya begini kerana wujud kekeliruan ramai calon tentang nama dan intipati modul ini sendiri. Sumber? Teknologi Maklumat? Sebenarnya nama modul ini sedemikian kerana ada sejarahnya yang tersendiri dan saya tidak berminat untuk mengupas isu itu di sini. Namun, satu mesej yang jelas yang hendak saya tekankan di sini adalah hakikat bahawa modul Sumber & Teknologi Maklumat ini sebenarnya didasari oleh nic atau bidang utama iaitu Teknologi Pendidikan. Jadi kepada calon-calon di luar sana, janganlah keliru dan tampillah mendaftar ke program ini kerana di Fakulti Pendidikan UKM ini berkumpulnya pakar-pakar dalam bidang Teknologi Pendidikan :D Ok .. berbalik kepada posting ini. Syazwan, Musfirah, Irfan dan Aisyah adalah nama-nama pelajar saya. Masing-masing menyelidik tajuk yang berbeza. Sememangnya saya gemar memberikan keluwesan kepada para pelajar untuk meneroka tajuk-tajuk yang diversed sifatnya (tetapi masih dalam lingkungan bidang). Syazwan, misalnya sedang meneliti potensi Design Thinking dalam pelaksanaan P&P bagi subjek teknikal. Musfirah pula begitu berminat mengkaji kemahiran dan pengintegrasian Pemikiran Komputasional dalam kalangan guru yang mengajar subjek teras di sekolah. Irfan, bermodalkan program Terbuka & Jarak Jauh, akan meninjau beberapa aspek berkaitan aktiviti pembelajaran dari kerangka Activity Theory serta Distance Transactional Theory. Aisyah pula, sesuai dengan peranannya sebagai guru data akan menghasilkan satu modul kemahiran perisian untuk pengendalian Big Data. Didoakan semua kekal dalam momentum dan semangat yang jitu untuk meneruskan penulisan bab-bab dalam tesis masing-masing ye.
0 Comments
Alhamdulillah ini kali ke dua dalam minggu ini saya berkunjung secara maya ke Fakulti Pengajian Islam di atas jemputan. Sebelumnya saya diminta berkongsi tentang program ODL manakala pada hari ini satu tajuk ringkas diberikan kepada iaitu tentang tips bagaimana untuk memenangi pertandingan inovasi P&P. Sesungguhnya saya bukanlah orang yang paling layak untuk bercakap tentang hal ini justeru pencapaian diri sendiripun ala kadar seadanya :D namun saya anggap ini satu amanah yang diberi, lalu saya cuba berkongsi sesuatu yang harapnya memberi manfaat kepada semua rakan yang mendengar :) Terima kasih FPI, khususnya buat sahabat saya Dr Hasanah , Penolong Dekan Pengajaran FPI, serta tidak lupa juga TD Prasiswazah, Dr Haziyah yang hanya saya kenali semenjak program ODL Usuludin dibangunkan. Inilah antara wajah-wajah yang muncul di tingkap seusai acara selama 2 jam itu. Masih yang ramai malu untuk menjelmakan diri atau oh, mungkin masing-masing berada di rumah lalu penampilan semasa tidak mengizinkan untuk tatapan umum hehe. Ada beberapa mesej penting yang saya cuba sampaikan apabila bercakap tentang inovasi - khususnya dari perspektif konsepnya itu sendiri. Sesuatu inovasi tidak semestinya dalam bentuk tengible produk semata-mata, tetapi sebarang idea, cara atau proses juga adalah sebahagian daripada inovasi. Apakah langkah utama dalam menghasilkan sesuatu inovasi dalam P&P? Dalam slaid di bawah saya telah ringkaskan proses asas yang diperlukan bagi seseorang penyelidik menghasilkan inovasi sebelum bersedia untuk memasuki pertandingan: Antara fasa penting sebelum sesuatu inovasi diperkenalkan dalan P&P, secara asasnya penyelidik perlu mengambilkira beberapa elemen di bawah: Jadi apakah tips penting untuk anda merangkul pingat emas dalam pertandingan inovasi? Berikut adalah sedikit soalan / senarai semak yang perlu anda jawab .. Ada sebarang komen atau pertanyaan? Sila tinggalkan soalan anda di ruang komentar ^__^
#innovation #process #tips #bethebest *Tiada dalam gambar: Farhana & Fadhli Cuti Awal Muharam.
Masa yang ada saya manfaatkan untuk perjumpaan ringkas bersama pelajar-pelajar PhD di bawah penyeliaan saya. Alhamdulillah melalui perjumpaan singkat ini saya mendengar kisah kemajuan mereka dalam pelaksanaan penyelidikan. Malah ada yang mengambil ruang ini untuk bertanyakan beberapa perkara yang bersarang di kepala masing-masing. Tugas-tugas penyeliaan kini terpaksa saya bawa ke hari cuti dan hujung minggu lantaran jadual harian sentiasa penuh dengan pelbagai agenda besar kecil. Namun, ini satu kepuasan kerana tanpa pertemuan dan perbincangan mata ke mata sukar untuk memberikan maklum balas yang sepenuhnya. Kepada semua pelajar yang dikasihi, teruskan usaha anda walau di peringkat masa anda berada. Kepada mereka yang telah hampir selesai ke penghujung, jangan hilang momentum, teruskan sisa-sisa perjuangan yang tinggal berbaki itu. Sedikit sahaja lagi! Kepada yang baru mengayuh, tetapkan destinasi anda .. perbanyakkan membaca, membaca dan membaca. Kenalpasti hala tuju kajian dan jangan terlalu cepat membuat andaian itu ini. Saya yakin dengan usaha tekal dan semangat jitu, perjalanan ini akan dipermudahkan insha-Allah. Salam Maal Hijrah. #supervision #phd Wah! This is something that I have never imagined to happen! Thanks to my super-duper multitasker sifu, Assoc. Prof. Dr. Faizah Idrus from Kulliyyah of Education IIUM for this exciting event!
Insha-Allah, all of us will bring our supervisees to present their research proposal or progress. Through this session, we will provide our constructive comments. I am super excited to see what we - all of us could learn from each other. Indeed, supervising students may not be easy as the skills are not obtained from reading books or articles. Most of us learn the skills through our own experience. I personally think that the way we were supervised had significantly contributed to our way of handling students! Learning from our own experience also taught us how to filter good and evil, or whether we should carry out the same approach or vice versa. Not to mention, apart from our Ph.D. years' experience with our beloved supervisors, we also learned a lot from our own students. Well, to err is human .. nobody is perfect, to begin with. But suppose you are willing to learn from your mistakes, open enough to listen to what your supervisees have to say. In that case, I am pretty sure that we can grow and develop our skills as supervisors wonderfully. So peeps, get ready with this one. See you there! |
Archives
April 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |